Sirna Cintaku...

Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

Rabu, 7 November 2012

Rahsia Tahi Lalat


Bila dengar pasal tahi lalat, mesti dah terbayang bintik2 kaler hitam kat badan. Masih ingat lagi masa kecil dulu, nenek pernah cakap sapa2 yang banyak tahi lalat kat muka adalah pengotor termasuk aku ler. Tahi lalat ni bukan terjadi apabila datangnya lalat dan hinggap kat muka atau badan kita lepas tu melepaskan satu sisa dari bontotnya. Itu hanya menurut kata orang2 tua saja. Saja nak cerita2 dongeng dengan anak2 je. 

Tahi lalat terbahagi kepada 3 jenis iaitu Atypical Naevi, Halo Naevus dan Congenital moles. Tahi lalat boleh terbentuk bila-bila masa. Tahi lalat yang terbentuk sejak lahir dikenali sebagai tahi lalat bawaan (congenital moles). Ia boleh terbentuk di atas permukaan dermis dan juga epidermis. Pigmentasi tahi lalat berupaya menentukan bagaimana bentuk tahi lalat itu. Mereka yang banyak terdedah dengan sinaran matahari kemungkinan besar akan mempunyai lebih banyak tahi lalat di tubuhnya. 

Naevus terbentuk apabila sel tunggal dipindahkan antara sel-sel lain, yang disebut melanosit. Jenis sel yang disebut sel nevus dan oval atau bulat dalam bentuknya. Antara faktor pembentukan tahi lalat yg lain ialah seperti umur, gen dan keturunan. Jika orang tua anda mempunyai tahi lalat maka kemungkinan besar anak-anak mereka akan juga. 

Hukum membuang tahi lalat di muka 

Ada orang tanya, adakah haram membuang tahi lalat di muka dan adakah perbuatan membuang tahi lalat ini seperti mengubah ciptaan Allah? Tahi lalat di muka dia hidup dan sentiasa membesar seiring dengan usia. 

Sebenarnya,merubah kejadian yang dimaksudkan dalam hadis larangan Rasullullah merujuk kepada perbuatan wanita zaman jahiliah yang menyambung rambut, mencukur muka dan membuat tatu. Manakala, perbuatan menghilangkan sebarang keaiban di wajah seperti membuang tahi lalat yang dimaksudkan dengan tujuan kesihatan dan perbuatan adalah di haruskan. 

Isteri Abu Ishaq datang kepada Aisyah R.A dan bertanya kepadanya apakah harus baginya mencantikkan dirinya, Saidatina Aisyah menjawab: "Hilangkan semua aib daripada dirimu apa yang termampu". 


Rahsia Tahi Lalat 

Tahi lalat di bibir 
Seorang yang banyak cakap 

Bibir atas kanan 
Banyak rezeki, pandai 

Bibir atas kiri 
Ramai kawan, baik hati 

Bibir bawah kanan 
Disegani orang, ramai yang suka 

Bibir bawah kiri 
Pandai bicara, tak mudah kalah 

Leher kanan 
Cerdas, jujur, berani menderita 

Leher kiri 
Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan 

Leher di tengah 
Tercapai cita-cita 

Biji mata kanan 
Suka serong dan pembohong 

Biji mata kiri 
Pembohong tetapi baik hati 

Hujung mata kanan 
Baik hati, sopan santun, cerdas 

Hujung mata kiri 
Baik budi, murah rezeki 

Punggung kanan 
Agak mengalami kesulitan 

Punggung kiri 
Malas dan suka duduk 

Betis kanan 
Suka berhibur, boros 

Betis kiri 
Rajin, tidak suka menganggur 

Lutut kanan 
Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha 

Lutut kiri 
Kurang kuat berusaha 

Kepala sebelah kanan 
Terkabul cita-cita 

Kepala sebelah kiri 
Sering menemui kesusahan 

Kepala sebelah belakang 
Jujur, sabar dan tekun 

Kening kanan 
Cerdas dan cekap 

Kening kiri 
Cerdas dan sopan santun 

Tengah kening 
Keras hati dan berani segala hal 

Hujung mulut kanan 
Kecil rezeki, tak mudah kalah 

Hujung mulut kiri 
Suka berpoya-poya 

Ketiak kanan 
Dapat menyimpan rahsia 

Ketiak kiri 
Jujur, banyak yang cinta 

Pergelangan kaki kanan 
Suka keluar rumah 

Pergelangan kaki kiri 
Kehendak kuat 

Batang hidung 
Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya 

Pada hidung 
Banyak rezeki 

Dagu bawah kanan 
Jujur dan baik hati 

Dagu bawah kiri 
Bijaksana, dan berbudi luhur 

Kemaluan kanan atau kiri 
Baik, suka senggama 

Di kepala kemaluan (lelaki) 
Bakal beristeri dua

Tumit kanan 
Jujur dan banyak kawan 

Tumit kiri 
Baik budi 

Alis kanan 
Suka menolong dan baik hati 

Alis kiri 
Ramai yang suka 

Pangkal peha kanan 
Kemahuan kuat 

Pangkal peha kiri 
Suka kerja apa pun 

Telapak kaki kanan 
Tak mudah mengeluh 

Jari kaki kanan 
Suka menolong 

Jari kaki kiri 
Berbudi, suka berbuat baik 

Bahu kanan 
Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan 

Bahu kiri 
Suka kerja keras, banyak tanggungjawab 

Buah dada kanan 
Baik hati, pendiam, simpan rahsia 

Buah dada kiri 
Ramai kawan, setia pada pasangan 

Lengan kanan 
Setia dan taat pada atasan 

Lengan kiri 
Menepati janji dan rajin

Pipi kanan 
Ramai teman 

Tengah-tengah pipi kanan 
Ramai yang suka 

Tengah-tengah pipi kiri 
Ramai teman 

Ubun-ubun
Kurang jujur 

Pusat 
Cerdas, tangkas, tekun 

Pusat bahagian kanan 
Sejahtera dalam hidup 

Pusat bahagian kiri 
Beroleh kemuliaan 

Pinggang kanan 
Sayang pada pasangan hidup 

Pinggang kiri 
Disayang pasangan hidup 

Dada kanan 
Dapat mengatasi masalah 

Dada kiri 
Berani, jujur dan sabar 

Telapak kaki kanan 
Tidak mudah mengeluh 

Telapak kaki kiri 
Baik budi pekertinya 

Siku tangan kanan 
Kuat ingin memiliki kejayaan 

Siku tangan kiri 
Baik hati, suka menolong 

Jari tangan kanan 
Serba beroleh keuntungan 

Jari tangan kiri 
Serba baik bekerja 

Jari telapak tangan kanan 
Banyak rezeki tetapi boros 

Jari telapak tangan kiri 
Banyak rezeki dan cermat 

Pergelangan tangan kanan 
Boros, suka bersukaria 

Pergelangan tangan kiri 
Dapat berpangkat 

Perut bawah kanan 
Banyak rezeki, suka memberi maaf 

Perut bawah kiri 
Baik hati, tenang hidupnya 

Sudut mata kanan dalam 
Disayang suami atau isteri 

Sudut mata kiri dalam 
Tidak mudah dilupakan pasangan 

Sudut mata kanan luar 
Baik budi, ramai yang cinta 

Pelipis kiri 
Murah rezeki, dapat jadi kaya 

Pelipis kanan 
Serba berhasil dalam usaha 

Kelopak mata kanan atas 
Baik hati, ramah, Berjaya 

Kelopak mata kiri atas 
Baik budi, ramai yang suka 

Kelopak mata kanan bawah 
Agak malas 

Kelopak mata kiri bawah 
Agak bodoh, kurang bijaksana 

Tahi lalat di dahi 
Ada kelebihan tersendiri 

Tahi lalat di bulu kening kiri 
Berseri, mempunyai daya penarik, sering kesusahan. 

Tahi lalat di bulu kening kanan 
Terkabul cita-cita dan maksudnya, cerdas dan cekap. 




Sirna Cintaku : Yang penting, segala yang baik datang dari Allah dan yang kurang itu datang dari kelemahan kita sendiri…



Selasa, 19 Jun 2012

Demam Bola!! - Taksub Kuasa Tilikan Binatang

Masih ingat ker?


Paul, Sotong yang mempunyai 'kuasa' untuk membuat tilikan yang tepat

Sebelum kemasyhuran Sepanyol sebagai juara kejohanan akhir Piala Dunia 2010 kira-kira dua tahun lalu, sotong kurita yang diberi nama Paul telah mendapat perhatian awal daripada seluruh peminat bola sepak dunia. Paul yang dipelihara di akuarium Sea Life Centre di Oberhausen, Jerman, mula mendapat tumpuan ramai kerana dikatakan mempunyai 'kuasa' untuk membuat tilikan yang tepat.







Sotong yang berasal dari Weymouth, England itu meramal tepat tujuh keputusan perlawanan pasukan Jerman, termasuk kekalahan mengejut kepada Serbia ketika saingan di peringkat kumpulan pada temasya yang berlangsung di Afrika Selatan itu. Pada perlawanan akhir, Paul sekali lagi menjadi tumpuan apabila meramalkan kemenangan pasukan Sepanyol yang ditabal menjadi juara selepas menewaskan Belanda dengan jaringan 1-0.


Sotong kurita, Paul mencipta fenomena tilikan selepas haiwan itu berjaya meramal dengan tepat sepanjang perlawanan Piala Dunia 2010.

Semasa ramalan dilakukan, dua kotak yang tertera bendera pasukan bertanding, diletakkan di dasar akuarium. Sambil disaksikan masyarakat di seluruh dunia, Paul akan berenang ke arah satu kotak, mengembangkan tentakelnya dan melekap pada kotak tertera bendera pasukan yang diramal dan akan memenangi satu-satu perlawanan.

Paul kini hanya tinggal kenangan

Bagaimanapun, usia Paul tidak panjang. Beberapa bulan selepas 'persaraannya', sotong kurita berusia dua tahun setengah itu ditemui mati di akuarium peliharaannya. Namun, fenomena Paul tidak pernah berakhir. Fenomena Paul yang dilahirkan di England dan mendapat status kewarganegaraan di sebuah perkampungan di Sepanyol, menyebabkan rakyat di Jerman seakan-akan taksub dengan haiwan peramal.


Tinggal hanya kenangan...

Tumpuan peminat-peminat bola sepak dunia kini terarah kepada spesies haiwan manakah yang mampu mewarisi keistimewaan dan kuasa tilikan Paul pada kejohanan bola sepak Eropah (Euro) 2012 yang berlangsung serentak di Ukraine dan Poland baru-baru ini. Ketika ini terdapat empat kategori haiwan telah dipilih oleh sebuah kelab peminat, Kharkiv Fan Zone yang berpusat di Ukraine untuk menjadi 'tukang tilik' sepanjang kejohanan. Antaranya, Citta the Elephant, Funtik the Pig, Yvonne the Cow, Fred the Ferret dan beberapa haiwan lain. 


Sissi the Munich, spesies anjing dachshund dan sotong kurita dikenali sebagai Rosi dari Rosenheim menjadi pujaan rakyat di negara itu kerana dipercayai mempunyai kuasa tilikan seperti Paul. Bagaimanapun, kedua-duanya terpaksa bersara awal selepas tersilap membuat ramalan menyatakan pasukan Bayern Munich akan menewaskan Chelsea pada kejohanan Liga-Liga Juara pada bulan lalu. Sebaliknya pasukan Chelsea menang secara agregat 4-3 melalui tendangan penalti.

Sissi the Munich, Spesies Anjing Dachshund

Seperti juga Sissi dan Rosi yang terpaksa bergelut membuat ramalan mereka, barisan haiwan-haiwan terpilih yang rata-ratanya dibesarkan di zoo, turut berdepan tugas sukar. Fred the Ferret (Fred), yang menetap di Zoo Kharkiv, Ukraine merupakan pilihan terbaik setakat ini selepas Paul. Dia dipilih dalam kalangan peminat-peminat pasukan bola sepak tempatan, Metalist Kharkiv yang juga dikenali dengan gelaran Ferret. Ahli kelab pasukan itu juga menjadikan feret sebagai maskot mereka.

Pengurus projek Kharkiv Fan Zone, Sergei Kharkov berkata: "Poland mempunyai gajah untuk membuat tilikan, jika tidak salah dinamakan Citta."

"Moscow pula mempunyai marmoset (Callithrix jacchus salah satu spesies monyet), Kiev mempunyai Khryak, seekor khinzir, tetapi kami mempunyai haiwan yang paling comel dan jinak, iaitu seekor feret.

"Fred mempunyai masa selama 15 minit di Fan Zone dan dalam tempoh itu ia akan meramal pasukan mana yang akan menang."

Kehadiran Fred dalam dunia ramalan bola sepak bagaimanapun masih belum teruji sepenuhnya. Ketika perlawanan peringkat pertama antara tuan rumah, Poland dan Greece, Fred meramalkan ia berakhir dengan keputusan seri. Ramalan itu memang tepat.

Pengendalinya menyimpulkan berdasarkan tingkah laku Fred yang enggan duduk di dalam kedua-dua mangkuk berisi daging segar di hadapannya. Bendera kedua-dua negara diletakkan berhampiran mangkuk berkenaan. Bagaimanapun, ketika perlawanan di antara Rusia dan Republik Czech, Fred turut membuat ramalan yang sama iaitu seri, biarpun keputusan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Rusia dengan jaringan 4-1. Namun, Fred berjaya menebus kesilapannya apabila meramalkan dengan tepat kemenangan Jerman ke atas Portugal dan kemenangan Denmark ketika menentang Belanda baru-baru ini.

Seperti Fred, haiwan-haiwan lain juga kini bergelut mencipta kemasyhuran seperti yang pernah dikecapi oleh Paul kira-kira dua tahun lalu. Citta the Elephants dari Zoo Krakow, Poland turut gagal dalam percubaan pertamanya.

Citta the Elephants

Gajah betina berusia 33 tahun itu sebelum ini meramalkan tuan rumah, Poland bakal memenangi perlawanan pembukaan Euro 2012 ketika menentang Greece pada Jumaat lalu. Bagaimanapun, ramalan itu tidak tepat apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga ke akhir perlawanan.

Terdahulu, Citta, gajah berasal dari India mula menjadi sebutan peminat bola sepak dunia selepas meramalkan kemenangan pasukan Chelsea di pertandingan akhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich pada bulan lalu. Kejayaan itu membolehkan Citta mengalahkan kedua-dua pesaingnya iaitu Katherine the Donkey danJacko the Parrot.

Sementara itu, kemampuan Yvonne the Cow, lembu yang keras kepala dari Jerman juga masih dipertikaikan. Diletakkan harapan tinggi untuk menggantikan tempat Paul, Yvonne membuat keputusan yang kurang popular di negaranya apabila meramalkan pasukan Jerman kalah kepada Portugal pada perlawanan malam Sabtu lalu. Bagaimanapun, pasukan Jerman berjaya menewaskan Portugal 1-0.

Kemampuan Yvonne the Cow, lembu dari Jerman juga masih dipertikaikan

Yvonne, mula terkenal selepas media melaporkan kisah haiwan itu yang berjaya mengelak daripada disembelih dengan melarikan diri dari Austria sehingga ke Bavaria pada Mei tahun lalu. Selepas bergelut melepasi pagar elektrik, lembu betina itu bersembunyi di hutan kecil selama hampir empat bulan sebelum ditangkap semula dalam satu operasi besar-besaran.

"Ia mempunyai karakter dan personaliti," kata penyampai radio Bayern 3, Ulli Wagner, stesen radio yang bertanggungjawab menghebahkan ramalan Yvonne.



Sementara itu, Funtik the Pig, babi yang berasal dari Ukraine agak bernasib baik kerana berjaya meramal dengan tepat empat daripada enam keputusan perlawanan di peringkat kumpulan pada kejohanan berkenaan. Haiwan itu membuat ramalan dengan memilih antara dua mangkuk makanan yang diletakkan berhampiran bendera kedua-dua pasukan yang bertanding. Sehingga kini, Funtik atau dikenali juga sebagai Khryak berjaya meramalkan kemenangan pasukan Rusia, Denmark, Jerman dan Croatia. Funtik juga tidak terkecuali melakukan kesilapan apabila meramalkan pasukan Perancis menewaskan England dan Sweden kalah kepada Ukraine.

Apa pun, masih terlalu awal untuk menentukan haiwan manakah yang bakal membuat ramalan paling tepat sekali gus mampu menyaingi kemampuan Paul.

Adakah, Paulus the Octopus, sotong kurita yang dilahirkan di Jerman dan kini tinggal di sebuah akuarium di Porto, Portugal serta disebut-sebut bakal menjadi Paul II mampu mengatasi rekod Paul berjaya meramal dengan tepat sepanjang perlawanan Piala Dunia 2010. Kita tunggu dan lihat...




Jumaat, 15 Jun 2012

Sihir


Patung

Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

Santau

Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir

Telur Layang

Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

Sihir Pembenci dan Kasih Sayang 

Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi sambil menyebut nama orang yang dihajati.


Khamis, 14 Jun 2012

Rahsia Tarikh Lahir


Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9


No.1

Pasangan ideal anda adalah:-

No.4, 6, 8.

  • Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, baik hati, peramah dan terus-terang. 
  • Cemburu yang sukar untuk di jangka. 
  • Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. 
  • Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. 
  • Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. 
  • Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. 
  • Anda juga jenis yang menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. 
  • Anda seorang yang kuat belanja. 
  • Anda juga seorang yang professional dalam kerjaya yang anda ceburi. 
  • Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. 
  • Anda akan mempunyai keluarga yang bahagia.


No.2

Pasangan ideal anda adalah:-

No.2, 5, 9.

  • Anda akan disukai oleh semua orang. 
  • Anda suka bermimpi / berangan. 
  • Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. 
  • Anda adalah seorang yang sukar diramal. 
  • Anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. 
  • Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri. 
  • Anda mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. 
  • Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. 


No.3

Pasangan ideal anda adalah:-


No.6, 9.

  • Anda adalah seorang yang berhati keras. 
  • Terlalu mementingkan diri sendiri dan kuat agama. 
  • Anda juga suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. 
  • Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran. 
  • Anda sangat pandai bercakap. 
  • Anda akan dapat apa yang anda inginkan. 
  • Anda perlu berkerja keras untuk berjaya. 
  • Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. 
  • Jika anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan dalam percintaan. 
  • Anda suka akan kebebasan 


No.4

Pasangan ideal anda adalah:-


No.1, 8.

  • Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. 
  • Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. 
  • Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. 
  • Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. 
  • Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. 
  • Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. 
  • Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. 


No.5

Pasangan ideal anda adalah:-

No.1 , 2, 9.

  • Anda sangat popular dalam komuniti. 
  • Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. 
  • Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. 
  • Anda juga terlalu terburu-buru. 
  • Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. 
  • Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. 
  • Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. 
  • Anda suka perubahan dan kebebasan.
  • Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. 
  • Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. 


No.6


Pasangan ideal anda adalah:-

No.1, 3, 9.

  • Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. 
  • Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok. 
  • Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. 
  • Anda seorang genius, baik hati.
  • Anda juga mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. 
  • Semua benda yang baik akan datang pada anda. 
  • Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. 
  • Pada pandangan orang lain, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. 


No.7

Pasangan ideal anda adalah:-

No.2.

  • Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. 
  • Anda adalah seorang yang realistik, yakin dan sentiasa gembira. 
  • Anda merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. 
  • Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. 
  • Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. 
  • Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. 


No.8

Pasangan ideal anda adalah:-



No.1, 4.

  • Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. 
  • Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. 
  • Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. 
  • Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. 
  • Anda memperjuangkan keadilan. 
  • Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. 
  • Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. 
  • Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. 
  • Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. 


No.9

Pasangan ideal anda adalah:-

No. 3, 5, 6.

  • Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. 
  • Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. 
  • Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. 
  • Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. 
  • Anda selalu bertentangan pendapat dengan ibu bapa anda. 
  • Apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat. 
  • Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. 
  • Anda merupakan model teladan kepada orang lain. 


Penyakit Misteri




Penyakit misteri semakin hangat dan sering menjadi perbualan ramai. Penyakit dikatakan misteri disebabkan punca penyakit yang tidak dapat dikenal pasti secara jelas. Terdapat juga pesakit yang gagal dirawat dengan kaedah rawatan moden. Mari kita kenali tanda-tanda sekiranya terkena penyakit misteri. 

Tanda-tanda Penyakit Misteri 

  • Malas melakukan rutin harian seperti bekerja, belajar, solat, berzikir dan tilawah al-Quran dan sebagainya. 
  • Gangguan ketika melakukan ibadah harian seperti lupa ayat-ayat al-Quran yang selalu dibaca di dalam solat, lupa doa yang dihafaz dan was-was. 
  • Kehilangan minat atau semangat secara tiba-tiba terhadap aktiviti kehidupan harian termasuk seks. 
  • Mimpi buruk, mimpi ngeri, mimpi jatuh dari tempat tinggi atau mimpi bersetubuh. 
  • Kerap bermimpi binatang seperti anjing hitam,tikus,ular, kucing hitam, kala jengking atau binatang berbisa lainnya. 
  • Berdebar-debar terutama menjelang malam. 
  • Gangguan semasa tidur, seperti sukar tidur, terkejut berulang kali, lewat bangun, terasa ditindih sehingga sukar bernafas dan bersuara. 
  • Sering mengantuk tidak mengira masa. 
  • Hilang selera makan dan berat badan. 
  • Suka menyendiri, suka termenung, rasa gelisah, sedih dan kekosongan. 
  • Kerap migrain, pening kepala, selesema berpanjangan, gastrik atau menghidap penyakit kronik tetapi tidak dapat di atasi dengan rawatan moden. 
  • Letih luar biasa. 
  • Daya tumpuan merosot. 
  • Rasa sakit tetapi disah kan sihat oleh doktor. 
  • Rasa bersalah, hampa, kecewa, rasa tidak berguna dan terasa ingin mati. 
  • Kesan lebam di peha, betis atau lengan. 
  • Cepat marah dan benci secara tiba-tiba dan tanpa sebab. 
  • Hilang kawalan diri pada waktu-waktu tertentu seperti pengsan, histeria atau tidak sedarkan diri. 
  • Terasa sesuatu bergerak-gerak di dalam badan atau perut. 
  • Ternampak lintasan, bayangan sesuatu yang pelik. 
  • Terdengar suara, bisikan atau suara yang menakutkan. 
  • Terasa seperti diperhati atau diintai.
  • Badan merasa tidak selesa seperti takut atau serama sejuk semasa di dalam rumah. 
  • Melihat binantang berbisa seperti ular, kala jengking atau lipan di dalam rumah. 
  • Kerap terhidu bau busuk seperti darah, kemenyan, bangkai di dalam rumah. kadangkala bau wangi atau pertukaran antara bau busuk dan wangi. 
  • Haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, iakan mati dengan kadar cepat atau selalu sakit.
  • Anjing selalu menyalak tidak tentu hala seperti gelisah atau ternampak sesuatu.

Itulah sebahagian di antara tanda-tanda yang dikatakan penyakit misteri. Adakah anda pernah mengalami tanda-tanda seperti di atas?


Selasa, 17 April 2012

Batu Karang



Batu karang dalam ginjal?

Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia. 

Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu karang tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar. 

Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera. 

Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya. 

Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi. Dalam kebanyakkan kes batu karang dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita. 

Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor anda. 

Apakah tanda-tandanya?

Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar. 

Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera. 

Bagaimana batu dalam ginjal itu diubati?

Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan sesuatu kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian. Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit ini. 

Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu. 

Adalah penting diingatkan bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.

Tanda-Tanda Batu Karang Dalam Ginjal

1. Rasa pedih ketika kencing

2. Rasa loya ( mual ) & muntah tanpa sebab

3. Rasa seperti pasir berada dalam badan

4. Air kencing kotor & berbau busuk

5. Rasa sakit di kawasan pinggang

6. Rasa sakit pada alat sulit


Rawatan Batu Karang Dalam Ginjal

1. Peringkat Awal - Perubatan Biasa

2. Peringkat Kedua - Pembedahan / Lithotritpsy

3. Peringkat Serius - Dialisis / Pemindahan Buah Pinggang 


Kesan Pemecahan Batu Karang

Bidang perubatan boleh menghancurkan batu karang, tetepi serpihannya akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat ketika hendak keluar melalui saluran kencing. Jika batu itu tersekat, pembedahan terpaksa dilakukan. 


Kesan Pemindahan Buah Pinggang

Secara teori, pemindahan buah pinggang nampak mudah iaitu dengan manggantikan buah pinggang lama dengan yang baru. Namun masalah akan timbul jika tubuh pesakit tidak serasi dengan buah pinggang yang baru. 



Batu Karang Dalam Hempedu 

Cholelithiasis atau batu karang dalam pundi hempedu semakin menular dikalangan kita kerana pemakanan yang tidak seimbang. Faktor diabetes, masalah thyroid(hypothyroidism) dan jangkitan parasit juga menjadi penyebab penyakit ini.

Tanda-Tanda Batu Karang Dalam Hempedu

1. Sakit / kembung dibahagian kanan perut
2. Rasa sakit bila ditekan pada tepi ulu hati
3. Rasa sakit di hempedu ketika menarik nafas
4. Rasa loya & muntah tanpa sebab
5. Badan rasa tidak bermaya
6. Kurang selera makan
7. Demam 

* Tanda-tanda ini kerap berlaku selepas beberapa jam memakan makanan berminyak

Kesan-Kesan Batu Karang Dalam Hempedu

1. Kerosakan Hati & Pankreas
2. Hepatitis B (demam kuning)
3. Kematian

Rawatan Batu Karang Dalam Hempedu

Pembedahan membuang pundi 


Cara Mengatasi Penyakit Batu Karang 


1) Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing 


2) Elakkan minuman yang manis terutama minumam berkarbonat. 

3) kekurangan vitamin B6 dan potasium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, makanan berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang dapat membantu mengurangkan masalah ini.


4) Elakkan makanan yang kaya asid oksalk seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh. 

5) Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan makanan yang manis. 


6) Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan berserat. 

7) Kurangkan sumber protein haiwan, sebaiknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan. 


8) Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.



Kanser Payudara

Satu dari sepuluh wanita dianggarkan menghidap kanser payudara disebabkan oleh gaya hidup moden. Untuk menghindarinya, mulailah membiasakan diri menjaga kesihatan payudara dengan mengambil makanan sihat.


Menjaga payudara agar tetap sihat bukanlah perkara yang sukar. Tidak susah, pencegahannya boleh dilakukan oleh sesiapa saja, iaitu dengan menjaga pemakanan kita. Diet yang seimbang dan pemilihan yang betul akan membantu kita mencegah kanser. Cukup dengan mengambil lima makanan yang kaya nutrisi ini, maka anda pun akan mendapatkan keadaan payudara yang sihat. 


Sayur-sayuran 

Mulailah untuk memakan pelbagai sayur-sayuran hijau seperti kubis, brokoli, bayam sebagai menu diet anda. Kandungan vitamin, serat dan antioksidan di dalamnya membantu menghilangkan radikal bebas dan racun lain dari dalam tubuh. Antioksidan dan serat juga memainkan peranan penting dalam melindungi tubuh dari segala bentuk kanser, terutama kanser payudara. 


Protein

Makanan yang kaya dengan protein sangat baik untuk kesihatan payudara anda. Cubalah untuk membiasakan mengambil makanan yang terbuat dari kacang soya seperti susu soya, tempe dan tahu. Kacang-kacangan boleh menjadi pilihan yang tepat kerana kandungan proteinnya yang luar biasa.


Jus Buah

Hampir semua orang tahu bahawa vitamin C merupakan zat antioksidan yang paling kuat, yang secara efektif dapat menjaga kesihatan payudara. Semakin sering mengambilnya, semakin banyak pula zat antioksidan dalam tubuh anda. Buah ini juga mempunyai peranan penting terhadap peningkatan sitem imun.


Pelbagai Ikan

Ikan yang kaya dengan asid lemak Omega 3 dan mengandung vitamin D yang sangat tinggi. Kedua2 bahan ini sangat baik untuk kelangsungan payudara. Oleh itu anda harus memastikan ikan sentiasa dimasukkan ke dalam menu diet anda.


Pelbagai Buah Beri

Selain rasanya yang lazat, buah beri mengandung nutrisi yang baik seperti serat dan vitamin C. Menariknya, buah beri boleh ditambah ke dalam menu makanan seperti meletakkannya pada yoghurt, salad, cereal dan smoothie anda.


Bahayanya kekurangan air


Kesan kurangnya air putih pada tubuh badan

Tahukah anda, kekurangan air adalah membawa kesan yang membahayakan bagi darah dan sel-sel otak? Tahukah anda bahawa pengaruh air terhadap sistem kerja darah dan ginjal adalah sangat besar.

Jika kita mengambil air kurang dari 8 gelas sehari, kesan secara keseluruhan memang tidak terasa. Tapi sebagai penyelesaian, tubuh akan menyeimbangkan diri dengan mengambil sumber dari komponen tubuh sendiri, di antaranya dari darah. Kekurangan air bagi darah amat berbahaya bagi tubuh. Sebabnya adalah darah akan menjadi kental dan pekat. Akibatnya, perjalanan darah sebagai alat pengangkutan oksigen dan zat-zat makanan pun akan terganggu. 


Kesan Kekurangan Air Dalam Badan

  • Lemah daya ingatan ( ingatan jangka pendek ) 
  • Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah. 
  • Sukar memberi tumpuan terhadap perkara yang dilakukan terutamanya pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak. 
  • Tekanan darah menurun. 
  • Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurangan menyebabkan mudah rasa mengantuk. 
  • Lesu pada waktu siang. 
  • Sakit belakang. 
  • Sakit kepala. 
  • Memperlahankan kadar metabolisma badan. 
  • Meningkatkan risiko kanser usus, kanser pundi kencing dan kanser payudara. 
  • Sendi dan otot mengalami kekeringan cecair. 
  • Menyukarkan penyingkiran bahan toksik. 
  • Meningkatkan keinginan untuk makan. 
  • Darah menjadi lebih pekat. 
  • Mudah keliru. 
  • Degupan jantung semakin meningkat. 
  • Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan. 
  • Kulit menjadi kusam. 
  • Tubuh akan mengalami dehidrasi. Dehidrasi ini menyebabkan cairan di otak akan menurun, pengangkutan oksigen yang seharusnya mengalir ke otak pun berkurang. Akibatnya, sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang. 
  • Gangguan fungsi kognitif (kepandaian) otak. Jika kita kekurangan air putih, otak tidak mampu menjalankan fungsi normalnya lagi, terutama fungsi kognitif yang akhirnya membuat kita menjadi senang lupa dan kurang konsentrasi.
  • Mengganggu fungsi ginjal. Ini kerana air sangat penting untuk mencegah penyakit batu karang. Dengan cukupnya air dalam badan, maka komponen pembentukan batu karang menjadi lebih mudah luruh bersama air kencing. 
  • Pelbagai gejala ringan dan berat akan timbul. Kekurangan air yang dialami oleh tubuh akan menyebabkan gejala ringan dan sedang seperti lelah, haus, batuk kering, badan panas, sakit kepala, air kencing pekat, denyut nadi cepat, hingga gejala berat seperti halusinasi dan kematian. 
  • Mudah terkena infeksi kerana bakteria tidak mampu keluar akibat kurang minum. Gejalanya seperti suhu badan yang sedikit meningkat, rasa ngilu terutamanya saat akhir buang air kecil dan perasaan ingin buang air kecil yang tidak dapat ditahan-tahan. 



Ramai yang tahu bahawa air putih begitu berharga dan amat penting untuk tubuh badan yang sihat tetapi tak ramai yang memanfaatkannya. Minumlah air sekurang2nya 8 gelas sehari.


Kenali Lelaki Melalui Zodiak


Ada kalanya kita sukar untuk mengenali sikap dan perangai si dia yang tersayang. Mungkin juga si dia sendiri juga tidak mengenali sikap baik atau buruknya sendiri. Di sini disenaraikan personaliti lelaki berdasarkan bintang atau zodiak masing-masing. Walaupun tidak kesemuanya benar, namun ia boleh dijadikan panduan. Jika memang ada mempunyai sikap buruk atau kelemahan, boleh memperbaiki diri agar hidup lebih harmoni.



Aquarius - [ 20 Januari - 18 Februari ]

Tubuhnya agak tinggi, dan kurus , tangan dan kakinya besar , bahunya lebar .Mungkin rambutnya nipis .pakaiannya agak luar biasa.Dia adalah lelaki yang pandai bercakap dan suka kepada cakap-cakap intelek .Dia agak kurang romantik .Dia sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu kecewa .Dia suka persahabatan yang sekejap berbanding hubungan yang panjang .Lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara-perkara yang menarik untuk dilakukan , tetapi dia boleh jadi pendiam pada suatu masa dan agak mengecewakan kekasihnya .Dia mungkin lambat berkahwin kerana tidak suka terikat .Dari segi seksual dia lebih mementingankan seks dari kasih sayang , dan dia lebih suka kepada ramai pasangan . Walaupun begitu , dia pandai menyembunyikan rahsianya itu bagi menjaga hati kekasihnya .Sebagai lelaki , dia disukai oleh teman wanitanya kerana dia agak berbeza dan menarik , tetapi dia adalah mengecewakan dari segi membuat komitmen .


Pisces - [ 19 Febuari - 20 Mac ]

Dia lelaki yang agak pendek dan berisi dengan muka yang agak bulat dan besar serta berjerawat. Dari segi berpakaian ,mungkin dia kelihatan kurang kemas .Walaupun dari segi zahiriah dia agak kurang menarik , dia mempunyai personaliti yang bagus boleh berjenaka dan baik hati .Dia adalah lelaki yang pandai mengagak dan bersimpati tinggi, tetapi, hatinya selalu bimbang . Dia tidak suka berkelahi dan sedaya upaya mengelakkannya. Hidupnya suka menggembirakan hati orang lain , dia agak romantik dan mementingkan perasaan pasangan .Tetapi dia agak pemalu dan kurang keyakinan , menyebabkan dia lambat dalam hal menambat wanita . Dia agak sukar dari segi membuat keputusan , dan agak bertangguh untuk kahwin . Oleh kerana kelemahan ini , dia mudah dipengaruhi atau ditinggalkan .Tapi dari segi bercinta , dia adalah seorang yang hangat , mengambil berat dan mengasihi , serta menghiburkan .


Aries - [ 21 mac - 20 April ]

Badannya tidak tinggi tetapi tetap tegap dan kuat berkerja. Pada badannya banyak bulu,suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia seorang pemimpin .Dia lebih suka mengarah,berani dan suka menjelajah .Dia tidak tekun ,dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu.Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan ,terutamanya dari segi daya penarik, dia mungkin risau kerana tubuhnya kecil misalnya,kerana ini dia biasanya mencari kawan yang kualitinya kurang berbanding dirinya,dan ini juga menyebabkan dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita. Di samping itu dia merupakan seorang yang panas baran maka selalulah timbul keributan dalam hal berkasih sayang. Nafsu syahwatnya tinggi ,dan apabila mendapat teman hidup ,dia adalah kekasih yang bersemangat dan bernafsu. Padanya cinta adalah amat penting ,kerana dia benci hidup keseorangan ,dan kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya .Ketika mula bercinta dia baik hati ,mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan ,dia selalu menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.


Taurus - [ 21 April - 20 Mei ]

Dia lelaki yang mempunyai badan yang berotot dan kuat .Dia seorang yang praktikal serta berseni,mungkin boleh mengukir,atau melukis.Suaranya merdu bila menyanyi dan sukakan muzik,malah mungkin seorang ahli muzik.Lelaki ini mudah bergaul ,suka jenaka dan ketawa.Walau bagai mana pun dia kurang keyakinan dan merendahkan daya tariknya sendiri ,menyebabkan dia menggunakan bakat seninya untuk menari hati wanita .Dia juga adalah lelaki stabil,konservatif dan agak keras hati, yang mahu tahu kemanakah arah tujuan dirinya.Lelaki ini pentingkan sekuriti dari segi kewangan, begitu juga dalam rumahtangganya dan dengan sebab ini dia jarang ambil risiko atau memperjudikan hidupnya .Lelaki ini menanti-nantikan perkahwinannya , di mana pada masa inilah dia akan merasa selamat di mana perasaaan itulah yang tidak ada pada dirinya sebelum itu ,dan oleh sebab itu, dia akan memilih pasangan hidupnya dengan agak teliti agar rumah tangganya berpanjangan .Dorongan syahwatnya kuat .Dia sukakan keselesaan ,makan dan mengumpul harta .Kebolehanya menghias rumah , dan kesungguhannya menjadikan dia pasangan yang baik .Oleh kerana lelaki ini lebih sukakan perkara yang telah biasa ,dia tidak begitu minat dengan idea orang lain atau apa yang berlaku di sekelilingnya dan ini akan membosankan insan yang lebih suka bergaul dan bijaksana.


Gemini - [ 21 Mei - 20 Jun ]

Lelaki Gemini mempunyai muka dan badan yang menarik,adab dan senyumannya juga menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya.Dia seorang yang bijak berfikir ,ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia pasangan yang menarik dan pandai menguruskan diri.. Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia berpeluang memujuk dan mempengaruh orang lain .Dalam menjadi pasangan hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri ,yang tidak pendiam ,dan yang cerdik bukan cantik menjadi keutamaanya .Dia suka kepada luahan emosi ,kerana itu dianggap kebudakan dan remeh ,dan kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta kerana menganggap bahawa bila jatuh cinta , dia akan memberi banyak kuasa kepada kekasihnya, dan kerana itu, pasangannya yang ideal adalah yang sanggup berkongsi akal , bukan hati. Lelaki ini tidak begitu berminat dalam hubungan kelamin , dan menganggap ianya tidak menarik dan sedikit menjijikkan .Dia mengetahui mengenai hubungan kelamin dari rasa ingin tahu bukan dari rasa berahi.Dia bukanlah seorang kekasih yang bersungguh , kerana sukar melibatkan emosi dalam bercinta kerana sebab itu biasanya dia berkahwin lambat dan memilih pasangan yang jauh lebih tua darinya ,yang mempunyai nafsu syahwat yang rendah padanya ,Wanita yang ideal ialah yang banyak harta ,lebih tua, tetapi dia boleh jugak memilih wanita muda ,yang boleh memberikan perhatian kepadanya bagi meninggikan egonya dan lagaknya.


Cancer - [ 21 Jun - 21 Julai ]

Lelaki ini menyembunyikan aspek dalamannya yang lembut dengan kekerasan .Dia adalah lelaki yang amat sensitif dan mudah terusik dan mudah menangis. Sifat ini amat menarik perhatian wanita dan menimbulkan simpati dan sifat keibuan terhadapnya ,tetapi tidak patut dilakukan terlalu kerap kerana mungkin di tuduh sebagai pondan . Kebahagiaan rumahtangga amat penting baginya ,dan rumahtangganya yang bermasalah akan menjadikannya amat dukacita .Jika dia belum berkahwin , dia mungkin tinggal bersama ibubapanya dia tidak suka berfoya-foya .Dalam pwergaulan dia lebih suka mencari pasangan hidup .Mencari pasangan hidup agak sukar baginya, kerana dia kurang kemas , pemalu dan kurang dorongan , serta dia perlukan wanita yang pandai menjaga rumah , berharta dan pendapatan baik.Antara kelemahannya ialah dia suka mengkritik dan mengadu , dan menganggap tidak ada perkara yang benar memuaskan hatinya. Walaubagaimanapun , dia adalah suami yang setia , dan amat sukar untuk bercerai.


Leo - [ 21 Julai - 21 Ogos ]

Dia seorang yang agak tinggi ,kurus , gerakanya cepat tetapi lembut. Matanya besar dan menarik , dan rambutnya ikal .Bibirnya mungkin nipis .Dia suka menolong dan membantu orang. Dia berkeyakinan dan berpersonaliti kuat , ini membolehkannya maju dan memimpin . Dia juga suka menjadi popular dan di puji .Kehidupan cinta adalah penting padanya kerana dengan adanya orang yang mengasihinya membuatkan dirinya penting .Bila dia terlibat dalam hal romantik , dia mudah bernafsu tetapi mudah pula reda Rupanya yang tampan dan yakin menyebabkan pasangannya merasa bertuah , tapi pasanganya perlulah menghormatinya , dan setia, kerana dia adalah lelaki yang cemburu, dari itu sebagai isterinya , jangan mudah anda melihat atau merngerling lelaki lain .Lelaki ini percaya kepada perkahwinan dan menganggap rumahnya sebagai tempat berehat , dan isterinya memberikan keselesaan setelah dia penat bekerja.


Virgo - [ 22 Ogos - 22 September ]

Dia adalah lelaki yang agak kurus , tingginya serderhana , bahunya agak lebar, bulu keningnya panjang dan cantik , dan dahinya luas , matanya nampak sedih tetapi lembut , dan ini menarik perhatian wanita . Sifatnya amat berhati-hati , nafsu syahwatnya rendah , dan kerana ini , dia kelihatan tidak pasti, dan seolah-olah kekasih yang tertahan-tahan .Dia adalah lelaki yang mementingkan kebijaksanaan .Dia mahukan kesempurnaan , sentiasa mahu mengawal , dan jarang sekali terbawa oleh cinta .Dia mengkritik dan mengadu.Dia juga agak mementingkan hal-hal yang halus terperinci , juga beradab, dan ini menjadikannya pasangan yang setia dan mengambil berat . Dia akan mengkahwini wanita yang ada wang dan yang boleh membantunya secukupnya . Sifat bimbangnya membuatkannya sukar bertenang apabila berpasangan , dan ini menjadikan dia kekasih yang kurang memuaskan , dan dia cepat sekali menyalahkan orang lain walaupun dia sebenarnya bersalah .Dia juga mengambil berat mengenai kesihatan dan kecergasannya.


Libra - [ 23 September - 22 Oktober ]

Dia seorang yang seksi , tubuhnya agak menarik , pakainya agak kemas ada gaya bersih dan segar. Matanya biasanya besar , bersinar dan menarik.Mulutnya agak penuh dan menawan .Jika lelaki mungkin mempunyai bentuk badan sedikit kewanitaan seperti bulu roma yang sedikit , atau bahu yang kecil. Lelaki Libra tidak gemar tangannya kotor , dia suka pekerjaan yang mempertingkatkan paras rupa orang lain seperti mendandan rambut , pereka fesyen atu menjual barangan kecantikan .Sikapnya terbuka , menyenangkan , suka bergaul , ramai kawan .Sopan dan simpati .Antara kelemahannya ialah dia sukar memutuskan sesuatu yang tidak di sukainya ,ini mungkin mengakibatkan dia berkahwin dengan pasangan yang tidak sesuai .Walaupun dia lelaki popular di kalangan wanita , emosinya di kawalnya dan dia kelihatan seperti pasangan yang kurang mengasihi .Pada mulanya wanita tertarik padanya kerana dia bertimbang rasa dan berhati-hati , kemudian setelah beberap lama , sikap itu tenggelam .Dia biasanya adalah orang yang cermat dalam berbelanja tetapi agak boros pula dari segi membeli baju , wangian , atau perabot .Dia membelanjakan banyak wang untuk menarik perhatian orang yang dicintainya atau sesiapa yang di anggap penting.


Scorpio - [ 23 Oktober - 22 November ]

Tubuhnya biasanya kecil , tingginya jarang melebihi ketinggian sederhana .Mukanya lebar dan nampak kuat dengan tulang pipi yang jelas ,hidungnya mempunyai hujungan yang lembut dan lubang hidungnya besar .Renungannya yang tajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain .Samada hatinya gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia jalan , dia akan berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak menentu bial dia kegelisahan .Dia seorang yang intuitif dan mudah tersinggung perasaannya tetapi dapat menyembunyikan keadan itu dengan rupa zahiriah yang agak cekal .Dia akan berusaha bertahun- tahun untuk mencapai cita-citanya atau untuk membalas dendam .Suka jika dapat menunjukkan kuasa , dan nampak lebih dominan dalam perhubungan .Dalam hal seksual ,dia cenderung untuk mementingkan diri sendiri.


Sagittarius - [ 23 November - 20 Desember ]

Dia seorang yang suka bergaul , suka hidup yang baik dan berpoya .Dia adalah insan yang paling romantik ,Dia menarik , mudah suka bergaul dengan seorang yang suka kepada hiburan dan berjalan ke tempat tempat yang menawan .Dia mungkin berkerja dalam bidang undang -undang , agama atau politik . Tubuh badannya agak tinggi , tubuh agak langsing dan menarik semasa muda tetapi semakin berisi semakin tua .Mukanya panjang ,dahinya agak tinggi tapi sempit, hidungnya agak mancung dan ketika suka hidung itu menjadi kembang .Giginya besar .Dari segi berpakaian , dia suka memakai pakaian yang kasual dan longgar .Dia lelaki yang agak boros , dan jika tidak berhati-hati , mungkin terlibat dalam perjudian .Lelaki ini suka jika dapat berteman dengan wanita dan mudah pula jatuh hati .Tapi dia tidak suka terikat dalam masa yang panjang .Ramai lelaki berbintang sagitarius yang kahwin lebih dari satu atau lelaki yang menyimpan wanita lain.


Capricorn - [ 21 Disember - 19 Januari ]

Lelaki ini lebih berhati- hati dalam hidup , dan selalu melakukan sesuatu berdasarkan kaedah .Dia tidak suka menukar -nukar rancangan yang telah dibuatnya .Dia agak pendiam ,suka bekerja sendiri .Dia adalah jenis pendendam dan akan ingat pada kejahatan yang di lakukan terhadap dirinya hingga bertahun-tahun .Mungkin dialah paling tidak menarik kerana dia mendekati wanita menggunakan cara intelek .Dia mungkin kurang selesa dengan wanita yang beremosi tinggi tetapi sanggup berkahwin dengannya jika dia boleh membantu mencapai kejayaan dalam kerjaya .Lelaki ini sukar jatuh cinta ,tetapi jika sudah jatuh cinta ,dia akan amat mencintai .Dalam hidup bercinta ,dia kurang di sukai .Dia mementingkan keluarganya , dan dia akan akan menyatakan apa yang dia fikirkan .Apabila berkahwin ia agak lokek dari segi kewangan .Dalam pergaulan , dia lebih suka kepada yang lebih tua dan konservatif.