Sirna Cintaku...

Ahad, 15 Januari 2012

Selamat Ulang Tahun, Sayang...


Hari ini 16 Januari. Satu tarikh yang tidak mungkin aku lupakan. Selamat ulang tahun sayang, hanya itu yang mampu aku ucapkan dalam hati. Ucapan itu tidak mungkin dapat aku ucapkan di depan DIA lagi kerana DIA sudah tidak seperti DIA yang dulu. Cukuplah aku sekadar menghantar sms kepada DIA untuk mengucap selamat ulang tahun. 


Kenapalah aku bodoh masih lagi memikirkan DIA? Kenapa sampai sekarang aku masih lagi ingat pada DIA? Kenapa begitu sukar untuk aku melupakan DIA? Dan kenapa setiap saat, setiap detik hanya DIA bermain di minda aku? Jujur aku akui, sampai saat ini aku masih lagi menyayangi DIA. Aku ingin sekali untuk membuang segala kenangan aku dan DIA tapi semakin aku ingin melupakan DIA, semakin itulah perasaan cinta pada DIA semakin mendalam. 


Aku harap satu saat, aku akan dapat melupakan DIA. Aku sedar tiada gunanya aku terus hidup bersama kenangan cinta yang lalu. Dah tiba masanya untuk aku melupakan DIA buat selama-lamanya. 

Tapi, bilakah saat itu akan tiba?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan