Sirna Cintaku...

Memaparkan catatan dengan label Kisah aku dan DIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah aku dan DIA. Papar semua catatan

Ahad, 15 Januari 2012

Selamat Ulang Tahun, Sayang...


Hari ini 16 Januari. Satu tarikh yang tidak mungkin aku lupakan. Selamat ulang tahun sayang, hanya itu yang mampu aku ucapkan dalam hati. Ucapan itu tidak mungkin dapat aku ucapkan di depan DIA lagi kerana DIA sudah tidak seperti DIA yang dulu. Cukuplah aku sekadar menghantar sms kepada DIA untuk mengucap selamat ulang tahun. 


Kenapalah aku bodoh masih lagi memikirkan DIA? Kenapa sampai sekarang aku masih lagi ingat pada DIA? Kenapa begitu sukar untuk aku melupakan DIA? Dan kenapa setiap saat, setiap detik hanya DIA bermain di minda aku? Jujur aku akui, sampai saat ini aku masih lagi menyayangi DIA. Aku ingin sekali untuk membuang segala kenangan aku dan DIA tapi semakin aku ingin melupakan DIA, semakin itulah perasaan cinta pada DIA semakin mendalam. 


Aku harap satu saat, aku akan dapat melupakan DIA. Aku sedar tiada gunanya aku terus hidup bersama kenangan cinta yang lalu. Dah tiba masanya untuk aku melupakan DIA buat selama-lamanya. 

Tapi, bilakah saat itu akan tiba?


Isnin, 2 Januari 2012

Kisah aku dan DIA


Bila mendengar lagu “Ombak Rindu” nyayian dari Hafiz feat Adira, aku terasa sebak dan teringgat lagi pada DIA. Kerinduan semakin menusuk2 dalam hati. Huhhh!!…apa gunanya rindu seandainya DIA tak pernah lagi merindu? Andai saja aku dapat melupakan DIA dengan sekelip mata, alangkah bahagianya. Tapi…tidak mudah untuk aku melupakan seseorang yang pernah aku sayang dengan begitu mudah. Harap satu saat nanti aku dapat juga melupakan DIA.

Kata orang cinta itu buta. Tapi bukan cinta yang buta, hati kita yang tidak dapat menilai baik dan buruknya sebuah percintaan. Masa masih sayang semuanya indah. Kata2 dan janji2 semanis madu. Tetapi setelah perasaan sayang itu hilang, barulah kita sedar kekecewaan itu sepahit hempedu. Kadang2 kita menyesali sebuah pertemuan, tapi tiada gunanya kerana pertemuan itu adalah takdir-Nya. Tanpa pertemuan kita tak kenal erti cinta, tanpa cinta kita tak tahu erti kecewa dan tanpa kecewa kita tak kan tahu menghargai seseorang. Hargailah seseorang yang menyayangi kita dari mengejar seseorang yang kita sayang kerana orang yang kita sayang belum tentu menyayangi kita seperti kita menyayangi dirinya. 



Isnin, 26 Disember 2011

Kisah aku dan DIA



“Dan aku cuba sedaya upaya…
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa…
Bagaimana hendak ku lupa…?
Bayangan wajahmu selalu di depan mata…
Harum baumu masih dapat ku hidu…
Bagaimana ingin aku membencimu…?
Jikalau setiap hari merindu…
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia…
Aku pilih derita…” 

Lirik lagu ini menginggatkan aku dengan seseorang yang pernah hadir dalam hidup aku. Aku masih ingat dulu saat mula2 mengenalinya dan DIA suka mendengar lagu “ Derita Merindu ” nyayian Ahli fiqir. Tapi sekarang semuanya hanya tinggal kenangan. Kenangan yang amat menyakitkan apabila dikenang. Aku terasa sedih, kecewa, terluka dan macam2 perasaan mendengar lagu ini. Kata2 indah yang penuh dengan makna tersendiri. 

Meskipun kisah aku dan DIA hanya tinggal sejarah, tapi aku masih tak dapat melupakan DIA. Kenapa ? Dan mengapa? Entahlah….aku sendiri pun tak tau...

Kalau saja DIA ada membaca apa yang aku luahkan ini, aku harap DIA faham perasaan aku padanya. Dan aku harap satu saat DIA mengerti akan erti sebuah CINTA.