Sirna Cintaku...

Rabu, 18 Julai 2012

Kekasihku Cemburu Buta


"Setiap perkara yang awak buat, kemana awak nak pergi, tolong bagitahu saya, kalau boleh minta kebenaran saya terlebih dahulu, faham?" 

Beginilah percintaan yang terpaksa dilalui oleh si gadis saat menerima cinta si arjuna yang kaki cemburu. Kata-kata kesat dan makian menjadi makanan harian yang terpaksa ditelan. 

Couple fighting

Aduh, hati sabar pun pasti terluka saat menerima kemarahan si kaki cemburu! Cemburu tandanya sayang. Namun cemburu yang keterlaluan, pasti boleh mengundang masalah besar. Jadi kenapa harus mengorbankan diri demi lelaki seperti ini. Adakah itu boleh dikatakan cinta sekiranya si dia memperlakukan anda sesuka hati? Ayuh! Cuba kita singkap cirri-ciri lelaki kaki cemburu. 

Siasat Gerak Geri 

Alahai, di awal perkenalan, anda ditatangnya bagai minyak yang penuh, bahkan segala kemahuan dituruti. Namun sejak kebelakangan ini ada sahaja yang tidak kena dengannya. Kalau boleh si dia cuba mengawal setiap pergerakan anda. Kemana anda pergi, dengan siapa anda bersama dan yang paling penting ada atau tidak lelaki bersama anda akan disiasatnya dengan terperinci. Boleh dikatakan siasatan si dia mengalahkan pihak berkuasa. Anda pada pandangan si dia seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman untuk dijatuhkan. 

Sentiasa Curiga 

Lelaki kaki cemburu akan sentiasa menganggap anda seorang yang curang. Kenapa? Kerana si dia tidak yakin dengan kesetiaan anda. Sukar baginya untuk mempercayai anda. Tambahan lagi, bila mana anda sering diganggu dan kebanyakan daripada mereka pasti akan terpikat dengan anda. Susah bukan? Inilah hakikatnya yang sebenar. Walaupun anda tidak melayan mana-mana lelaki yang cuba mengganggu anda, si dia tetap merasakan yang anda cuba menduakan dirinya. Padahal anda tidak tahu dan bersalah dalam hal ini. Apa yang anda lakukan hanyalah bersabar dan makan hati. 

Panas Baran 

img

Ini merupakan salah satu ciri si kaki cemburu. Kenapa anda perlu tahu tentang ini? Ini kerana anda akan menjadi sebahagian daripada hidupnya. Si dia kalau anda kenali dengan lebih mendalam mempunyai perangai yang suka marah-marah. Salah sedikit sahaja pun tapi kemarahannya bukan main lagi. Sakit hati bukan? Walhal salah anda itu tidak sebesar mana. Anda hanya keluar bersama teman-teman dan sepupu anda sahaja. Kalau anda ingin tahu, individu panas baran ini kalau tiba-tiba si dia naik angin, bumi pun boleh terbalik. Betapa kuat panas barannya sukar dikawal dan akibatnya anda yang akan dimarahinya sepuas hati.

Tidak Pernah Puas

Betul atau tidak si dia individu seperti ini? Sudah tentu anda mengatakan “ya”. Si kaki cemburu tidak pernah berpuas hati dengan orang yang disayanginya. Ada sahaja kesalahan yang dicarinya. Dari sekecil-kecil zarah hinggalah sebesar-besar zarah. Susah betul anda nak puaskan hatinya. Kadangkala anda akan terfikir, kenapa si dia harus begini dan apakah salah anda? Sehinggakan pada satu tahap anda akan berada dalam keadaan yang sangat tertekan. Namun setiap daripada kata-kata anda tidak diterimanya malah air mata menjadi peneman setia anda setiap hari.

Mengongkong

Aduhai, susahnya hidup, kalau tak ada kekasih anda mencarinya namun bila anda dah dapat lain pula yang jadi. bayangkanlah kehidupan anda saat ini telah berubah secara keseluruhannya. Dahulunya anda bebas ke sana ke mari dengan sesiapa sahaja yang anda suka tapi sekarang tidak lagi. Semua perkara yang anda lakukan perlulah mendapat kebenarannya terlebih dahulu. Anda tidak boleh melakukan sesuatu perkara itu tanpa pengetahuan sidia. Seolah-olah kehidupan anda berada di tangannya. Anda pula harus akur dengan peraturan yang diciptanya. Nak tak nak anda terpaksa ikut. Jadi fikir-fikirkanlah.

Mengambil Kesempatan

Ini memberi maksud si dia mengambil kesempatan di atas kelemahan anda. Memandangkan anda tidak pernah melawan, setiap daripada kata-katanya anda ikuti tanpa ada bantahan menyebabkan si dia menggunakan kesempatan itu. Setiap kali keluar, pasti si dia akan mengambil telefon bimbit anda dengan tujuan untuk melihat mesej-mesej yang boleh mengundang kemarahannya. Malah si dia akan mengambil tahu banyak perkara tentang anda. Si dia bijak bila mana kehormatan anda diragutnya dengan harapan anda tidak boleh lari dan terlepas daripadanya. 


Berwaspadalah jika mempunyai kekasih yang terlalu kuat cemburu. Masa bercinta pun pandai nak marah-marah, lepas kahwin apa pula nanti. Fikir-fikirkan lah... 


Selasa, 17 Julai 2012

Sahabat Oh Sahabat


Kata orang 'mencari seorang sahabat yang baik lebih sukar daripada mencari 1000 orang musuh'. Sememangnya kenyataan ini benar kerana seorang sahabat yang baik akan sentiasa melindungi dan menjaga keharmonian sahabatnya dalam apa jua perkara, malah ada yang sanggup bergadai nyawa untuk sahabat. 

Bagaimanakah anda ingin memilih sahabat baik daripada kesemua sahabat yang anda ada? Ayuh ketahui ciri-ciri memilih dan membina jalinan persahabatan yang murni! 

KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah persahabatan. Ikatan persahabatan akan mudah rapuh sekiranya tidak wujud kecintaan di antara dua orang insan.

KASIH SAYANG lebih kurang sama maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat, kita perlulah mencurahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Ada ketikanya kasih sayang anda itu tidak perlu dipamerkan secara terang-terangan. Cukup sekiranya anda menunjukkan kasih sayang itu dengan mendoakan perkara-perkara yang baik untuk sahabat anda. 

KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan itu mendapat keberkatan dan rahmat daripada Ilahi. Sekiranya anda tidak ikhlas ketika bersahabat, ia boleh mengundang permusuhan di antara sahabat. Sebaiknya anda memilih sahabat berdasarkan budi pekertinya, rasa tanggungjawab, keprihatinan dan bukannya semata-mata kerana paras rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya. 

KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan lagi ikatan persahabatan walaupun anda jarang bertemu. Apabila anda setia terhadap sahabat, kesannya sahabat anda juga akan sentiasa mengingati apa jua pengorbanan yang telah anda curahkan kepadanya. Ini kerana anda sentiasa berada di sisinya tidak kira susah mahupun senang. 

KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam sesebuah persahabatan, anda hendaklah berani mengatakan sesuatu perkara kepada sahabat anda itu, apatah lagi tentang perkara-perkara yang boleh menyakiti hatinya. Anda hendaklah berani mengaku dan berterus-terang kepadanya atas kesilapan yang telah anda lakukan. Anda juga haruslah berani menasihati dan saling menegur sahabat anda itu. 

KEJUJURAN perlu dalam sesebuah persahabatan. Anda jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat anda itu. Dengan berkata benar dan jujur, ini akan mengukuhkan lagi tali persahabatan antara anda berdua. Anda hanya boleh berahsia pada perkara-perkara yang anda rasa perlu dirahsiakan daripadanya sahaja. 

KEMAAFAN merupakan perkara yang perlu ada dalam etika bersahabat. Sekiranya sahabat anda melakukan kesilapan, anda hendaklah bersedia untuk memaafkannya, tidak kiralah sama ada kesalahannya itu besar ataupun kecil terhadap anda. Sahabat yang baik ialah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya, begitulah sebaliknya. 

KESEDIHAN yang dihadapi oleh sahabat anda haruslah dikongsi bersama. Apabila anda mengetahui sahabat anda itu berada dalam keadaan yang berdukacita, anda sebagai sahabat hendaklah sentiasa berada di sisinya. Kehadiran anda itu sekurang-kurangnya dapat meringankan kesedihan yang ditanggungnya dan dalam masa yang sama ia boleh meringankan bebanan yang dipikulnya itu. 

KEGEMBIRAAN yang hadir dalam diri sahabat anda itu, memberi makna yang anda juga rasa gembira. Pasti anda rasa senang apabila melihat sahabat anda bergelak ketawa dan sentiasa mengukir senyuman yang indah pada raut wajah mereka. 

KESERASIAN merujuk pada kesamaan mahupun ‘sekepala’ dalam apa jua yang anda dan sahabat lakukan bersama. Dengan wujudnya keserasian ini, aktiviti yang anda lakukan bersama akan menjadi lebih mudah dan lancar. Malah keserasian ini akan mewujudkan persefahaman antara anda dan sahabat.

Dalam persahabatan, jangan pernah ada pengkhianatan...


Indahnya Cinta...


Aku akhirnya dapat menerima perpisahan kita dan aku benar2 percaya bahawa aku boleh hidup tanpa dirimu. Aku telah dapat memerima kenyataan bahawa kau telah pergi dari hidupku. Tapi kini mengapa kau datang lagi..? Sesungguhnya aku tak rela kau menjelma semula di depan mataku kerana aku hanya insan yang lemah bila berdepan dengan dirimu… Ya, aku lemah kerana aku pasti dan yakin akan jatuh cinta sekali lagi padamu...


Indahnya Cinta...


Selagi aku masih bernafas… 

Selagi aku masih bernyawa… 

Selagi masih ada waktuku… 

Aku berjanji akan terus menyayangimu… 

Aku berusaha akan terus mencintaimu… 

Aku akan terus tetap mahu bersamamu… 

Buat selama-lamanya… 

Kerana bagiku, kau lah satu-satunya… 


Hati Terluka, Jiwa Merana...


Andai kata cinta itu nafas, pasti anda ingin hidup selama-lamanya. Andai kata cinta itu indah pasti anda selalu ingin memandangnya. Namun bila cinta itu luka, anda pasti merasakan kelukaan yang amat pedih. Namun terluka kerana cinta itu bukanlah halangan untuk meniti sebuah kebahagiaan. Tetapi apabila sering di lukai, tentu anda merasakan cinta itu seolah tiada maknanya. 

Arghh! Sakit hati dengan si dia. Pelbagai persoalan pasti bermain di fikiran anda. 

“Aku juga yang dipersalahkan, semuanya tidak kena” 

“Apa salah aku?” 

Kadangkala anda sendiri bingung dan keliru. Setiap hari anda dihadiahkan dengan tangisan dan kelukaan. Kata-kata yang keluar dari bibirnya betul-betul menghiris perasaan anda. Sebagai seorang kekasih sudah tentu anda inginkan perhubungan tersebut berada dalam keadaan baik bukan? Jadi cuba kita selongkar apa yang perlu anda lakukan. 

Selami Hati Dan Perasaan

“Huh! Sikit-sikit nak merajuk, menyampah!” 

Haa, kebiasaannya kenyataan ini pasti akan terungkap bila mana si dia mulai bosan dengan cara anda. Sebenarnya si dia tidak tahu dan tidak mahu menyelami hati dan perasaan anda. Sekiranya si dia individu yang teliti sudah tentu anda akan dipujuknya.Sebagai pasangan kekasih, anda dan si dia perlu belajar untuk memahami di antara satu sama lain. Jangan anda ingat, si dia sahaja yang perlu memahami anda bahkan anda sendiri juga perlu memahami dirinya. Apabila anda dan si dia saling memahami, permasalahan seperti ini akan berkurangan. 

Belajar Jujur Pada Pasangan

Adakah selama ini anda bersikap jujur dengan si dia? Cuba anda fikirkan sejenak.Selama anda berhubungan ada atau tidak anda merahsiakan sesuatu daripada pengetahuan dirinya. Sekiranya ada, anda orang pertama yang perlu belajar menjadi jujur kepada pasangan. Jika anda mahukan si dia berlaku jujur dengan anda, anda yang perlu mulakan langkah itu. Apabila terpalit sedikit penipuan di dalam perhubungan tersebut ini bermakna anda dan si dia belum mampu untuk mengendalikan perhubungan tersebut. Persengketaan sering kali berlaku bila mana anda dan si dia tidak berlaku jujur.Cuba anda renungkan dan muhasabahkan diri sendiri. 

Tidak Terlalu Hipokrit 

“Em, tak mengapalah. Saya faham Sayang sibuk...

Sayang jangan bimbang saya boleh makan sendiri...” 

Kata-kata ini yang selalu hadir dan bermain di bibirnya. Kadangkala anda terfikir sama ada si dia benar-benar memahami kerja anda atau sebaliknya.Tatkala persengketaan berlaku mulalah si dia menyalahkan anda dan anda juga seperti itu. Akhirnya ketidakpuasan hati di antara anda terbongkar jua. Rupa-rupanya selama ini anda mahupun si dia hanya berpura-pura memahami antara satu sama lain. Waktu inilah masing-masing mahu menarik diri lalu memutuskan perhubungan tersebut. Belajarlah untuk tidak terlalu hipokrit! 

Hargai Setiap Pengorbanannya

Tolong hargai setiap pengorbanan yang telah si dia lakukannya.Mungkin jarang sekali anda bertemu dengan lelaki sepertinya yang sanggup lakukan apa sahaja demi anda? Susah bukan ingin mencari kekasih seperti ini? Si dia sanggup berpanas dan berhujan demi anda, baginya anda sangat berharga seperti emas.Hilangnya anda meranalah si dia dan berkelanalah sidia tanpa ada pendayung yang menjadi kekuatannya.Lihatlah betapa pentingnya anda dalam hidupnya. Maka untuk apa anda mencetuskan perbalahan sehingga menimbulkan kesengsaraan? Fikir-fikirkanlah, jangan sampai keputusan itu menjerat diri anda sendiri, takut nanti anda juga yang merana. 

Jangan Memperbesarkan Masalah

Aduh! Hal remeh pun anda ingin perbesarkan? Susah betul nak berkompromi, anda semahu-mahunya ingin mempertahankannya juga. Anda perlu ingat, hal yang kecil seboleh-bolehnya diselesaikan dengan cara yang paling berhemah.Sekiranya anda terlalu beremosi, inilah padahnya!Anda akan mencari kesalahannya, kemudian bergaduh sampai anda sendiri yang tertekan dan akhirnya menangis teresak-esak. Padahal anda boleh mencari jalan bagaimana untuk mengatasi masalah ini dengan cara yang baik. Anda perlu profesional, jangan sampai si dia mengangkat kaki dan melangkah pergi daripada hidup anda. Saat itu siapa yang akan merana? Anda jawablah sendiri. 

Menuding Jari Tanpa Sebab

Inilah masalah orang bercinta. Anda sendiri mengakuinya bukan?Cuba anda fikir ada atau tidak selama ini anda dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain? Mestilah ada, kalau tidak anda dan si dia tidak akan bercakaran sampai membawa kepada kata putus.Waktu itu anda sendiri boleh mengagak apa yang akan berlaku. Mulalah menangis tidak tentu arah, pandang kanan salah malah pandang kiri pun serba tak kena. Aduh! Jiwa kacau macam ini.Jadi untuk mengatasi masalah ini, anda jangan terlalu menuding jari tanpa sebab, selidiki terlebih dahulu. Jangan anda hentam kromo sahaja! Padah yang menanti anda nanti. 


Jika kita tidak mahu di lukai dan kecewa, pastikan kita menjaga cinta itu sebaiknya. Barulah boleh dikatakan CINTA itu indah...