My Music...

Sirna Cintaku...

Sabtu, 7 April 2012

Siapa Jamillah?


Pada suatu hari yang tenang, si suami sedang berehat sambil duduk membaca suratkhabar. Tiba-tiba datang si isteri membawa kayu pendek.

PANG!!

Diketuknya atas kepala si suami. Si suami yg terpinga-pinga hairan dan bertanya.....

"Apa hal dengan awak ni? Kenapa awak ketuk kepala saya?? 

"Nah! awak tengok nih…” Si isteri pun menjawap sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama 'Jamillah' Si isteri tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Jamillah. 

“ Ooo....itu nama kuda bos yang bos suruh saya jaga. Namanya Jamillah ” Dengan tenang si suami menjawab.


“Awak jangan nak tipu saya?” Si isteri marah menarik telinga si suami.

“Betul….sumpah. Kalau tak percaya, awak call bos…” Kata si suami pula.Si isteri pun agak puas hati dengan penjelasan suaminya dan terus menyambung kerja di dapur.

Selang seminggu, ketika si suami sedang berehat membaca suratkhabar seperti selalu.

“PANG!!!....”

Di ketuk si isteri kepala suaminya mengunakan tudung periuk pula. Tapi kali ini dengan lebih kuat lagi!!

“ Kenapa dengan awak ni? Hal apa pulak sampai ketuk kepala saya kali ni???” Si suami pun bertanya.

Si isteri menjawap dengan perasaan marah.

" Kuda bos awak call…”



Sirna Cintaku : Lain kali nak tipu bini tu cariklah alasan yang lebih selamat  : )



Tiada ulasan:

Catat Ulasan