My Music...

Sirna Cintaku...

Jumaat, 9 Mac 2012

Sikap wanita yang dibenci lelaki



Memang diakui manusia tidak sempurna dan mempunyai banyak kelemahan. Namun ketidaksempurnaan itu boleh dikurangkan jika anda bijak untuk mengawalnya. Apa yang penting, jangan jadikan segala ketidaksempurnaan dan kelemahan yang ada di dalam diri anda, sebagai punca perbalahan dengan pasangan.

Sebagai wanita, anda perlu bijak menarik perhatian si dia dan jangan sekali-kali menunjukkan sikap buruk anda di hadapannya. Tidak kisahlah jika anda dilabel hipokrit oleh teman-teman lain asalkan anda terus mendapat tempat di hati si dia. Ini kerana kebanyakan lelaki apabila ditanya apa yang membuatkan mereka tidak selesa dengan wanita, jawapannya adalah sifat buruk yang hampir dimiliki oleh semua wanita.

Berikut adalah antara sifat buruk wanita yang menjadi kebencian lelaki. Andainya ada di antara anda yang memiliki sifat-sifat yang disenaraikan ini, segeralah berubah sekiranya anda tidak mahu kehilangan insan tersayang.


Mari kita lihat, bagaimana sikap wanita yang dibenci oleh lelaki :-

  • Ego yang melampau 
  • Terlalu nak menang sendiri 
  • Tidak ada sopan santun 
  • Terlalu manja 
  • Suka mengada-ngada 
  • Terlalu rapat dengan lelaki lain 
  • Buat bodoh ketika bersama 
  • Kuat mengongkong 
  • Kuat cemburu
  • Suka marah tak tentu pasal dan tidak kira tempat 
  • Suka tuduh yang bukan-bukan 
  • Suka memaksa lelaki berubah seperti yang dia mahu
  • Mahu perhatian 24jam 
  • Terlalu kuat emosi 
  • Tiap kali gaduh cakap putus 
  • Mata duitan 
  • Boros 
  • Suka tanya itu ini tentang masa lampau 
  • Suka membandingkan dia dengan X-boyfriend 
  • Tidak pernah bersyukur 
  • Suka Mengatur 
  • Kuat cerewet 
  • Pemalas 
  • Kuat banyak cakap 
  • Gedik yang melampau 
  • Pentingkan diri-sendiri 
  • Kuat merajuk 
  • Kuat mendesak 


Wanita sering menjadikan air mata sebagai senjata untuk melembutkan hati lelaki. Malah ketika berdepan dengan sebarang masalah, wanita sering emosional tanpa memikirkan sesuatu secara logik.

Apabila ditegur, mudah melenting dan sukar untuk menerima sebarang pandangan yang diutarakan oleh orang lain. Wanita juga selalu tersinggung dan terasa untuk perkara yang tidak perlu.

Sikap wanita yang sebegini hanya merimaskan lelaki dan akhirnya lelaki akan menjauhkan diri daripada mereka.





2 ulasan:

  1. Ow terimakasih atas info ini..saya mahu mempratikan segala yang saya baca di atas ini..saya mahu membuat suami muak dan bosan dengan saya..saya mahu bercerai dengan suami..terimakasih banyak ya

    BalasPadam
  2. Betul info ni.. Ni la perempuan..kebanyakan lelaki terpaksa hadap benda ni sbb syg..gua ulang.. Terpaksa.. Itu kebenaran.. Xyah nafi kan.. Tp utk makcik yg nk cerai ngn suami.. Gluck la.. Klu tempoh seminggu makcik dh dpt cerai.. Maknanya makcik mmg bini yg xbgs.. Xda sapa nk makcik kecuali laki makcik 2.. Hahhaha.. Bengong

    BalasPadam