Sirna Cintaku...

Rabu, 29 Februari 2012

Belajar Melupakan Dia


Bila hati sering dilukai dan disakiti, sampai bila harus bertahan lagi. Belum kahwin lagi si dia sudah menyakiti hati anda dan tidak mustahil selepas kahwin pun dia tetap akan menyakiti hati anda malah mungkin lebih teruk dari ini. Walau besar mana cinta anda kepadanya tetapi anda juga harus memikirkan kehidupan anda yang akan mendatang. Apakah anda sanggup bertahan walaupun sering disakiti? Apakah anda sanggup mengorbankan kebahagiaan seumur hidup anda hanya kerana CINTA dia yang tidak seberapa itu? Masih belum terlambat untuk anda mengambil keputusan untuk melupakan dia. Walaupun sulit untuk anda melupakan dia tetapi anggaplah itu sebagai cabaran demi kebahagiaan anda kamudian hari. 

Untuk dapat melupakan si dia dan memula hidup anda yang baru, anda harus mulai berpikir dengan sungguh-sungguh.

Tanyakan hati

Apakah yang anda harapkan dalam hubungan anda bersamanya? Ambil waktu untuk merenung sendiri, apa yang anda inginkan dalam dirinya? Apakah hanya dia seorang yang mampu membuat anda bahagia? Adakah dia dapat menghargai anda? Adakah dia dapat mencintai anda seperti mana anda mencintainya? Sekiranya masa bercinta saja dia tergamak menyakiti hati anda, tidak mustahil selepas berkahwin dia akan melakukan yang lebih teruk lagi.

Apakah si dia mampu memenuhi impian anda?

Setiap pasangan mahukan kebahagiaan yang berpanjangan. Begitu juga dengan anda. Tentu anda impikan sebuah keluarga yang bahagia. Sebuah keluarga yang harmoni. Mampukah dia memenuhi impian anda tersebut? Apakah dia seorang egois, yang tak pernah peduli apa impian dan keinginan anda dalam perhubungan?

Lihat sifat baik dan buruknya

Anda boleh menilai segala kebaikan atau keburukannya. Yang mana lebih banyak? Buatlah daftar mengenai sifat-sifat baik dan sifat-sifat buruknya. Mana yang lebih banyak?

Apakah Si Dia memang mencintai Anda?

Jujurlah pada diri anda, apakah anda merasa si dia mencintai anda dengan sepenuh hatinya? Bagaimana ia menunjukkan cintanya pada Anda? Dengan kata-katakah atau dengan perbuatankah? Adakah dia berusaha demi mempertahankan kebahagiaan anda dengannya?

Bersikaplah terbuka, untuk apa anda sedaya-upaya mempertahankan hubungan dengan orang yang tidak mencintai atau menginginkan anda?


Berikan waktu bagi anda untuk mulai belajar melupakannya 

Buatlah sesuatu yang membolehkan anda melupakannya sedikit demi sedikit.Hindari dari menerima pangilan telefon darinya. Kalau boleh, tukar nombor telefon sekali. Padam semua gambar-gambar yang boleh menginggatkan anda kepadanya. Ikutlah aktiviti apa-apa saja asalkan dari pagi sampai malam anda diisi. Jika anda sibuk, tentu anda tidak sempat memikirkan tentang dia. Sedikit sebanyak anda dapat berfikir bahawa tanpa dia juga anda boleh teruskan hidup

Luahkan perasaan anda

Luahkan perasaan pada seseorang yang anda boleh percayai. Dengan meluahkan apa yang terpendam di hati anda, sedikit demi sedikit hati dan perasaan anda akan lega. 

Buang segala hadiah daripada si dia 

Untuk apa dikenang lagi pada orang yang tak sayang. Buang sajalah apa-apa yang menginggatkan anda kepada si dia. Buang sajalah apa-apa saja pemberian daripadanya sepanjang tempoh percintaan.


Terima hakikat

Belajar untuk terima hakikat dan redha pada ketentuan Ilahi. Anggap saja dia bukan jodoh yang ditakdirkan untuk anda. Mungkin selepas ini akan hadir insan lain yang lebih baik dari si dia. 

Pergi tenangkan fikiran 

Pergilah bercuti untuk menenangkan fikiran. Pilih lokasi yang tidak pernah anda dan dia lawati untuk mengelakan anda terus ingat padanya. 

Berdoa dan bertawakal 

Ingatlah kita dilahirkan hidup secara berpasangan dan sudah pasti ada jodoh untuk kita. Jika bukan hari ini, mungkin esok lusa kita akan berjumpa juga dengan seseorang yang sememangnya ditakdir untuk kita.




Cinta Lelaki Kasanova


Dalam kehidupan ini, sebagai insan biasa kita tidak pernah lari dari bebanan masalah. Pernahkah anda terpfikir, satu saat anda benar-benar jatuh cinta tanpa menyedari lelaki yang anda cintai itu rupa-rupanya kasanova. Tentu sulit untuk melupakannya kerana anda telah terjerat mencintainya. Tetapi, layak kah lelaki seperti ini untuk di cintai? Memang dia juga manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan tapi adakah anda sangup menempuh kehidupan yang akan datang bersama seorang lelaki seperti itu. Jika dia berubah, tentu anda boleh bahagia bersamanya. Tetapi, adakah anda pasti cinta anda dapat mengubahnya? Seandainya anda berasa sangsi, tidak salah untuk anda mengelakkan diri dari CINTA lelaki kasanova. 

Ciri-ciri lelaki kasanova

  • Di awal perkenalan, si dia menjadi insan yang paling mulia. Apa sahaja yang kamu mahu semuanya akan di penuhi. Namun harus di ingat, semua itu hanya lah sementara dan cuma mempu bertahan tidak lebih sebulan. Sedikit demi sedikit di dia akan menunjukan belangnya. 
  • Sikap si dia sentiasa kemas dan perwatakannya seperti orang berada, tapi sebenarnya poket kosong. Kalau ada pun cuma untuk buat pelaburan memikat anda di awal perkenalan kemudian duit anda pulalah jadi mangsanya. 
  • Lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan sebab itulah perempuan mudah cair dan menjadi mangsa. Jangan hanya melihat pada wajah tampan dalam memilih pasangan tetapi lihatlah pada hatinya. 
  • Lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji, tengok sahaja setiap kali kamu keluar dating. Siapa yang akan sampai dahulu. Dia ataupun kamu? 
  • Si dia juga sering memberi pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan. lebih jeles lagi, dia juga sering mempersalahkan orang lain atas kesalahanya sendiri. 
  • Si dia juga mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga berjenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa. 
  • Baru kenal sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian yang sensitif. Dia seolah sengaja mahu mengoda anda untuk pergi lebih jauh. 
  • Apabila keluar dengannya, dia selalu tunjuk macho depan anda. Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan anda. Kononnya mahu buktikan pada anda bahawa dia tidak curang di belakang anda tetapi dia memang peramah dengan semua orang. 
  • Belum lama berkawan, si dia berani meminta wang untuk di pinjam tanpa segan silu dengan pelbagai alasan seperti duit gajinya belum masuk lagi, nak kirim ke kampung dan sebagainya. Anda mungkin akan percaya dan akan termakan dengan kata-kata manisnya. 
  • Lelaki kasanova jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahu membawa anda berjumpa ibu bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku. Ini kerana dia tidak mahu anda mengetahui lebih dalam latar belakang keluarganya. 


Berhati-hatilah dalam memilih pasangan hidup anda. Jangan sampai anda terjebak dalam CINTA lelaki kasanova. Sekiranya anda telah tersalah langkah, berundurlah selagi masih ada kesempatan.




Stacy – Kasanova

Dahulu kukenal dia jejaka idaman Malaya…
Semut pun tidak mati dipijak…
Lemah lembut bicara…
Semakin kubuka hati semakin buka mata…
Dia berselindung untuk mengaburi langkahnya…

Kini ku tak mahu…
Di tipu dengan…
Si pencabul kalbu…
Mula-mula kubenar…
Benar nak bercinta…
Dengan iya iya…
Tapi lama-lama…
Belangnya keluar…
Rupa rupanya…
Jahatnya suka suka…

Di tawan dengan kasanova…
Semenjak digoda kasanova…
Di tawan dengan kasanova… 
Semenjak digoda kasanova…

Menurutnya aku permaisuri…
Bertakhta dalam hati…
Sebaliknya dia penjajah…
Banyak lagi yang lain…
Ohh…ohh…
Sia-sia aku setia…
Akhirnya harapanku hancur…
Cukup sampai sini saja…
Percayakan romeo..oh..oh…

Kasanova…


Tanda - Tanda Kekasih Curang


Cuba bayangkan, orang yang anda cintai sedikit demi sedikit mula berubah hati? Jika sebelum ini dia selalu menelefon, menghantar SMS dan sentiasa ada setiap kali anda memerlukannya tapi kini segalanya sudah berubah. Dia seakan menjauhkan diri dari anda. Untuk keluar makan bersama pun dia tidak mahu dan sering mencari pelbagai alasan.

Kebanyakkan kita selalu percaya, kekasih yang dicintai tidak akan berlaku curang. Tetapi, sudah lumrah kehidupan seseorang itu akan berubah bila tiba saatnya dengan pelbagai alasan. Sesuatu yang paling menyakitkan adalah apabila orang yang paling kita cintai beralih mencintai orang lain. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati tetapi adakah dia mencintai kita atau hanya sekadar berpura-pura?

Hati kita pasti dapat merasa jika seseorang yang kita cintai itu berubah hati. Layanan, kemesraan memang sudah tidak seperti dahulu lagi. Itu tandanya CINTAnya telah pudar. Mungkin ada insan lain sudah bertakhta di hati dia tanpa kita ketahui.

Ini adalah tanda kemungkinan si dia curang :-

Resah dan gelisah apabila bersama anda

  • Dulu, anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama untuk bersama. Tetapi kebelakangan ini, si dia nampak resah dan gelisah apabila bersama anda dan kerap kali melihat jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting dari bersama anda. Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada hal sedikit, ada meeting, bos nak jumpa’ dan pelbagai alasan lagi. 
  • Jika ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana mungkin si dia mahu berjumpa dengan kekasih barunya.  


Tiba-tiba membatalkan temu janji

  • Si dia tiba-tiba sahaja membatalkan temu janji dengan anda dengan pelbagai alasan. Ada-ada saja alasannya agar tidak dapat bertemu dengan anda. Lebih-lebih lagi pada hujung minggu atau cuti umum. 
  • Ini kemungkinan kekasih barunya tiba-tiba mengajaknya keluar sama pada masa si dia hendak keluar bersama anda. 

Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama

  • Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, keluar makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan seribu alasan. Jika si dia keluar, itu pun setelah puas dipujuk rayu. Jika keluar pun, kemesraan si dia sudah tidak seperti dulu lagi. Si dia akan sentiasa memerhati keadaan sekeliling kerana takut kekasih barunya melihat dia keluar bersama anda. Jika dulu, berjalan berpegangan tangan tetapi kini dia berjalan di hadapan anda dan riak wajahnya nampak gelisah. 


Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda

  • Si dia berubah sikap daripada seorang yang mengambil berat dan penyayang menjadi pemarah. Kecil sahaja salah anda, tapi si dia akan membesar-besarkan salah anda sehingga sanggup memarahi anda di depan orang ramai. Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda. 
  • Jika ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya. Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tidak ada gunanya untuk anda merayu dan meraih simpati dari si dia lagi kerana cintanya bukan untuk anda lagi. 

Tidak membenarkan anda memegang Handphonenya

  • Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun data-data, gambar-gambar dalam handphonenya. Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda melihat handphonenya, anda patut berasa curiga. 

Tidak lagi selalu menelefon anda

  • Pada awal percintaan, si dia yang selalu menelefon anda sehingga berpuluh kali dalam satu hari. Dia sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum, sudah balik kerja atau belum, sudah mandi atau belum. Jika satu hari sahaja tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah, gelisah dan tidak tenang. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung. Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan bertanya kenapa dia tidak menelefon anda. Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk dengan kerja. 
  • Ini menunjukkan si dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain. 

Si dia suka mendiamkan diri

  • Jika dulu, si dia lah yang paling banyak bercakap apabila anda bersamanya tetapi kini dia lebih banyak diam membisu. Biasanya, jika sudah tidak suka dengan seseorang pasti tidak tahu apa yang mahu di buat dan bercakap pun dah sudak tidak seronok. Ini kerana bagi dia, tidak ada apa-apa pun yang dia mahu tahu tentang anda lagi. 

Tersalah panggil nama panggilan

  • Si dia selalunya akan memanggil anda dengan panggilan sayang tapi tiba-tiba tersasul dengan memanggil darling, baby atau dear. Kalau tidak pun selalu tersalah menghantar SMS yang hendak di hantar kepada kekasih barunya tetapi terhantar kepada anda. Sekiranya itu berlaku, lebih baik anda undur diri lebih awal kerana si dia sememangnya telah menduakan anda. 


Walaupun pahit sebuah kenyataan, hadapilah semua daripada anda menyesal satu saat nanti. Jika dari awal anda tahu sikap si dia yang sanggup menduakan anda, lebih baik dari awal anda undur diri dari cinta tiga segi ini. Si dia memang bukan yang terbaik untuk anda dan tidak mustahil si dia juga pasti akan menduakan kekasih barunya seperti dia menduakan anda.


Isnin, 27 Februari 2012

Perwatakan Mengikut Bulan Kelahiran


Bercita-cita tinggi dan orangnya serius 

Suka mendidik dan dididik 

Sangat mudah melihat kelemahan orang 

Suka mengkritik 

Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan 

Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur 

Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam 

Pandai mengambil hati orang lain 

Pendiam kecuali telah dirangsang 

Agak pemalu 

Daya tumpuan yang sangat tinggi 

Mudah mendisiplinkan diri sendiri 

Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema 

Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya. 

Cukup sayang pada kanak-kanak 

Suka duduk di rumah 

Setia pada segala-galanya 

Perlu belajar kemahiran bersosial 

Sifat cemburu yang sangat tinggi 



Berfikiran abstrak
 
Sukakan benda yang realiti 

Bijak dan pintar 

Berpewatakan yang mudah berubah 

Mudah menawan orang lain 

Agak pendiam 

Pemalu dan rendah diri 

Jujur dan setia pada segalanya 

Keras hati untuk mencapai matlamat 

Tidak suka dikongkong dan memberontak apabila dikongkong 

Suka kegiatan yang lasak 

Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif 

Mudah mempamerkan marahnya 

Tidak suka benda yang remeh-temeh 

Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya 

Sangat berani dan suka memberontak 

Bercita-cita tinggi 

Suka berangan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya 

Pemerhatian yang tajam 

Suka hiburan dan sukan 

Suka benda yang bersifat seni 

Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran 

Berkecenderungan pada benda yang tahyul 

Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros 

Belajar untuk mempamerkan emosi 



Berpesonaliti menarik dan menawan 

Mudah didampingi 

Sangat pemalu dan pemendam rasa 

Sangat baik secara semulajadi 

Jujur, pemurah dan mudah simpati 

Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran 

Suka pada kedamaian 

Sangat peka pada orang lain 

Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat pada orang lain 

Tidak cepat marah 

Sangat amanah 

Tahu membalas dan mengenang budi 

Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam 

Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal 

Suka berangan-angan 

Suka melancong 

Sangat manja dan suka diberi perhatian 

Kelam kabut dalam memilih pasangan 

Suka dengan hiasan rumahtangga 

Punya bakat seni dalam bidang muzik 

Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik 

Juga terlalu mengikut selera atau perasaan 



Sangat aktif dan dinamik 

Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal

Sangat menarik dan pandai menjaga diri 

Punya daya mental yang sangat kuat 

Suka diberi perhatian 

Pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah 

Sangat berani dan tiada perasaan takut 

Suka perkara yang mencabar 

Pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah 

Emosi cepat terusik 

Dapat mengawal perasaan 

Kecenderungan bersifat pendendam 

Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan 

Kuat daya ingatan 

Gerak hati yang sangat kuat 

Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain 

Berpenyakit disekitar kepala dan dada 

Sangat cemburu dan terlalu cemburu. 



Keras hati dan degil 

Kuat semangat dan bermotivasi tinggi 

Pemikiran yang tajam 

Mudah marah apabila tidak dikawal

Pandai menarik hati dan perhatian orang lain 

Perasaan yang amat mendalam 

Cantik dari segi mental dan fizikal 

Tidak perlu dimotivasikan 

Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain 

Mudah dipujuk 

Suka berangan 

Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain 

Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit 

Daya khayalan yang tinggi 

Permikiran yang tajam 

Pandai berdebat 

Fizikal yang baik 

Kelemahan sistem pernafasan 

Suka sastera, seni dan muzik 

Suka melancong 

Tidak berapa suka duduk di rumah 

Tidak boleh duduk diam 

Tidak punya ramai anak 

Rajin dan bersemangat tinggi 

Agak boros 



Berfikiran jauh dan berwawasan 

Mudah ditawan kerana sikap baik 

Berperangai lemah lembut 

Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood 

Idea yang terlalu banyak di kepala 

Bersikap sensitif 

Mempunyai pemikiran yang aktif 

Sukar melakukan sesuatu dengan segera 

Bersikap suka menangguh-nangguh 

Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik 

Cepat marah dan cepat sejuk 

Suka bercakap dan berdebat 

Suka buat lawak dan bergurau 

Otaknya cerdas berangan-angan 

Mudah berkawan dan pandai berkawan 

Orang yang sangat tertib 

Pandai mempamerkan sikap 

Mudah kecil hati 

Mudah kena selsema 

Suka berkemas 

Cepat rasa bosan 

Sikap terlalu memilih dan cerewet 

Kurang mempamerkan perasaan 

Lambat untuk sembuh apabila terluka hati 

Suka pada barang yang berjenama 

Mudah menjadi eksekutif 

Kedegilan yang tidak terkawal 

Sesiapa yang memuji dianggap musuh 

Siapa yang menegur dianggap kawan 



Sangat suka didamping 

Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki 

Agak pendiam kecuali dirangsang 

Ada harga dan maruah diri 

Tak suka menyusahkan tapi tidak marah apabila disusahkan 

Mudah dipujuk dan bercakap lurus 

Sangat menjaga hati orang lain 

Sangat peramah 

Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya 

Berjiwa sentimental 

Jarang berdendam 

Mudah memaafkan tapi sukar melupakan 

Tidak suka benda remeh-temeh 

Membimbing cara fizikal dan mental 

Sangat peka, mengambil berat 

Pengasih dan penyayang 

Layanan yang serupa terhadap semua orang 

Tinggi daya simpati 

Pemerhatian yang tajam 

Suka menilai orang lain melalui pemerhatian 

Mudah dan rajin belajar 

Suka muhasabah diri 

Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama 

Suka mendiamkan diri 

Suka duduk di rumah 

Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan 

Tidak agresif kecuali terpaksa 

Lemah dari segi kesihatan perut 

Mudah gemuk kalau tak kawal diet 

Minta disayangi 

Mudah terluka hati tapi lambat pulih 

Terlalu mengambil berat 

Rajin dalam membuat kerja. 



Suka berlawak 

Mudah tertawan padanya 

Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain 

Berani dan tidak tahu takut 

Orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan 

Pandai memujuk orang lain 

Terlalu pemurah 

Egois 

Nilai harga diri yang sangat tinggi 

Dahagakan pujian 

Semangat juang yang luar biasa 

Cepat marah dan mudah mengamuk 

Mudah marah apabila cakapnya dilawan 

Sangat cemburu 

Daya pemerhatian yang tajam dan teliti 

Cepat berfikir 

Fikiran yang berdikari 

Suka memimpin dan dipimpin 

Sifat suka berangan 

Berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat 

Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk 

Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit 

Belajar untuk bertenang 

Sikap kelam kabut 

Romantik, pengasih dan penyayang 

Suka mencari kawan. 



Sangat bersopan santun 

Bertolak ansur 

Sangat cermat, teliti dan teratur 

Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik 

Pendiam tapi pandai bercakap 

Sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati 

Sangat perihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur 

Kerja yang dilakukan sangat sempurna 

Sangat sensitif yang tidak diketahui 

Orang yang banyak berfikir 

Daya pentaakulan yang baik 

Otak bijak dan mudah belajar 

Suka mencari maklumat 

Kawal diri dari terlalu mengkritik 

Pandai mendorong diri sendiri 

Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia 

Suka sukan, hiburan dan melancong 

Kurang menunjukkan perasaannya 

Terluka hatinya sangat lama disimpan 

Pendendam 

Terlalu memilih pasangan 

Sukakan benda yang luas 

Bersistematik. 



Suka berbual 

Suka orang yang sayang padanya 

Suka ambil jalan tengah 

Sangat menawan dan sopan santun 

Kecantikan luar dan dalam 

Tidak pandai berbohong dan berpura-pura 

Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan 

Sentiasa berkawan 

Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama 

Cepat marah 

Pentingkan diri sendiri 

Tidak menolong orang kecuali diminta 

Suka melihat dari perspektifnya sendiri 

Tidak suka terima pandangan orang lain 

Emosi yang mudah terusik 

Suka berangan dan pandai bercakap 

Emosi yang kelam kabut 

Daya firasat yang sangat kuat terutamanya perempuan 

Suka melancong, bidang sastera dan seni 

Pengasih, penyayang dan lemah lembut 

Romantik dalam percintaan 

Mudah terusik hati dan cemburu 

Ambil berat tentang orang lain 

Suka kegiatan luar 

Orang yang adil 

Boros dan mudah dipengaruhi persekitaran 

Mudah patah semangat 



Banyak idea dalam perkara 

Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya 

Berfikiran kehadapan 

Berfikiran unik dan bijak 

Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa 

Pemikiran yang tajam 

Daya firasat yang sangat halus dan tinggi 

Sesuai jadi seorang doktor 

Cermat dan teliti 

Personaliti yang dinamik 

Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia 

Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra 

Berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran 

Terlalu degil dan keras hati 

Apabila hendak sesuatu akan diusahakan sehingga berjaya 

Tak suka marah kecuali digugat 

Mudah ambil berat terhadap orang lain 

Pandai muhasabah diri 

Cara berfikir yang lain dari orang lain 

Otak yang sangat tajam 

Pandai mendorong diri sendiri 

Tidak hargai pujian 

Kekuatan semangat dan daya. 



Sangat setia dan pemurah
 
Bersifat patriotik 

Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan 

Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa 

Bercita-cita tinggi 

Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi 

Seronok bila didampingi 

Suka bercampur dengan orang 

Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai 

Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur 

Tidak pandai berpura-pura 

Cepat marah 

Perangai yang mudah berubah-ubah 

Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi 

Benci pada kongkongan 

Suka berlawak 

Pandai buat lawak 

Berfikiran logik 




Selasa, 21 Februari 2012

Perwatakan Mengikut Tahun Kelahiran

Yang Mana Satu Perwatakan Anda?


Monyet

Tahun
1944, 1956, 1968, 1980, 1992, 2004

Sifat positif
Pencipta, serba boleh, lucu, murah hati, cerdas, pintar, bertenaga, berdikari, penyayang, ceria, setia, berwarna-warni

Sifat negatif
Terlalu yakin dengan pendapat sendiri, angkuh, egois, sentiasa mengubah fikiran, cetek pemikiran, penyibuk, cuai, tidak matang

Paling serasi
Tikus, Naga, Ayam

Sederhana serasi
Babi, Kambing, Kuda, Monyet

Tidak serasi
Harimau, Lembu, Arnab, Anjing, Ular



Ayam 

Tahun
1945, 1957, 1969, 1981, 1993, 2005 

Sifat positif
Berani, ghairah, pandai, setia, rajin, teliti, murah hati, berbakat, kemas, wajar, praktikal, lojik, terus terang, releks, cerdas

Sifat negatif
Materialistik, terlalu suka berasmara, suka berpura-pura, sombong, suka mengarah, cerewet, lancang mulut, menyindir, suka menyendiri, panas baran, tidak tetap hati, sinis, dingin

Paling serasi
Lembu, Ular, Naga

Sederhana serasi
Monyet, Ayam, Kuda

Tidak serasi
Harimau, Tikus, Arnab, Kambing, Anjing, Babi



Anjing

Tahun 
1946, 1958, 1972, 1982, 1994, 2006

Sifat positif
Setia, sederhana, boleh diharapkan, murah hati, sabar, cerdas, terus terang, menarik, berani, pemaaf, suka bermain-main, peramah, menarik, menawan hati, lucu, berani, pelindung, ceria, suka cabaran, suka berseronok, ghairah

Sifat negatif
Cemas, panas baran, lancang mulut, angkuh, suka bercakap besar, kritis, cuai, keras kepala, tidak matang, merumitkan keadaan, kejam, suka bergaduh, suka menyendiri

Paling serasi
Kuda, Harimau, Babi

Sederhana serasi
Tikus, Lembu, Arnab, Ular, Anjing

Tidak serasi
Naga, Monyet, Kambing, Ayam



Babi

Tahun
1947, 1959, 1971, 1983, 1995, 2007

Sifat positif
Penyayang, bertoleransi, peka, optimis, patuh, jujur, senang menerima tetamu

Sifat negatif
Materialistik, mudah terpengaruh, mudah terpedaya, boros, ragu-ragu, naif

Paling serasi
Kambing, Arnab, Anjing, Babi

Sederhana serasi
Tikus, Lembu, Naga, Kuda, Harimau

Tidak serasi
Monyet, Ayam, Ular



Tikus

Tahun
1936, 1948, 1960, 1972, 1984, 1996, 2008 

Sifat positif
Cermat, cerdas, bijak, belas kasihan, berkarisma, menarik, bercita-cita, rajin, jujur, petah, kekeluargaan, kreatif, kemas, teratur. 

Sifat negatif 
Suka mengawal, degil, menikam dari belakang, geram, sukar rasa lucu, kejam, berdendam, dipengaruhi kuasa, tidak mahu berkongsi, kedekut, suka mengarah orang, tidak tetap hati, suka mempertahankan diri, suka bertengkar, tidak jujur 

Paling serasi
Naga, Monyet, Lembu 

Sederhana serasi 
Ular, Babi, Tikus, Anjing, Harimau 

Tidak serasi 
Arnab, Kambing, Ayam, Kuda 



Lembu

Tahun
1937, 1949, 1961, 1973, 1985, 1997, 2009

Sifat positif
Bertanggungjawab, boleh diharapkan, jujur, penyayang, mulia, tegas, berfikiran terbuka, rajin, praktikal, sabar, tabah, berkuasa, berani, mahir, petah, berbakat, yakin, kritis

Sifat negatif
Menbosankan, tegar, cemburu, mudah diperdaya, degil, terlalu kritis, tidak bertoleransi, rendah hati, paranoid, menung hiba, egois, dingin, kejam, ganas

Paling serasi
Tikus, Ular, Ayam, Kuda

Sederhana serasi
Babi, Anjing, Naga, Harimau

Tidak serasi
Lembu, Monyet, Kambing, Ayam



Harimau

Tahun
1938, 1950, 1962, 1974, 1986, 1998, 2010 

Sifat positif 
Berdikari, berani, yakin, dinamik, gigih, bertenaga, cerdas, sanggup berkorban, setia, mudah disayangi, baik hati, idealistik, serba boleh 

Sifat negatif 
Ada angin, cuai, gopoh, mementingkan diri, tidak sabar, suka mengikut gerak hati, terlalu yakin dengan pendapat diri, degil, terburu-buru, geram, suka bergaduh, ingkar 

Paling serasi 
Kuda, Anjing 

Sederhana serasi 
Naga, Arnab, Harimau, Tikus, Kambing 

Tidak serasi 
Lembu, Ular, Ayam, Monyet, Babi



Arnab

Tahun
1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999, 2011

Sifat positif
Peka, bijaksana, berkelakuan baik, senang menerima tetamu, sopan, berjiwa seni

Sifat negatif
Tidak tegas, suka berahsia, mudah tersinggung, kompleks, suka menyendiri, suka mengumpat, naif, pengecut, mudah terpedaya

Paling serasi
Babi, Kambing

Sederhana serasi
Anjing, Arnab, Ular, Kuda

Tidak serasi
Naga, Tikus, Ayam, Lembu, Monyet, Harimau



Naga

Tahun
1940, 1952, 1964, 1976, 1988, 2000, 2012 

Sifat positif 
Mulia, menimbulkan rasa hormat, berkarisma, bersemangat, baik hati, ramah, berkuasa, yakin, berwarna-warni, pemaaf, aktif, menyeronokkan, terus terang, ceria, spontan, suka berseronok, serba boleh, petah, suka bergaul, berdikari, mencintai kebebasan 

Sifat negatif 
Tidak berhati perut, mengerah, gopoh, cerewet, angkuh, bongkak, zalim, tidak bertoleransi, tamak, egois, suka bercakap besar, panas baran, tidak mudah puas hati, ganas, agresif, cuai, tidak peka 

Paling serasi 
Tikus, Monyet, Ular, Ayam 

Sederhana serasi 
Naga, Babi, Lembu 

Tidak serasi 
Kuda, Harimau, Kambing, Arnab, Anjing 



Ular

Tahun
1941, 1953, 1965, 1977, 1989, 2001

Sifat positif
Bijaksana, berfikiran secara mendalam, pandai, lojik, praktikal, cerdas, kreatif, belas kasihan, berwaspada

Sifat negatif
Cemas, malas, berahsia, tidak endah, naif, cerewet

Paling serasi
Lembu, Ayam, Naga

Sederhana serasi
Tikus, Anjing, Kambing, ular

Tidak serasi
Arnab, Kuda, Monyet, Harimau, Babi



Kuda

Tahun
1942, 1954, 1966, 1978, 1990, 2002

Sifat positif 
Mudah disayangi, ghairah, berdikari, intelek, kreatif, optimis, kuat, baik hati, suka bergaul, tegas, lojik, aktif, spontan, ceria, terus terang, serba boleh, ingin tahu 

Sifat negatif 
Cemas, tidak tetap hati, ingkar, tidak bijaksana, mementingkan diri, mudah terpedaya, tidak konsisten, panas baran, suka bergaduh, suka menyendiri, suka jaga tepi kain orang, tidak serius, sombong, lalai 

Paling serasi 
Anjing, Harimau, Kuda, Kambing 

Sederhana serasi 
Ayam, Monyet, Babi, Arnab 

Tidak serasi 
Tikus, Lembu, Naga, Ular



Kambing

Tahun
1943, 1955, 1967, 1979, 1991, 2003

Sifat positif
Kreatif, murah hati, patuh, lemah lembut, sederhana, idealistik, penyayang, peka

Sifat negatif
Tidak bertanggungjawab, cemas, malas, sentiasa mengubah fikiran, ganas, pendendam, cuai, mudah tersinggung

Paling serasi
Arnab, Babi, Kuda

Sederhana serasi
Harimau, Monyet, Ular, Kambing

Tidak serasi
Tikus, Lembu, Naga, Ayam, Anjing


Ahad, 19 Februari 2012

Masterpiece - Sinu


Deka ku betanya ngagai nuan sulu…
Nama penyalah aku…
Nyentuk ke nuan ambai…
Ditemu ku belalai…
Bekirum surat enggau bungai…

Uji madah ke aku..
Nyema nadai pengerindu…
Cukup meh nuan beduan aku…
Enti udah nadai jalai…
Badu meh tua begulai…
Taja pedih beserara enggau… 
Ambai…

Ukai ku enda madah dulu suba…
Nuan pan sanggup begulai merinsa…
Tang diatu aku dikemula…
Jaku enggau ati udah enda sebaka…

Mulut madah sayau, tang pengerindu lenyau…
Aku ditu merampau, nadai nuan irau…
Ukai amu sayau, ukai ku amu pengerindu…
Tang atiku cukup sinu…

Taja nuan enda sayau, taja nuan enda rindu… 
Ku meruan ngenang nuan… 
Sulu… 

Deka ku betanya ngagai nuan sulu…
Nama penyalah aku…?


Jumaat, 17 Februari 2012

Fun Fair di Boulevard Miri