My Music...

Sirna Cintaku...

Isnin, 14 Mei 2012

2 ekor anjing

Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan semantara anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan dan bermain2 lagi. Anjing A tak puas hati.

Anjing A : Aku yang letih2 training tiap2 hari tapi kenapa kau yang sampai dulu…

Anjing B : Entah ler…aku berenang selamba je tadi…

Anjing A : Aku tetap tak puas hati…

Anjing B : Kenapa pulak?

Anjing A : Tak puas hati kau berenang lebih laju dari aku…

Anjing B : Alaaa…kau dah lupa ker yang aku ni anjing laut…

Anjing A : Alamak, terlupa ler kawan… [ Tersenggih2 ]





2 Sahabat


Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan segera untuk memesan minuman ringan. Setelah pesanan sampai, mereka masing-masing keluarkan bekal yang di bawa dari rumah dan mula untuk makan.

Pemilik kedai yang dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka dan berkata, “Maaf encik, anda tidak dibenarkan memakan makanan sendiri di sini…”

Maka dua orang sahabat itu berpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula menukar bekal masing-masing…


Ganjaran



Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah hotel. Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya menyambutnya.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya…

Lelaki Inggeris : Sama2, tapi anda harus membalas budi…

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Inggeris : Tidur dengan saya….

Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!

Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu…

Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu. Di tingkat 50, seorang lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya…

Lelaki Perancis : Sama2, tapi anda harus membalas budi…

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Perancis : Tidur dengan saya…

Wanita : Tak guna!! saya tak mahu! Saya bukan pelacur!!!

Lelaki Perancis : Kalau begitu, tak guna saya selamatkan kamu…

Lelaki Perancis itu melepaskan semula wanita itu.

Dari tingkat 50,40.. dan 30,tidak ada sesiapa pun yang dapat menyambut wanita itu. Wanita itu mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu.

Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata…

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas jasa awak, saya akan tidur dengan awak...

Lelaki Arab : Astaghfirullah… [ lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut… ]



Sirna Cintaku : Tak semua lelaki jahat kat dunia ni...



Mengalahkan kambing...


Suatu hari di negara Eropah diadakan satu pertandinganan iaitu menahan bau di dalam sebuah bilik kecil yang didalamnya dimasukkan 10 ekor kambing.

Peserta pertama dari Amerika..
Baru 3 minit dia sudah keluar sambil muntah-muntah.

Peserta kedua dari Jepun..
Baru 10 minit dia sudah pengsan.

Peserta ketiga dari Afrika,
Baru 30 minit dia terus keluar dan muntah-muntah.

Terakhir peserta dari Bangladesh…
Baru 1 minit… 10 kambing itu keluar dan muntah-muntah.



Keong Racun

Seorang pembantu rumah, Susy baru saja bekerja menjaga anak majikannya yang agak degil. Anak majikannya tidak mahu di suruh tidur kerana leka bermain.

Susy : Aiman, Jangan gitu dong… 

Aiman : Kenapa kakak ni…?

Susy : Bobo yukk…Nanti2 main lagi…

Aiman : Dasar kau keong racun, baru kenal udah ngajak tidur… 

Susy : Waduhhh!!! 




Lurus Bendul


Ali ialah seorang anggota polis. Pada suatu hari, ketika dia sedang pergi meronda di sebuah kampung dia terlihat seorang budak menangis di tepi jalan lalu bertanya:

Ali : Kenapa adik menangis?

Budak : Saya nak lintas jalan ni…

Ali : La..tu pun nak menangis ke…Lintas ajelah,bukannya ada kereta lalu pun…jalan lengang ni..

Budak : Tapi mak pesan, kalau nak melintas jalan kena bagi kereta lalu dulu tapi dari tadi lagi tak ada kereta yang lalu pun…

Ali : ??!!


Senyum, tak perlu kata apa2…


Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat di sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. 

Polis: Owh…

Penjaga: Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yang ketiga disambar petir. 

Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…



Di mana kapal?

Seorang ahli silap mata mempertunjukkan kebolehannya di sebuah kapal mewah. Penontonnya selalu berganti setiap minggu tetapi dia tetap mengulang-ulangi silap mata yang sama.

Seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata milik kapten kapal selalu melihat pertunjukannya setiap minggu dan menjadi tahu penipuan yang dilakukan oleh ahli silap mata. Suatu malam ketika ahli silap mata membuat pertunjukan, si burung berteriak di tengah-tengah pentas.

“Lihat.. !! Itu bukan topi yg sama !!”

“Dia menyembunyikan bunga-bunga itu di bawah meja !!”

“Hey… semua daun terupnya,daun A !! “

Ahli silap mata amat bengang tapi tidak dapat berbuat apa-apa.


Suatu hari kapal tersebut mengalami kecelakaan dan tenggelam. Si ahli silap mata terapung2 di tengah lautan di atas sebuah papan bersama si burung kakak tua. Mereka saling pandang memandang dgn penuh kebencian tapi tidak mengucapkan satu patah kata pun.Ini berlangsung berhari-hari.Si ahli silap mata pun hairan kenapa si burung tak mahu terbang menyelamatkan diri.

Setelah satu minggu, tiba-tiba si burung berkata “OK… saya menyerah!! Di mana kamu sembunyikan kapalnya ??”