My Music...

Sirna Cintaku...

Ahad, 11 November 2012

Indahnya Cinta...


Aku lebih rela disakiti...

Dengan kejujuran...

Daripada aku bahagia dalam kepalsuan…


Indahnya Cinta...


Mencintai bukan sekadar memiliki… 

Memiliki bukan ertinya untuk selamanya… 

Mencintai memerlukan pengorbanan… 

Dicintai juga memerlukan pengertian… 


Rabu, 7 November 2012

Rahsia Tahi Lalat


Bila dengar pasal tahi lalat, mesti dah terbayang bintik2 kaler hitam kat badan. Masih ingat lagi masa kecil dulu, nenek pernah cakap sapa2 yang banyak tahi lalat kat muka adalah pengotor termasuk aku ler. Tahi lalat ni bukan terjadi apabila datangnya lalat dan hinggap kat muka atau badan kita lepas tu melepaskan satu sisa dari bontotnya. Itu hanya menurut kata orang2 tua saja. Saja nak cerita2 dongeng dengan anak2 je. 

Tahi lalat terbahagi kepada 3 jenis iaitu Atypical Naevi, Halo Naevus dan Congenital moles. Tahi lalat boleh terbentuk bila-bila masa. Tahi lalat yang terbentuk sejak lahir dikenali sebagai tahi lalat bawaan (congenital moles). Ia boleh terbentuk di atas permukaan dermis dan juga epidermis. Pigmentasi tahi lalat berupaya menentukan bagaimana bentuk tahi lalat itu. Mereka yang banyak terdedah dengan sinaran matahari kemungkinan besar akan mempunyai lebih banyak tahi lalat di tubuhnya. 

Naevus terbentuk apabila sel tunggal dipindahkan antara sel-sel lain, yang disebut melanosit. Jenis sel yang disebut sel nevus dan oval atau bulat dalam bentuknya. Antara faktor pembentukan tahi lalat yg lain ialah seperti umur, gen dan keturunan. Jika orang tua anda mempunyai tahi lalat maka kemungkinan besar anak-anak mereka akan juga. 

Hukum membuang tahi lalat di muka 

Ada orang tanya, adakah haram membuang tahi lalat di muka dan adakah perbuatan membuang tahi lalat ini seperti mengubah ciptaan Allah? Tahi lalat di muka dia hidup dan sentiasa membesar seiring dengan usia. 

Sebenarnya,merubah kejadian yang dimaksudkan dalam hadis larangan Rasullullah merujuk kepada perbuatan wanita zaman jahiliah yang menyambung rambut, mencukur muka dan membuat tatu. Manakala, perbuatan menghilangkan sebarang keaiban di wajah seperti membuang tahi lalat yang dimaksudkan dengan tujuan kesihatan dan perbuatan adalah di haruskan. 

Isteri Abu Ishaq datang kepada Aisyah R.A dan bertanya kepadanya apakah harus baginya mencantikkan dirinya, Saidatina Aisyah menjawab: "Hilangkan semua aib daripada dirimu apa yang termampu". 


Rahsia Tahi Lalat 

Tahi lalat di bibir 
Seorang yang banyak cakap 

Bibir atas kanan 
Banyak rezeki, pandai 

Bibir atas kiri 
Ramai kawan, baik hati 

Bibir bawah kanan 
Disegani orang, ramai yang suka 

Bibir bawah kiri 
Pandai bicara, tak mudah kalah 

Leher kanan 
Cerdas, jujur, berani menderita 

Leher kiri 
Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan 

Leher di tengah 
Tercapai cita-cita 

Biji mata kanan 
Suka serong dan pembohong 

Biji mata kiri 
Pembohong tetapi baik hati 

Hujung mata kanan 
Baik hati, sopan santun, cerdas 

Hujung mata kiri 
Baik budi, murah rezeki 

Punggung kanan 
Agak mengalami kesulitan 

Punggung kiri 
Malas dan suka duduk 

Betis kanan 
Suka berhibur, boros 

Betis kiri 
Rajin, tidak suka menganggur 

Lutut kanan 
Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha 

Lutut kiri 
Kurang kuat berusaha 

Kepala sebelah kanan 
Terkabul cita-cita 

Kepala sebelah kiri 
Sering menemui kesusahan 

Kepala sebelah belakang 
Jujur, sabar dan tekun 

Kening kanan 
Cerdas dan cekap 

Kening kiri 
Cerdas dan sopan santun 

Tengah kening 
Keras hati dan berani segala hal 

Hujung mulut kanan 
Kecil rezeki, tak mudah kalah 

Hujung mulut kiri 
Suka berpoya-poya 

Ketiak kanan 
Dapat menyimpan rahsia 

Ketiak kiri 
Jujur, banyak yang cinta 

Pergelangan kaki kanan 
Suka keluar rumah 

Pergelangan kaki kiri 
Kehendak kuat 

Batang hidung 
Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya 

Pada hidung 
Banyak rezeki 

Dagu bawah kanan 
Jujur dan baik hati 

Dagu bawah kiri 
Bijaksana, dan berbudi luhur 

Kemaluan kanan atau kiri 
Baik, suka senggama 

Di kepala kemaluan (lelaki) 
Bakal beristeri dua

Tumit kanan 
Jujur dan banyak kawan 

Tumit kiri 
Baik budi 

Alis kanan 
Suka menolong dan baik hati 

Alis kiri 
Ramai yang suka 

Pangkal peha kanan 
Kemahuan kuat 

Pangkal peha kiri 
Suka kerja apa pun 

Telapak kaki kanan 
Tak mudah mengeluh 

Jari kaki kanan 
Suka menolong 

Jari kaki kiri 
Berbudi, suka berbuat baik 

Bahu kanan 
Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan 

Bahu kiri 
Suka kerja keras, banyak tanggungjawab 

Buah dada kanan 
Baik hati, pendiam, simpan rahsia 

Buah dada kiri 
Ramai kawan, setia pada pasangan 

Lengan kanan 
Setia dan taat pada atasan 

Lengan kiri 
Menepati janji dan rajin

Pipi kanan 
Ramai teman 

Tengah-tengah pipi kanan 
Ramai yang suka 

Tengah-tengah pipi kiri 
Ramai teman 

Ubun-ubun
Kurang jujur 

Pusat 
Cerdas, tangkas, tekun 

Pusat bahagian kanan 
Sejahtera dalam hidup 

Pusat bahagian kiri 
Beroleh kemuliaan 

Pinggang kanan 
Sayang pada pasangan hidup 

Pinggang kiri 
Disayang pasangan hidup 

Dada kanan 
Dapat mengatasi masalah 

Dada kiri 
Berani, jujur dan sabar 

Telapak kaki kanan 
Tidak mudah mengeluh 

Telapak kaki kiri 
Baik budi pekertinya 

Siku tangan kanan 
Kuat ingin memiliki kejayaan 

Siku tangan kiri 
Baik hati, suka menolong 

Jari tangan kanan 
Serba beroleh keuntungan 

Jari tangan kiri 
Serba baik bekerja 

Jari telapak tangan kanan 
Banyak rezeki tetapi boros 

Jari telapak tangan kiri 
Banyak rezeki dan cermat 

Pergelangan tangan kanan 
Boros, suka bersukaria 

Pergelangan tangan kiri 
Dapat berpangkat 

Perut bawah kanan 
Banyak rezeki, suka memberi maaf 

Perut bawah kiri 
Baik hati, tenang hidupnya 

Sudut mata kanan dalam 
Disayang suami atau isteri 

Sudut mata kiri dalam 
Tidak mudah dilupakan pasangan 

Sudut mata kanan luar 
Baik budi, ramai yang cinta 

Pelipis kiri 
Murah rezeki, dapat jadi kaya 

Pelipis kanan 
Serba berhasil dalam usaha 

Kelopak mata kanan atas 
Baik hati, ramah, Berjaya 

Kelopak mata kiri atas 
Baik budi, ramai yang suka 

Kelopak mata kanan bawah 
Agak malas 

Kelopak mata kiri bawah 
Agak bodoh, kurang bijaksana 

Tahi lalat di dahi 
Ada kelebihan tersendiri 

Tahi lalat di bulu kening kiri 
Berseri, mempunyai daya penarik, sering kesusahan. 

Tahi lalat di bulu kening kanan 
Terkabul cita-cita dan maksudnya, cerdas dan cekap. 




Sirna Cintaku : Yang penting, segala yang baik datang dari Allah dan yang kurang itu datang dari kelemahan kita sendiri…



Rabu, 18 Julai 2012

Kekasihku Cemburu Buta


"Setiap perkara yang awak buat, kemana awak nak pergi, tolong bagitahu saya, kalau boleh minta kebenaran saya terlebih dahulu, faham?" 

Beginilah percintaan yang terpaksa dilalui oleh si gadis saat menerima cinta si arjuna yang kaki cemburu. Kata-kata kesat dan makian menjadi makanan harian yang terpaksa ditelan. 

Couple fighting

Aduh, hati sabar pun pasti terluka saat menerima kemarahan si kaki cemburu! Cemburu tandanya sayang. Namun cemburu yang keterlaluan, pasti boleh mengundang masalah besar. Jadi kenapa harus mengorbankan diri demi lelaki seperti ini. Adakah itu boleh dikatakan cinta sekiranya si dia memperlakukan anda sesuka hati? Ayuh! Cuba kita singkap cirri-ciri lelaki kaki cemburu. 

Siasat Gerak Geri 

Alahai, di awal perkenalan, anda ditatangnya bagai minyak yang penuh, bahkan segala kemahuan dituruti. Namun sejak kebelakangan ini ada sahaja yang tidak kena dengannya. Kalau boleh si dia cuba mengawal setiap pergerakan anda. Kemana anda pergi, dengan siapa anda bersama dan yang paling penting ada atau tidak lelaki bersama anda akan disiasatnya dengan terperinci. Boleh dikatakan siasatan si dia mengalahkan pihak berkuasa. Anda pada pandangan si dia seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman untuk dijatuhkan. 

Sentiasa Curiga 

Lelaki kaki cemburu akan sentiasa menganggap anda seorang yang curang. Kenapa? Kerana si dia tidak yakin dengan kesetiaan anda. Sukar baginya untuk mempercayai anda. Tambahan lagi, bila mana anda sering diganggu dan kebanyakan daripada mereka pasti akan terpikat dengan anda. Susah bukan? Inilah hakikatnya yang sebenar. Walaupun anda tidak melayan mana-mana lelaki yang cuba mengganggu anda, si dia tetap merasakan yang anda cuba menduakan dirinya. Padahal anda tidak tahu dan bersalah dalam hal ini. Apa yang anda lakukan hanyalah bersabar dan makan hati. 

Panas Baran 

img

Ini merupakan salah satu ciri si kaki cemburu. Kenapa anda perlu tahu tentang ini? Ini kerana anda akan menjadi sebahagian daripada hidupnya. Si dia kalau anda kenali dengan lebih mendalam mempunyai perangai yang suka marah-marah. Salah sedikit sahaja pun tapi kemarahannya bukan main lagi. Sakit hati bukan? Walhal salah anda itu tidak sebesar mana. Anda hanya keluar bersama teman-teman dan sepupu anda sahaja. Kalau anda ingin tahu, individu panas baran ini kalau tiba-tiba si dia naik angin, bumi pun boleh terbalik. Betapa kuat panas barannya sukar dikawal dan akibatnya anda yang akan dimarahinya sepuas hati.

Tidak Pernah Puas

Betul atau tidak si dia individu seperti ini? Sudah tentu anda mengatakan “ya”. Si kaki cemburu tidak pernah berpuas hati dengan orang yang disayanginya. Ada sahaja kesalahan yang dicarinya. Dari sekecil-kecil zarah hinggalah sebesar-besar zarah. Susah betul anda nak puaskan hatinya. Kadangkala anda akan terfikir, kenapa si dia harus begini dan apakah salah anda? Sehinggakan pada satu tahap anda akan berada dalam keadaan yang sangat tertekan. Namun setiap daripada kata-kata anda tidak diterimanya malah air mata menjadi peneman setia anda setiap hari.

Mengongkong

Aduhai, susahnya hidup, kalau tak ada kekasih anda mencarinya namun bila anda dah dapat lain pula yang jadi. bayangkanlah kehidupan anda saat ini telah berubah secara keseluruhannya. Dahulunya anda bebas ke sana ke mari dengan sesiapa sahaja yang anda suka tapi sekarang tidak lagi. Semua perkara yang anda lakukan perlulah mendapat kebenarannya terlebih dahulu. Anda tidak boleh melakukan sesuatu perkara itu tanpa pengetahuan sidia. Seolah-olah kehidupan anda berada di tangannya. Anda pula harus akur dengan peraturan yang diciptanya. Nak tak nak anda terpaksa ikut. Jadi fikir-fikirkanlah.

Mengambil Kesempatan

Ini memberi maksud si dia mengambil kesempatan di atas kelemahan anda. Memandangkan anda tidak pernah melawan, setiap daripada kata-katanya anda ikuti tanpa ada bantahan menyebabkan si dia menggunakan kesempatan itu. Setiap kali keluar, pasti si dia akan mengambil telefon bimbit anda dengan tujuan untuk melihat mesej-mesej yang boleh mengundang kemarahannya. Malah si dia akan mengambil tahu banyak perkara tentang anda. Si dia bijak bila mana kehormatan anda diragutnya dengan harapan anda tidak boleh lari dan terlepas daripadanya. 


Berwaspadalah jika mempunyai kekasih yang terlalu kuat cemburu. Masa bercinta pun pandai nak marah-marah, lepas kahwin apa pula nanti. Fikir-fikirkan lah... 


Selasa, 17 Julai 2012

Sahabat Oh Sahabat


Kata orang 'mencari seorang sahabat yang baik lebih sukar daripada mencari 1000 orang musuh'. Sememangnya kenyataan ini benar kerana seorang sahabat yang baik akan sentiasa melindungi dan menjaga keharmonian sahabatnya dalam apa jua perkara, malah ada yang sanggup bergadai nyawa untuk sahabat. 

Bagaimanakah anda ingin memilih sahabat baik daripada kesemua sahabat yang anda ada? Ayuh ketahui ciri-ciri memilih dan membina jalinan persahabatan yang murni! 

KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah persahabatan. Ikatan persahabatan akan mudah rapuh sekiranya tidak wujud kecintaan di antara dua orang insan.

KASIH SAYANG lebih kurang sama maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat, kita perlulah mencurahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Ada ketikanya kasih sayang anda itu tidak perlu dipamerkan secara terang-terangan. Cukup sekiranya anda menunjukkan kasih sayang itu dengan mendoakan perkara-perkara yang baik untuk sahabat anda. 

KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan itu mendapat keberkatan dan rahmat daripada Ilahi. Sekiranya anda tidak ikhlas ketika bersahabat, ia boleh mengundang permusuhan di antara sahabat. Sebaiknya anda memilih sahabat berdasarkan budi pekertinya, rasa tanggungjawab, keprihatinan dan bukannya semata-mata kerana paras rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya. 

KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan lagi ikatan persahabatan walaupun anda jarang bertemu. Apabila anda setia terhadap sahabat, kesannya sahabat anda juga akan sentiasa mengingati apa jua pengorbanan yang telah anda curahkan kepadanya. Ini kerana anda sentiasa berada di sisinya tidak kira susah mahupun senang. 

KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam sesebuah persahabatan, anda hendaklah berani mengatakan sesuatu perkara kepada sahabat anda itu, apatah lagi tentang perkara-perkara yang boleh menyakiti hatinya. Anda hendaklah berani mengaku dan berterus-terang kepadanya atas kesilapan yang telah anda lakukan. Anda juga haruslah berani menasihati dan saling menegur sahabat anda itu. 

KEJUJURAN perlu dalam sesebuah persahabatan. Anda jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat anda itu. Dengan berkata benar dan jujur, ini akan mengukuhkan lagi tali persahabatan antara anda berdua. Anda hanya boleh berahsia pada perkara-perkara yang anda rasa perlu dirahsiakan daripadanya sahaja. 

KEMAAFAN merupakan perkara yang perlu ada dalam etika bersahabat. Sekiranya sahabat anda melakukan kesilapan, anda hendaklah bersedia untuk memaafkannya, tidak kiralah sama ada kesalahannya itu besar ataupun kecil terhadap anda. Sahabat yang baik ialah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya, begitulah sebaliknya. 

KESEDIHAN yang dihadapi oleh sahabat anda haruslah dikongsi bersama. Apabila anda mengetahui sahabat anda itu berada dalam keadaan yang berdukacita, anda sebagai sahabat hendaklah sentiasa berada di sisinya. Kehadiran anda itu sekurang-kurangnya dapat meringankan kesedihan yang ditanggungnya dan dalam masa yang sama ia boleh meringankan bebanan yang dipikulnya itu. 

KEGEMBIRAAN yang hadir dalam diri sahabat anda itu, memberi makna yang anda juga rasa gembira. Pasti anda rasa senang apabila melihat sahabat anda bergelak ketawa dan sentiasa mengukir senyuman yang indah pada raut wajah mereka. 

KESERASIAN merujuk pada kesamaan mahupun ‘sekepala’ dalam apa jua yang anda dan sahabat lakukan bersama. Dengan wujudnya keserasian ini, aktiviti yang anda lakukan bersama akan menjadi lebih mudah dan lancar. Malah keserasian ini akan mewujudkan persefahaman antara anda dan sahabat.

Dalam persahabatan, jangan pernah ada pengkhianatan...


Indahnya Cinta...


Aku akhirnya dapat menerima perpisahan kita dan aku benar2 percaya bahawa aku boleh hidup tanpa dirimu. Aku telah dapat memerima kenyataan bahawa kau telah pergi dari hidupku. Tapi kini mengapa kau datang lagi..? Sesungguhnya aku tak rela kau menjelma semula di depan mataku kerana aku hanya insan yang lemah bila berdepan dengan dirimu… Ya, aku lemah kerana aku pasti dan yakin akan jatuh cinta sekali lagi padamu...


Indahnya Cinta...


Selagi aku masih bernafas… 

Selagi aku masih bernyawa… 

Selagi masih ada waktuku… 

Aku berjanji akan terus menyayangimu… 

Aku berusaha akan terus mencintaimu… 

Aku akan terus tetap mahu bersamamu… 

Buat selama-lamanya… 

Kerana bagiku, kau lah satu-satunya…