Sirna Cintaku...

Memaparkan catatan dengan label Kisah Lucu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Lucu. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Jun 2012

Tinggal Kepala


Pak Pandir: Selamat pagi tuan.

Polis: Selamat pagi.

Polis: Apa hal…?

Pak Pandir: Saya nak buat repot tuan.

Polis: Fasal apa tu.

Pak Pandir: Kawan saya di baham harimau.

Polis: Pukul…?

Pak Pandir: Dia tak pukul, dia terkam.

Polis: Habis?

Pak Pandir: Tak habis, tinggal kepala…


Khamis, 7 Jun 2012

Suami dan Isteri


Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa. Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota…

“ KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI. ESOK SAYA ADA MESYUARAT JAM 8.OO PAGI”

Dia meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang tidur. Keesokan harinya si suami terjaga dari tidur dan terkejut giler apabila mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 9.30 pagi. Kemarahannya membuak2 terhadap si isteri. Dia terpandang kertas nota dari isterinya.

“ BANG, BANGUN BANG….. SUDAH PUKUL 6.30 PAGI NI ”

Dia pengsan setelah membaca nota dari isterinya…


Tak Romantik Langsung



Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami.

Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?

Suami : Kenapa?

Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Romantik betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?

Suami : Nak mampus… Mana abang kenal isteri dia?

Isteri : Cehh!!!! [ dalam hati ]


Pak Pandir

Pak Pandir: Selamat pagi tuan...

Polis: Selamat pagi.

Polis: Apa hal…?

Pak Pandir: Saya nak buat repot tuan.

Polis: Fasal apa tu.

Pak Pandir: Kawan saya di baham harimau.

Polis: Pukul…?

Pak Pandir: Dia tak pukul, dia terkam.

Polis: Habis?

Pak Pandir: Tak habis, tinggal kepala…






Isnin, 14 Mei 2012

2 ekor anjing

Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan semantara anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan dan bermain2 lagi. Anjing A tak puas hati.

Anjing A : Aku yang letih2 training tiap2 hari tapi kenapa kau yang sampai dulu…

Anjing B : Entah ler…aku berenang selamba je tadi…

Anjing A : Aku tetap tak puas hati…

Anjing B : Kenapa pulak?

Anjing A : Tak puas hati kau berenang lebih laju dari aku…

Anjing B : Alaaa…kau dah lupa ker yang aku ni anjing laut…

Anjing A : Alamak, terlupa ler kawan… [ Tersenggih2 ]





2 Sahabat


Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan segera untuk memesan minuman ringan. Setelah pesanan sampai, mereka masing-masing keluarkan bekal yang di bawa dari rumah dan mula untuk makan.

Pemilik kedai yang dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka dan berkata, “Maaf encik, anda tidak dibenarkan memakan makanan sendiri di sini…”

Maka dua orang sahabat itu berpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula menukar bekal masing-masing…


Ganjaran



Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah hotel. Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya menyambutnya.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya…

Lelaki Inggeris : Sama2, tapi anda harus membalas budi…

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Inggeris : Tidur dengan saya….

Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!

Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu…

Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu. Di tingkat 50, seorang lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya…

Lelaki Perancis : Sama2, tapi anda harus membalas budi…

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Perancis : Tidur dengan saya…

Wanita : Tak guna!! saya tak mahu! Saya bukan pelacur!!!

Lelaki Perancis : Kalau begitu, tak guna saya selamatkan kamu…

Lelaki Perancis itu melepaskan semula wanita itu.

Dari tingkat 50,40.. dan 30,tidak ada sesiapa pun yang dapat menyambut wanita itu. Wanita itu mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu.

Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata…

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas jasa awak, saya akan tidur dengan awak...

Lelaki Arab : Astaghfirullah… [ lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut… ]



Sirna Cintaku : Tak semua lelaki jahat kat dunia ni...



Mengalahkan kambing...


Suatu hari di negara Eropah diadakan satu pertandinganan iaitu menahan bau di dalam sebuah bilik kecil yang didalamnya dimasukkan 10 ekor kambing.

Peserta pertama dari Amerika..
Baru 3 minit dia sudah keluar sambil muntah-muntah.

Peserta kedua dari Jepun..
Baru 10 minit dia sudah pengsan.

Peserta ketiga dari Afrika,
Baru 30 minit dia terus keluar dan muntah-muntah.

Terakhir peserta dari Bangladesh…
Baru 1 minit… 10 kambing itu keluar dan muntah-muntah.



Keong Racun

Seorang pembantu rumah, Susy baru saja bekerja menjaga anak majikannya yang agak degil. Anak majikannya tidak mahu di suruh tidur kerana leka bermain.

Susy : Aiman, Jangan gitu dong… 

Aiman : Kenapa kakak ni…?

Susy : Bobo yukk…Nanti2 main lagi…

Aiman : Dasar kau keong racun, baru kenal udah ngajak tidur… 

Susy : Waduhhh!!! 




Lurus Bendul


Ali ialah seorang anggota polis. Pada suatu hari, ketika dia sedang pergi meronda di sebuah kampung dia terlihat seorang budak menangis di tepi jalan lalu bertanya:

Ali : Kenapa adik menangis?

Budak : Saya nak lintas jalan ni…

Ali : La..tu pun nak menangis ke…Lintas ajelah,bukannya ada kereta lalu pun…jalan lengang ni..

Budak : Tapi mak pesan, kalau nak melintas jalan kena bagi kereta lalu dulu tapi dari tadi lagi tak ada kereta yang lalu pun…

Ali : ??!!


Senyum, tak perlu kata apa2…


Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat di sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. 

Polis: Owh…

Penjaga: Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yang ketiga disambar petir. 

Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…



Di mana kapal?

Seorang ahli silap mata mempertunjukkan kebolehannya di sebuah kapal mewah. Penontonnya selalu berganti setiap minggu tetapi dia tetap mengulang-ulangi silap mata yang sama.

Seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata milik kapten kapal selalu melihat pertunjukannya setiap minggu dan menjadi tahu penipuan yang dilakukan oleh ahli silap mata. Suatu malam ketika ahli silap mata membuat pertunjukan, si burung berteriak di tengah-tengah pentas.

“Lihat.. !! Itu bukan topi yg sama !!”

“Dia menyembunyikan bunga-bunga itu di bawah meja !!”

“Hey… semua daun terupnya,daun A !! “

Ahli silap mata amat bengang tapi tidak dapat berbuat apa-apa.


Suatu hari kapal tersebut mengalami kecelakaan dan tenggelam. Si ahli silap mata terapung2 di tengah lautan di atas sebuah papan bersama si burung kakak tua. Mereka saling pandang memandang dgn penuh kebencian tapi tidak mengucapkan satu patah kata pun.Ini berlangsung berhari-hari.Si ahli silap mata pun hairan kenapa si burung tak mahu terbang menyelamatkan diri.

Setelah satu minggu, tiba-tiba si burung berkata “OK… saya menyerah!! Di mana kamu sembunyikan kapalnya ??” 



Rabu, 18 April 2012

Posmen


Seorang posmen yang datang menghantar surat.

Posmen : Assalamualaikum

Pak Sameon : Walaikumsalam

Posmen : Ni rumah En. Sameon ye?

Pak Sameon : Ya saya…

Posmen : Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni…

Pak Sameon : Buat susah aje encik nie! Apasal tak pos aje…

Posmen itu terus pergi sambil mengaru2 kepalanya.



P lahhh…


Ada seorang pak cik tua yang baru saja lulus lesen kereta. Jadi, mengikut undang-undang, stiker berhuruf " P " hendaklah dilekat pada kereta sekiranya seseorang baru dapat lesen. Pada suatu hari, pak cik tua itu hendak ke Bandar dan dalam perjalanan ada polis roadblock.

Polis : "P" mana pakcik?

Pak Cik : P Aloq Staq ( loghat Kedah ).

Polis : Pak cik nak bergurau pulak. "P" mana pak cik?

Pak Cik : Aku nak p Aloq Staq. ( Dah mula naik angin ).

Polis : Amboi, main-main pulak pakcik ( tersengih ). Pak Cik, "P" mana?

Pak Cik : Aku habaq Aloq Staq hangpa tak percaya. Apa hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi aloq staq. Hangpa jadi polis pun hangpa jangan nak perleceh aku tau ( marah ).

Polis : Pi pi pi pi lah ... nyusah aje...

Pak Cik : kan mudah camtu...


Selasa, 17 April 2012

Cuti sekolah


Pada pagi yang ceria di dalam kelas darjah 3 Anggerik, Cikgu Roslina bertanya pada anak muridnya kemana mereka ingin pergi bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah yang akan datang.

Cikgu : Siti pada musim cuti sekolah nanti kamu nak pergi kemana ?

Siti : Saya nak balik kampung atuk saya di Pahang.

Cikgu : Kamu Ramli?

Ramli : Saya nak pergi Genting Highland.

Cikgu : Kamu Ahmad?

Ahmad : Saya teringin nak pergi bulan la cikgu.

Semua murid-murid ketawakan Ahmad.

Cikgu : Ahmad.. kalau nak pergi bulan kena jadi angkasawan dulu...ok. Kamu pula Adam?

Dengan semangat Adam menjawab.

Adam : Saya nak pergi Matahari...

Cikgu : Adam, matahari kan panas mana ada manusia pergi sana....

Adam : Pergi malam la cikgu...

Cikgu : ???!!!


Malas ke Sekolah


Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Karim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah. 

Ibu : Karim... Karim...bangun nak. Pergi sekolah, nanti terlambat lagi... 

Karim : Alahhhh mak… Karim tidak mahu pergi ke sekolah! 

Ibu : Apa? Tidak mahu pergi sekolah??? Baik… Karim berikan emak dua sebab mengapa Karim tidak mahu ke sekolah…

Karim : Semua murid-murid tidak sukakan Karim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Karim! 

Ibu : Itu bukan alasan bagi Karim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang! 

Karim : Baiklah, sekarang emak pula berikan Karim dua sebab mengapa Karim mesti pergi ke sekolah. 

Ibu : Eh...eh...bertuah punya anak! Karim dengar baik-baik, pertama Karim sudah berusia lima puluh tahun. Kedua Karim kan PENGETUA SEKOLAH!!!

Karim : ?!!! ( Lupa pulak )


Kisah Jual Bayi


Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun. 

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya. 

Pak Majid: Hmmmmm… ( Pak Majib macam acuh tak acuh je ) 

Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...? 

Pak Majid: Hmmmmmmm... ( sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya )



Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun sayang kat anaknya. 

Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku dapat putar kembali masa muda-muda dulu…Aku jual je anak-anakku tu.. .

Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid! Kejamnya kau Majid...

Pak Majid: Hoii.. engkau tak sedar lagi ker sekarang ni kita berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang ni di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu! 

Pak Abu: hehehehe… 


Rawatan Percuma



Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ***, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.

Doktor : Selamat petang...

Pesakit : Selamat petang Doktor!

Doktor : Ada masaalah apa ...?

Pesakit : Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor...

Doktor : Biar saya periksa telinga anda…

Doktor pun lalu memeriksa telinganya,dan rupanya biji kacang tersebut cukup susah di ambil malah mungkin perlu pembedahan.

Doktor: Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut...

Pesakit: Apa caranya doktor?

Doktor: Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma...

Pesakit: Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?

Doktor: Yang percuma kena sabar...

Pesakit: Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?

Doktor: Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi 'tauge' anda tinggal tarik keluarlah…

Pesakit: ????????


Hilang Duit


Pada suatu hari di sebuah Sekolah Rendah, ketika itu waktu rehat dan terlihat di halaman sekolah tersebut seorang murid sekolah darjah satu menangis dengan kuatnya. Lalu, bertanyalah salah seorang gurunya.

Guru : Kenapa menangis?

Murid : Duit saya hilang sepuluh ringgit, Cikgu… ( jawabnya sambil menangis )

Guru : Sudahlah jangan menangis ye...nih, Cikgu beri sepuluh ringgit…

Namun pelajar tersebut terus menangis semakin kuat dari tadi. Cikgu pun menjadi lebih hairan.

Guru : Aik... menangis semakin kuat? Kan Cikgu sudah ganti sepuluh ringgit…

Murid : Iya, Cikgu.......tapi kalau tadi duit saya tidak hilang, kan sekarang duit saya ada dua puluh ringgit…

Guru : ??!!!


Sakit Bang...

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?”

Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin. 

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.” 

Sejak dari tadi bapa mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya. “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”.