Sirna Cintaku...

Aku


Siapa aku? Aku adalah aku. Hehehe...tak apa ler, tak penting juga untuk kenal siapa aku kerana aku bukan top pun macam Fasha Sandha ker, Siti Nurhaliza ker. Aku hanyalah insan biasa jer...sama ler kita kan? Bagi yang kenal siapa aku, diam2 jer ler ekk...



Sangat bersopan santun 
Bertolak ansur
Sangat cermat, teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap
Sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati
Sangat perihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur
Kerja yang dilakukan sangat sempurna
Sangat sensitif yang tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir
Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar
Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik
Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia
Suka sukan, hiburan dan melancong
Kurang menunjukkan perasaannya
Terluka hatinya sangat lama disimpan
Pendendam
Terlalu memilih pasangan
Sukakan benda yang luas
Bersistematik


Aku di lahirkan pada bulan September. Jadi seperti di atas adalah sedikit sebanyak tentang sifat dan perangai aku termasuklah yang baik dan tak baiknya sekali. Hehehe...tak baik mungkin banyak sikit kot. Biasalah, aku ini kan cuma insan biasa yang serba kekurangan.


Cinta? Oh!!! Tiada lagi cinta di hati aku buat masa sekarang. Ye ker? Betul sebetul2nya. Sukar untuk percaya kepada cinta setelah di kecewa. Ceewwahhh!!! Tapi memang itu ler kenyataannya. Adik aku 2 orang perempuan sudah pun berkahwin cuma aku saja yang belum. Salah seorang sudah pun mempunyai seorang anak. Bila orang tanya bila nak kahwin? Aku dengan selamber je jawab "tak laku2" hehehe... Belum terjumpa dengan orang yang benar2 dapat menerima aku apa adanya, macam mana nak buat? Tak per lah, masih muda lagi...belum pun sampai 30an. Hehehe...

Tidak di nafikan, aku juga ingin bahagia seperti insan lain. Tapi aku masih lagi tidak dapat melupakan kekecewaan yang lalu. Tak per lah, kalau ada jodoh, tak kan kemana jugak. Betul tak?