Sirna Cintaku...

Sabtu, 31 Mac 2012

Cikgu dan anak muridnya



Di dalam kelas 2E

Cikgu : Mamat, cuba kamu terangkan apakah tugas akar pokok pisang?

Mamat : Untuk mencari makanan, cikgu…

Cikgu : Bagus! Sekarang giliran Amira pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?

Amira : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu…

Cikgu : Bagus! Sekarang giliran Ali pula. Apakah tugas daun pisang?

Ali : untuk membungkus nasi lemak, cikgu...

Cikgu : uiiiii...pandai sesangat...

Ali : Tiap - tiap hari saya tengok emak saya bungkus nasi lemak pakai daun pisang.

Cikgu : Ok bagus Ali...berdiri atas kerusi sampai habis kelas…

Ali : ???!!!



Selasa, 27 Mac 2012

Jatuh cinta dengan sahabat baik?

Sahabat jadi Cinta?


Benarkah lelaki dan perempuan tidak boleh berkawan rapat, kerana lama- kelamaan nanti akan timbul perasaan cinta? Sebenarnya, ada benar dan ada tidaknya. Perasaan cinta boleh timbul dengan pelbagai cara dan tanpa alasan. Sekiranya kita jatuh cinta terhadap sahabat baik sendiri, kita pun tidak mampu untuk menolak perasaan itu. Betul tak?


Ianya bergantung kepada kedaaan juga. Ada lelaki dan perempuan yang bersahabat baik dari kecil sehingga besar tetapi tiada perasaan cinta. Jika ada, selalunya ia membabitkan cinta bertepuk sebelah tangan. Tetapi kebanyakkan yang kita lihat, pasti sesuatu pasangan itu akan berkawan baik dahulu sebelum bercinta dan berkahwin, kan? Itu biasalah, cuma dalam persoalanrasaan cinta. 


Dalam persahabatan, kita dapat membuka pandangan mata kita mengenal erti hidup dan cinta. Apabila kita bersahabat dengan ramai orang, pastinya banyak pandangan mengenai cinta yang boleh kita dapat. 


Bukan semua orang boleh menerima cinta daripada sahabat sendiri. Ada yang menganggap sahabat hanya sahabat sampai mati malah hubungan dengan sahabat itu dianggap seperti adik beradik, tidak akan timbul rasa cinta sampai bila-bila. Ini kerana mereka sukar untuk mengubah perasaan itu dari kawan kepada cinta.

Walaupun pun begitu, jika anda telah jatuh cinta dengan sahabat baik sendiri, anda perlu buat pilihan sama ada untuk pendamkan perasaan itu kalau si dia masih belum tahu ataupun luahkan saja.


Antara dua pilihan ini, pasti ada risikonya.

  • Jika anda mahu pendamkan perasaan itu, anda akan berhadapan dengan risiko patah hati, sakit hati, kecewa dan memendam rasa apabila si dia sudah berpasangan nanti. Tentu sakit menahan perasaan cemburu anda melihat kemesraan si dia dan kekasihnya nanti.
  • Jika anda luahkan, anda akan berdepan dengan risiko kehilangan sahabat baik anda. Jika si dia tidak dapat terima yang anda sudah jatuh cinta dengan dia, pasti dia akan berada dalam keadaan janggal dan tidak mustahil dia akan mula menjauhkan diri dari anda.


Sahabat yang sudah ada kekasih

Jika sahabat baik anda itu memang sudah ada kekasih, pasti hati anda akan di cengkam perasaan cemburu dan membayangkan kemesraan mereka. Memang rasa cinta itu hak anda, tapi anda sebagai sahabat baiknya tidak ada hak untuk mengganggu hubungan dia dan kekasihnya. Kesimpulannya di sini, jika korang jatuh cinta dengan sahabat baik korang yang sudah ada pasangan, pendamkan saja perasaan itu kerana ia lebih baik dari mengaku dan menjadi punca keruntuhan hubungan orang lain. Betul tak? 

Sekiranya anda luahkan, bukan saja nanti anda akan kehilangan sahabat baik, malah mungkin dia membenci anda kerana menjadi punca hancurnya perhubungan si dia dengan kekasihnya. 

Jika anda jatuh cinta pada sahabat baik dan dalam masa yang sama dia sudah ada kekasih, pasti akan timbul konflik antara anda dan kekasih sahabat anda itu. Kalau sudah namanya sahabat, mesti kerap berjumpa dan melakukan segala aktiviti bersama kan? Pasti dari situ juga akan timbul rasa cemburu dari pihak kekasih sahabat anda.

Ingat, memang anda dan si dia bersahabat baik, tetapi pandangan orang apabila seorang perempuan lelaki dan perempuan kerap keluar bersama sudah tentulah lain kan? Memang orang akan anggap anda berdua ada apa-apa walaupun kenyataannya tiada.


Sahabat yang masih single

Apa yang perlu anda buat apabila anda jatuh cinta pada sahabat baik anda dan dia juga sedang single ketika ini? Memendam perasaan memanglah bukan semudah kata-kata. Hati anda pastinya memberontak untuk memiliki si dia sebagai kekasih dan berhubungan lebih daripada seorang kawan. 

Jika mahu luahkan, tidak berani pula. Jadi di sini, ada beberapa tips yang dikongsi untuk anda jika anda jatuh cinta kepada sahabat baik sendiri.


Menguji kehadiran rasa cinta

Sebelum anda ambil keputusan untuk luahkan perasaan cinta kepada sahabat baik korang, anda harus menguji dahulu adakah ada rasa cinta dia pada anda. Untuk itu, anda boleh mula bertanya hal tentang cinta kepadanya untuk permulaan. Contohnya, apa pandangannya terhadap cinta antara sahabat baik. Adakah dia boleh menerimanya atau tidak. Tanya soalan itu kepada nya dalam keadaan bergurau dan santai. 

Untuk melihat reaksinya, anda boleh cuba berbual tentang persoalan bakal kekasih masing-masing. Jika dia ada rasa cemburu apabila anda mula bercakap tentang lelaki / perempuan idaman anda, maknanya dia sudah ada rasa sayang terhadap anda. Cuma dia sendiri yang belum perasan. Kadang-kadang rasa sayang itu sudah ada, dia jer yang belum perasan. Dia akan perasan bila dia mula berasa cemburu terhadap anda.


Selain itu, cuba guraukan kata kata seperti ini:-

“aku tahu la aku cun, entah-entah kau dah jatuh cinta dengan aku tak?”

“ala aku tahu la kau sayang kat aku!”

“aku tahu kau sayang kat aku tapi kau malu nak mengaku!”



Selitkan gurauan seperti itu dalam perbualan santai anda kemudian lihat bagaimana dia memberi reaksi daripada gurauan anda itu. Jika mahukan sesuatu yang lebih serius, cuba anda timbulkan rasa cemburunya. Contohnya dengan berkawan rapat pula dengan lelaki / perempuan lain. Tengok dia cemburu tak? Cemburu sebagai kawan dengan seseorang yang ada perasaan cinta lain, ada bezanya. Jadi jangan keliru. Tapi jika ada sedikit rasa cemburu dan dia merajuk kerana anda sudah rapat dengan lelaki / perempuan lain, maknanya itu ada sedikit harapan untuk anda.

Uji rasa cinta juga boleh dilakukan dengan pemergian anda dari sisinya. Seseorang itu tidak akan menghargai atau perasan kehadiran cinta sebelum kehilangannya. Jika dia merindukan anda apabila anda pergi dari dia, itu bermakna dia sayangkan korang.

Jika ada rasa cinta, dia akan cari anda dan cuba untuk bersama kembali. Biarlah sepanjang pemergian anda itu, dia berfikir tentang anda dan menyelami apa sebenarnya perasan antara anda dan dia. Ini juga satu risiko yang anda perlu ambil jika membuat keputusan mahu uji dia dengan cara sebegini. Bagi diri anda, sudah semestinya ini amat menyakitkan kerana anda mencintai dia. Uji perasaan seseorang itu terhadap anda dengan pemergian anda dari sisinya. Takkan anda mahu hidup dalam teka-teki selamanya kan? Jika dia berasa selesa dengan keadaan itu dan merelakan anda pergi sebagai seorang sahabat, maknanya cinta itu tiada dalam hatinya. Walaupun sakit kenyataan itu, anda harus menerimanya. 


Ambil saja risiko

Satu lagi, anda luahkan perasaan anda dan anda akan menanggung risiko sama ada anda di terima ataupun anda akan kehilangan sahabat anda. Jika anda tidak mahu luahkan dan ambil keputusan untuk pendamkan, cuba tanya pada diri sendiri, adakah anda sanggup memendam rasa sampai bila-bila? Adakah anda sanggup berhubungan dengannya hanya sebagai seorang kawan tetapi dalam hati anda menginginkan sesuatu yang lebih? Adakah anda sanggup menahan apabila dia sudah ada kekasih nanti? Jika anda sanggup, maka anda boleh pendamkan. Sebagai seorang sahabat, anda harus relakan dia dan doakan saja kebahagian dia.

Kalau tidak sanggup, anda haruslah bertindak terlebih dahulu? Ambil saja risiko ini dengan meluahkan perasaan anda kepada dia. Ini lebih baik daripada memendam perasaan dan berada dalam keadaan tidak tenang. Sekurang-kurangnya bila anda sudah meluahkan, anda akan rasa puas hati. Semasa anda luahkan, jangan pula memaksanya membuat keputusan untuk menerima anda dalam masa yang singkat. Bagilah ruang untuk dia berfikir dengan tenang. Mencintai perlu dengan keikhlasan. Anda harus menerima apa saja jawapan dari dia.


Apa pun reaksi yang dia tunjukkan nanti, anda perlu menerimanya dengan hati terbuka. Luahkan lah kepada dia dalam keadaan tenang, yakin dan tidak terburu buru. Katakan yang anda menerima apa saja keputusan darinya. Satu lagi, anda juga harus menerima jika dia tiba-tiba menjauhkan diri daripada anda. Jangan memikirkan perkara yang negatif apabila dia menjauhkan diri nanti. Itu sebenarnya reaksi biasa kerana dia masih terkejut. Sekurang kurangnya dalam tempoh itu dia akan memikirkan tentang diri anda. Kalau boleh, selepas anda luahkan dan dia tiba tiba menjauhkan diri, anda janganlah menghubunginya dahulu seperti biasa. Jangan pula anda bersikap seperti tiada apa apa yang berlaku. Nanti dia akan fikir anda tak serius pula. Beri masa kepadanya untuk berfikir dan menerima apa yang berlaku. Ia sesuatu yang sangat mengejutkan kerana anda dan dia adalah sahabat baik. Jadi tentunya dia sukar untuk membuat keputusan dalam masa yang singkat. Dalam keadaan sekarang, pastinya anda akan merasa sedih. Sedih kemungkinan cinta tidak berbalas dan sedih kerana hilang sahabat yang amat anda sayangi.


Jika dia tidak menjauhkan diri tetapi menganggap seperti tiada apa apa yang berlaku, terpulang pada anda untuk terus menerima keadaan ini atau bertindak pergi dari dia. Ini bukan lagi tahap untuk menguji, tetapi anda perlu menenangkan diri. Ada sesetengah orang sanggup bersahabat baik asalkan tidak hilang orang yang dicintai tetapi ada sesetengah orang tidak sanggup. Jadi anda di dalam kategori yang mana satu? Bagi saya, yang terbaik adalah pergi dari dia. Memang sakit tetapi jika anda masih ada bersamanya dan terpaksa berpura pura, lagi sakit rasanya.


Jangan bersedih. Ingatlah yang Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan seseorang itu. Terapkan dalam diri, jika antara anda dan dia ada jodoh, walau bertahun-tahun berpisah pun tetap akan bersama juga. Mungkin buat masa sekarang anda perlu berpisah dahulu sementara tetapi siapa tahu apabila anda bertemu lagi dengan dia satu saat nanti, pintu hatinya akan terbuka untuk anda.




Zigaz – Sahabat Jadi Cinta

Ku hantarkan bak di pelataran…
Hati yang temaram…
Matamu juga mata mataku…
Ada hasrat yang mungkin terlarang…

Satu kata yang sulit terucap…
Hingga batinku tersiksa…
Tuhan tolong aku jelaskanlah…
Perasaanku berubah jadi cinta…

Tak bisa hatiku merapikan cinta…
Karena cinta tersirat bukan tersurat…
Meski bibirku terus berkata tidak…
Mataku terus pancarkan sinarnya…

Kudapati diri makin tersesat…
Saat kita bersama…
Desah nafas yang tak bisa teruskan…
Persahabatan berubahjadi cinta…

Apa yang kita kini tengah rasakan…
Mengapakah kita coba persatukan…
Mungkin cobaan untuk persahabatan…
Atau mungkin sebuah takdir Tuhan…


Khamis, 22 Mac 2012

Tips Menawan Hati Lelaki

Tawan hatinya dengan CINTA


Tips Menawan Hati Lelaki


Pandai memainkan peranan sebagai wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

Jangan terlalu mengongkong.

Jangan terlalu cemburu.

Gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

Jaga cara pemakaian anda kerana tidak semua lelaki suka wanita terlalu seksi.

Sering memberikan kad ucapan ( Mulakan dengan kata-kata gurauan )

Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

Renungi matanya dan tunjukkan sifat sebenar anda.


Sentiasa senyum dan jangan bersikap sombong bila berinteraksi dengan mereka.

Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

Tidak mudah putus asa dan sentiasa.

Berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

Jangan bandingkan si dia dengan lelaki-lelaki yang pernah anda kenali sebelumnya.

Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

Lelaki suka anda menjadi pendengar yang setia.

Lelaki tidak suka wanita yang suka membangkang.

Lelaki juga suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

Lelaki tidak suka jika anda memakai mekap yang terlalu tebal.

Mengetahui bila hari lahirnya.


Menghormati dia, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku.

Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

Lelaki suka seorang wanita yang manja tetapi jangan terlalu over.

Jangan terlalu tunjukkan perasaan anda ketika bertemu dan berbual dengannya.

Jangan terlalu bersikap kasar dan ganas dalam pergaulan.


Jangan terlalu menunjukkan bahawa anda ini terlalu baik dan sempurna. 

Jangan perasan bahawa anda ini mempunyai paras rupa yang jelita.

Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu anda titik beratkan.

Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

Mereka ini juga golongan yang terlalu sensitif.


Kenali siapa dirinya sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit.

Aset memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah anda yang kemas.

Jangan bersikap terlalu kuno.

Sentiasa mengambil berat tentang dia.

Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran.

Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama.

Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.


Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.

Jangan tunjukkan kelemahan kamu.

Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

Berjaya di dalam apa jua bidang yang anda ceburi.

Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib anda di meja makan.

Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan anda.


Seandainya anda jatuh cinta pada seseorang lelaki, berusahalah untuk mendapatkannya. Tidak semua lelaki yang berani untuk memulakan sebuah perhubungan, dan tidak menjadi kesalahan sekiranya anda terlebih dahulu mengungkap kata cinta. Tetapi, pastikan lah terlebih dahulu tingkah laku dan keperibadian anda mampu menawan hati si dia juga...


Perkara Yang Membuatkan Wanita Membenci Lelaki


Manusia memang tidak ada yang benar-benar sempuna. Tidak kira lah lelaki ataupun wanita. Kepada lelaki-lelaki kat luar sana, ketahuilah sifat-sifat lelaki yang dibenci oleh wanita. Sekiranya anda mempunyai sifat-sifat begitu, berubahlah agar wanita akan jatuh cinta kepada anda. 

Cerewet

Lelaki selalunya jarang cerewet. Tetapi kalau yang cerewet tu, susah lah. Ini salah, itu salah semuanya jadi serba salah. Cerewet sikit-sikit boleh lah tapi jangan cerewet banyak. Nanti si dia lari, susah juga nak cari penganti.

Meninggikan Suara

Tahulah mereka dikurniakan suara yang macho tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

Main Kayu Tiga

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya. 

Suka “Cuci Mata”

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata ( mata keranjang ). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang oiii!


Mengongkong

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya kekasih mereka bertanya hal yang sama. Macammana tu? Tidak adil kan?

Ego

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya. Jangan kerana sikap ego anda hingga membuatkan kekasih anda pergi meninggalkan anda.


Menipu

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan menunaikan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku belum berpunya. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama-kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

Perasan

Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh pula mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Walaupun sebenarnya pada pandangan seorang wanita, mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, apa yang wanita mahukan hanya sebuah kejujuran dan kesetiaan dalam setiap perhubungan. Tak perlulah sampai kata “ Biasalah, aku ni kan handsome ”

Mementingkan Diri Sendiri

Susah juga kalau dapat kekasih yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki seperti ini selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan perasaan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih. Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai. Kadang-kala harus juga menerima pendapat orang lain. Jangan hanya mementingkan diri-sendiri saja.

Kurang Memberikan Perhatian

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan kekasih, mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

Cemburu Buta

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Tak kan lah kawan-kawan lelaki tegur, mulalah nak marah-marah tak tentu pasal. Cemburu pun, agak-agaklah. Mungkin lelaki yang kuat cemburu ini takut kekasihnya terlepas ke tangan orang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila kekasih cemburu kerana seolah-olah kekasihnya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, merimaskan.

Mata Duitan

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan. Mereka akan mengikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan. Apa kes pulak ni?? Tak malu ker nak kikis duit perempuan?

Komited Terhadap Kerjaya

Susah kalau dapat kekasih yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. 


Panas Baran

Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap dengan sepak terajang? Siapa yang nak lelaki macam itu? 

Kaki Rokok

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sampai dua tiga kotak rokok. Kalau habiskan duit dengan membeli benda berfaedah tak apa juga, janganlah jadi perokok sepenuh masa. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kekasihnya juga dan tak mahu kekasihnya jatuh sakit. Lagipun teman wanita ini juga tak nak kekasih mereka membazirkan duit dengan merokok. 

Pengotor

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama dalam dalam bab ludah meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Tak macho langsung!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

Gelojoh

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa tergesa-gesa?

Pentingkan Kawan - Kawan

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak berkumpul dengan kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah. Jangan selalu memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula. 

Tidak tahu menghargai

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun segala perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

Putar Belit

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

Suka Kontrol Macho

Nak dikatakan macho, tak juga. Sedang-sedang je! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga.


Sekarang, sudah tahu sifat-sifat lelaki yang di benci oleh wanita? Berubahlah sekiranya anda tidak mahu ditinggal oleh wanita kesayangan anda. 


Clement Joy’s – Antara Dua


Clement Joy’s – Antara Dua

Sesingkang kaki ku mansang…
Enda surut ke belakang…
Bai ati enda ulih tagang…
Biar mih tanah di indik berenyang…

Sempadan semak di landa…
Aku sanggup nujah aja…
Enggai mih aku enda sangkai…
Biar ngerayap mupuk begadai…

Bakanya pengerindu aku…
Baka pengelabuh punggu…
Laban nuan mungkal…
Ninggal ka aku…
Aku nadai daya…
Nyau suntuk penemu…
Nuan udah dulu ngelebu…

Entara dua tu penghujung tua…
Enda besambung agi naka tu aja…
Badu nuan ngarap…
Sayau pan nadai reti…
Laban tua udah enda saum ati…

Sempadan semak di landa…
Aku sanggup nujah aja…
Enggai mih aku enda sangkai…
Biar ngerayap mupuk begadai…

Bakanya pengerindu aku…
Baka pengelabuh punggu…
Laban nuan mungkal…
Ninggal ka aku…
Aku nadai daya…
Nyau suntuk penemu…
Nuan udah dulu ngelebu…

Entara dua tu penghujung tua…
Enda besambung agi naka tu aja…
Badu nuan ngarap…
Sayau pan nadai reti…
Laban tua udah enda saum ati…


Sabtu, 10 Mac 2012

Lelaki menangis? Kenapa dan mengapa?



Lelaki menangis? Jarang sekali kita melihat seorang lelaki menangis. Menangis akan membuat lelaki itu kelihatan lemah di hadapan wanita. Tapi lelaki juga seorang insane biasa dan ada kalanya juga akan menangis, seperti ketika ia ditinggalkan oleh orang yang paling disayanginya.


Perkara - perkara yang membuat lelaki menangis :-

Kematian orang yang dicintai

Siapa yang tidak sedih kehilangan orang yang dicintai? Hal yang sangat normal ketika melihat lelaki menangis saat kehilangan orang dicintainya, baik kekasih, keluarga mahupun teman. Amat mustahil lelaki tidak menangis jika ada orang terdekatnya yang meninggal dunia. 

Kematian haiwan peliharaan

Tak hanya manusia, kehilangan haiwan kesayangan juga boleh membuat lelaki menitiskan air mata. Hubungan antara haiwan kesayangan dan tuannya boleh sangat dekat, jika dia sudah merawatnya sejak kecil atau banyak menghabiskan masa bersama. 

Melihat orang yang disayanginya sengsara

Lelaki tak tahan jika melihat orang-orang yang disayanginya mengalami kesengsaraan. Bagi mereka lebih baik mereka sendiri yang sengsara dari melihat orang yang mereka sayang menderita. 

Mengecewakan keluarga atau orang tersayang

Membuat kekasih atau orang tersayang kecewa merupakan satu perkara yang boleh buat lelaki menangis. Dibandingkan membuat orang marah, perasaan bersalah akan lebih besar melingkupi dirinya jika orang tersayang jadi kecewa kerana perbuatannya. 

Ditinggalkan orang tersayang

Ditinggalkan kekasih kerana lelaki lain juga akan membuat seorang lelaki pasti menitiskan air mata kecewa. Dia merasa benar-benar kecewa dan terluka sangat dalam. Pada peringkat kekecewaan dan sakit hati yang sudah parah, lelaki biasanya tidak akan dapat menahan air matanya.

Membuat ibubapa bangga 

Baik lelaki mahupun wanita, pasti berkeinginan membuat ibubapanya berasa bangga. Perasaan bahagia tidak dapat di ungkapkan dengan kata-kata apabila melihat kebahagia di mata ibubapanya. Air matanya pasti menitis apabila orang tuanya memuji dengan menyatakan dia adalah anak yang terbaik.

Ketika lamarannya diterima 

Apabila seorang lelaki berjaya melamar untuk mengahwini gadis idaman yang selama ini dia bersusah payah untuk menawan hati si dia. Air mata lelaki tidak hanya keluar pada saat sedih saja, tetapi juga saat dia merasakan kebahagiaan yang luar biasa. Salah satunya, boleh menikahi wanita yang dicintainya. 

Saat Menikah dan bergelar suami

Walaupun lebih ramai wanita yang menangis saat menikah, lelaki juga boleh menitiskan air mata tatkala bergelar suami kepada seorang wanita yang amat di cintainya. Itu adalah saat yang paling penting dalam hidupnya. 

Kelahiran Anak Pertama

Banyak lelaki yang merasa amat seronok dan gembira apabila saat pertama menatap raut wajah anaknya yang baru lahir. Perasaan itu sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Melihat zuriatnya bersama isteri yang dicintai sudah pasti meninggalkan kanangan manis didalam hati sehingga air mata gembira mengalir.


Tak kiralah sekeras atau selembut mana hati seorang lelaki, apabila airmatanya mengalir ia membawa ertinya tersendiri. Lelaki lebih menderita kerana memendam rasa semata-mata tidak mahu menangis sedangkan airmata itu sendiri adalah penawar kepada kedukaan, kesedihan dan kekecewaan.

tapi janganlah terlalu emosi macam ni. hehehe....


Jumaat, 9 Mac 2012

Makna Setiap Pemberian


Nak bagi hadiah kepada insan yang tersayang? Tapi tak tahu nak bagi apa? Setiap pemberian hadiah mempunyai maknanya tersendiri. Tapi yang paling penting, semuanya mesti ikhlas dari hati.


Jam Tangan
Tanda mengingati setiap masa dan waktu



Cincin
Tanda ikatan kasih yang abadi


Gelang
Tanda mesra


Rantai Leher
Ikatan cinta yang perlu perhatian


Subang
Tanda penghargaan dan penghormatan


Kasut
Sentiasa mengambil berat / prihatin


Pakaian / Kain
Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu


Payung
Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi


Minyak Wangi
Tanda cinta


Bingkai Gambar
Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan


Buku
Bersifat terbuka dan bertolak ansur



Bunga
Tanda perkenalan dan tanda sayang


Coklat
Semanis cintamu


Kad Ucapan / Bunga
Mengabadikan cinta



Sejadah / Al-Quran
Menyayanginya di dunia dan akhirat



Sikap wanita yang dibenci lelaki



Memang diakui manusia tidak sempurna dan mempunyai banyak kelemahan. Namun ketidaksempurnaan itu boleh dikurangkan jika anda bijak untuk mengawalnya. Apa yang penting, jangan jadikan segala ketidaksempurnaan dan kelemahan yang ada di dalam diri anda, sebagai punca perbalahan dengan pasangan.

Sebagai wanita, anda perlu bijak menarik perhatian si dia dan jangan sekali-kali menunjukkan sikap buruk anda di hadapannya. Tidak kisahlah jika anda dilabel hipokrit oleh teman-teman lain asalkan anda terus mendapat tempat di hati si dia. Ini kerana kebanyakan lelaki apabila ditanya apa yang membuatkan mereka tidak selesa dengan wanita, jawapannya adalah sifat buruk yang hampir dimiliki oleh semua wanita.

Berikut adalah antara sifat buruk wanita yang menjadi kebencian lelaki. Andainya ada di antara anda yang memiliki sifat-sifat yang disenaraikan ini, segeralah berubah sekiranya anda tidak mahu kehilangan insan tersayang.


Mari kita lihat, bagaimana sikap wanita yang dibenci oleh lelaki :-

  • Ego yang melampau 
  • Terlalu nak menang sendiri 
  • Tidak ada sopan santun 
  • Terlalu manja 
  • Suka mengada-ngada 
  • Terlalu rapat dengan lelaki lain 
  • Buat bodoh ketika bersama 
  • Kuat mengongkong 
  • Kuat cemburu
  • Suka marah tak tentu pasal dan tidak kira tempat 
  • Suka tuduh yang bukan-bukan 
  • Suka memaksa lelaki berubah seperti yang dia mahu
  • Mahu perhatian 24jam 
  • Terlalu kuat emosi 
  • Tiap kali gaduh cakap putus 
  • Mata duitan 
  • Boros 
  • Suka tanya itu ini tentang masa lampau 
  • Suka membandingkan dia dengan X-boyfriend 
  • Tidak pernah bersyukur 
  • Suka Mengatur 
  • Kuat cerewet 
  • Pemalas 
  • Kuat banyak cakap 
  • Gedik yang melampau 
  • Pentingkan diri-sendiri 
  • Kuat merajuk 
  • Kuat mendesak 


Wanita sering menjadikan air mata sebagai senjata untuk melembutkan hati lelaki. Malah ketika berdepan dengan sebarang masalah, wanita sering emosional tanpa memikirkan sesuatu secara logik.

Apabila ditegur, mudah melenting dan sukar untuk menerima sebarang pandangan yang diutarakan oleh orang lain. Wanita juga selalu tersinggung dan terasa untuk perkara yang tidak perlu.

Sikap wanita yang sebegini hanya merimaskan lelaki dan akhirnya lelaki akan menjauhkan diri daripada mereka.





Amalan Memotong Kuku Mengikut Sunnah Nabi

Begitu indahnya Islam, sampaikan memotong kuku pun ada adapnya. Apatah lagi perkara yang lebih besar dari itu.



Potong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, memotong kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu membuang kuku tu pada tempat yang tidak kotor. Paling elok buanglah ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, bukannya ke dalam tong sampah meskipun tong sampah tu bersih.



Memotong kuku haruslah di mulai dengan membaca Bismillah dan selawat Nabi dan potong bermula dari jari telunjuk sebelah kanan sampai jari kelingking tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhir sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, mula dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri.


Hari Isnin
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa
Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu
Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat
Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

Hari Sabtu
Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Ahad
Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan


Jumaat, 2 Mac 2012

Kekasih curang dengan sahabat sendiri


Anda dan sahabat baik anda berkongsi teman lelaki? Dapatkah anda membayangkan bagaimana perasaan anda bila kekasih yang anda cintai berlaku curang dengan sahabat baik anda sendiri? Oh tidak!! Perkara seperti ini adalah yang paling menakutkan sekali. Namun yang paling menakutkan itulah yang sering terjadi. Siapakah yang harus di persalahkan? Kekasih ataupun sahabat anda? Sebelum menjawab persoalan itu, selidik dahulu bagaimana ia boleh berlaku. 

Terlalu banyak masa dihabiskan bersama 

Anda, sahabat dan si dia sering kali menghabiskan masa bersama. Pergi membeli-belah bertiga, pergi makan bertiga dan aktiviti beriadah pun pergi bertiga. Keakraban ini tidak salah, namun kerana selalu bersama membuatkan perhubungan antara sahabat anda dan kekasih anda semakin hari semakin rapat. Mula-mula hanya sayang seperti sahabat tetapi lama-kelamaan, sedikit demi sedikit ia boleh bertukar menjadi cinta.


Kekasih anda terlalu baik

Sesiapa pun pasti akan tertawan bila melihat ada orang terlalu baik dengan kita. Sikap si dia yang prihatin, romantis dan gentlemen terhadap kamu selama ini sedikit sebanyak telah membuatkan jiwa dan hati sahabat anda tersentuh dan mungkin terselit perasaan cemburu. Sering menjadi orang tengah setiap kali anda dan si dia bertengkar juga adalah penyebabnya. Mungkin sahabat andalah tempat si dia meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya pada anda membuatkan mereka semakin dekat. Secara tidak langsung, ini akan membuatkan hubungan bertambah erat kerana sahabat anda dan si dia saling berinteraksi di antara satu sama lain tanpa kehadiran anda.

Punya banyak persamaan 

Secara kebetulan kerana sering bersama, sahabat anda dan si dia pasti punya banyak persamaan antaranya hobi, minat, makanan kesukaan dan macam-macam lagi yang sama. Persamaan ini membuatkan sahabat anda rasa si dia lebih dekat dengan dirinya berbanding dengan anda.


Cemburu 

Sebagai manusia biasa, memang tidak boleh lari daripada perasaan cemburu, iri hati dan dengki walaupun dengan sahabat sendiri. Perasaan inilah yang ada kalanya meracuni permikiran sahabat anda hingga sanggup menjadi perampas kekasih sahabat sendiri. Selama ini dia telah melihat kemesraan dan layanan yang baik si dia terhadap anda, memanglah terdetik perasaan cemburu di hatinya.

Fizikalnya yang menarik 

Siapa yang tidak suka bila melihat sesuatu yang menarik dan sempurna. Kemungkinan sahabat anda itu tertarik dengan rupa paras kekasih anda yang tampan. Kalau tidak pun mungkin kerana kekasih anda itu begitu sempurna dan baik pada pandangannya . Jadi sebagai manusia biasa, sudah semestinya dia tidak mampu menolak untuk jatuh cinta pada kekasih anda biarpun dia sedia maklum itu adalah kekasih sahabatnya sendiri.

Respons positif 

Lelaki juga apabila dengan perempuan yang sering memberikan respons yang positif tentu tidak akan menolak. Malah ada segelintir lelaki akan berasa bangga jika sahabat kekasihnya turut meminatinya. Kesempatan sebegitu jarang sekali di tolak oleh lelaki lebih-lebih lagi apabila sahabat anda yang mengodanya terlebih dahulu. Berwaspadalah dengan lelaki jenis ini.

Berwaspadalah dengan apa yang ada di persekitaran anda. Sahabat memang boleh untuk di percayai tetapi bukan harus di percayai dalam semua segi kerana dia juga manusia biasa. Tidak salah untuk anda mengelak dari awal dan menjaga batas pergaulan antara sahabat dan si dia untuk menghindari perkara yang tidak sepatutnya berlaku. 


Sahabat yang baik tidak akan menyakiti hati sahabatnya sendiri walau dengan apa cara sekali pun tetapi sahabat yang tidak baik sememangnya akan melakukan apa saja demi kepentingannya sendiri tanpa menghiraukan perasaan orang lain termasuk sahabatnya sendiri. 



Sirna Cintaku : Lelaki yang baik pula tidak akan mungkin tergoda dengan sahabat kekasihnya walau dengan cara apa sekali pun ia di goda. Lelaki yang baik sememangnya akan menghindari apabila mengetahui sahabat kekasihnya ingin mendekatinya. Tapi berapa ramaikah lelaki seperti ini? 1 dalam 1000 ? 



Rebecca - Maafkan Aku Mencintai Kekasihmu

Teman ada yang ingin kusampaikan…
Namun ini tak pantas tuk kau dengar…
Ku ada di tempat yang salah…
Karna dibutakan…
cinta… 

Yang kau lihat tak seperti…
Yang kau lihat…
Semua telah terjadi di luar kendaliku..
Jika bisa kuarahkan saja…
Cinta ini ke lain…
Cinta… 
 
Maafkan Aku mencintai kekasihmu…
kekasihmu…
Namun ku tak ingin menjadi…
Penyebab kehancuran…
Antara kau dan dia dan aku… 

Teman takkan kupaksa kau maafkan…
Diriku yang terlanjur bersalah…
Hanyalah maaf tulus dariku…
Takkan pernah kubuat…
lagi…