Sirna Cintaku...

Jumaat, 17 Februari 2012

Kenali Bintulu, Sarawak























Bahagian Bintulu merupakan bahagian ketiga terbesar di Sarawak. Bintulu terletak 650 km dari Bandar Kuching dan kira-kira 215 km dari Sibu atau Miri. Bintulu mempunyai keluasan 7,220.4 km2. Asal Bintulu hanya sebuah kampung nelayan yang dikenali dengan hasil lautnya seperti udang, cencaluk dan belacan. Tetapi kini Bintulu telahpun menjadi sebuah bandaraya yang semakin pesat membangun.


Tempat2 yang menarik untuk di kunjungi di Bintulu :-

Pantai Tanjung Batu 

Untuk menikmati keindahan pantai dan laut dengan sinaran matahari, berkunjung ke Pantai Tanjung Batu. Anda boleh membawa keluarga untuk berkhemah, memancing dan beriadah. Terdapat bilik persalinan untuk anda bertukar pakaian. Anda boleh BBQ di sini dengan peralatan yang telah disediakan. Gerai-gerai minuman dan makanan juga ada di sini. Jadi anda boleh menjamu dengan menikmati pelbagai jenis makanan dan minuman sambil menikmati permandangan indah di Pantai Tanjung Batu, Bintulu. 


Taman Tumbina 

Dengan gabungan mini zoo dan taman bunga yang terletak di atas bukit yang menghadap ke Laut China Selatan dan Bandar Bintulu, pasti akan mendamaikan lagi suasana dengan pemandangan yang cantik di situ. Di Taman Tumbina, anda dapat menyaksikan pelbagai jenis haiwan2 dan keindahan bunga-bungaan dijaga rapi agar pengunjung-pengunjung berasa selamat ketika berkunjung. Di sini terdapat Burung Kenyalang ( Burung Kebesaran Negeri Srawak ), Helang dari berbagai sepsis, Beruang, Orang Utan, Harimau, Buaya, Ular Sawa, Rusa dan berbagai lagi jenis binatang lagi. 

Lawati blogspot :- 


Taman Negara Similajau 

Merupakan salah sebuah Taman Negara yang mempunyai pantai yang indah dan cantik dengan pasirnya yang keemasan. Dengan keluasan 7,000 hektar, taman ini memiliki lebih daripada 125 spesis kehidupan seperti burung dan 24 jenis sepsis mamalia. Bagi pengunjung yang ingin bermalam, kemudahan tempat-tempat penginapan seperti chalet dan hostel disediakan dengan bayaran yang berpatutan. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan