Sirna Cintaku...

Memaparkan catatan dengan label Cinta Oh Cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cinta Oh Cinta. Papar semua catatan

Ahad, 11 November 2012

Indahnya Cinta...


Aku lebih rela disakiti...

Dengan kejujuran...

Daripada aku bahagia dalam kepalsuan…


Indahnya Cinta...


Mencintai bukan sekadar memiliki… 

Memiliki bukan ertinya untuk selamanya… 

Mencintai memerlukan pengorbanan… 

Dicintai juga memerlukan pengertian… 


Rabu, 19 September 2012

Indahnya Cinta...


Cintailah insan yang kamu cintai sekadarnya...

Kerana... 

Mungkin saja dia akan menjadi orang yang... 

Kamu benci pada suatu hari nanti... 

Bencilah orang yang kamu benci itu sekadarnya... 

Barangkali dia akan menjadi orang yang kamu kasihi... 

Suatu hari nanti... 

Lumrah dunia...

Cinta bukan selamanya cinta... 

Dan benci juga bukan selamanya benci…



Rabu, 18 Julai 2012

Kekasihku Cemburu Buta


"Setiap perkara yang awak buat, kemana awak nak pergi, tolong bagitahu saya, kalau boleh minta kebenaran saya terlebih dahulu, faham?" 

Beginilah percintaan yang terpaksa dilalui oleh si gadis saat menerima cinta si arjuna yang kaki cemburu. Kata-kata kesat dan makian menjadi makanan harian yang terpaksa ditelan. 

Couple fighting

Aduh, hati sabar pun pasti terluka saat menerima kemarahan si kaki cemburu! Cemburu tandanya sayang. Namun cemburu yang keterlaluan, pasti boleh mengundang masalah besar. Jadi kenapa harus mengorbankan diri demi lelaki seperti ini. Adakah itu boleh dikatakan cinta sekiranya si dia memperlakukan anda sesuka hati? Ayuh! Cuba kita singkap cirri-ciri lelaki kaki cemburu. 

Siasat Gerak Geri 

Alahai, di awal perkenalan, anda ditatangnya bagai minyak yang penuh, bahkan segala kemahuan dituruti. Namun sejak kebelakangan ini ada sahaja yang tidak kena dengannya. Kalau boleh si dia cuba mengawal setiap pergerakan anda. Kemana anda pergi, dengan siapa anda bersama dan yang paling penting ada atau tidak lelaki bersama anda akan disiasatnya dengan terperinci. Boleh dikatakan siasatan si dia mengalahkan pihak berkuasa. Anda pada pandangan si dia seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman untuk dijatuhkan. 

Sentiasa Curiga 

Lelaki kaki cemburu akan sentiasa menganggap anda seorang yang curang. Kenapa? Kerana si dia tidak yakin dengan kesetiaan anda. Sukar baginya untuk mempercayai anda. Tambahan lagi, bila mana anda sering diganggu dan kebanyakan daripada mereka pasti akan terpikat dengan anda. Susah bukan? Inilah hakikatnya yang sebenar. Walaupun anda tidak melayan mana-mana lelaki yang cuba mengganggu anda, si dia tetap merasakan yang anda cuba menduakan dirinya. Padahal anda tidak tahu dan bersalah dalam hal ini. Apa yang anda lakukan hanyalah bersabar dan makan hati. 

Panas Baran 

img

Ini merupakan salah satu ciri si kaki cemburu. Kenapa anda perlu tahu tentang ini? Ini kerana anda akan menjadi sebahagian daripada hidupnya. Si dia kalau anda kenali dengan lebih mendalam mempunyai perangai yang suka marah-marah. Salah sedikit sahaja pun tapi kemarahannya bukan main lagi. Sakit hati bukan? Walhal salah anda itu tidak sebesar mana. Anda hanya keluar bersama teman-teman dan sepupu anda sahaja. Kalau anda ingin tahu, individu panas baran ini kalau tiba-tiba si dia naik angin, bumi pun boleh terbalik. Betapa kuat panas barannya sukar dikawal dan akibatnya anda yang akan dimarahinya sepuas hati.

Tidak Pernah Puas

Betul atau tidak si dia individu seperti ini? Sudah tentu anda mengatakan “ya”. Si kaki cemburu tidak pernah berpuas hati dengan orang yang disayanginya. Ada sahaja kesalahan yang dicarinya. Dari sekecil-kecil zarah hinggalah sebesar-besar zarah. Susah betul anda nak puaskan hatinya. Kadangkala anda akan terfikir, kenapa si dia harus begini dan apakah salah anda? Sehinggakan pada satu tahap anda akan berada dalam keadaan yang sangat tertekan. Namun setiap daripada kata-kata anda tidak diterimanya malah air mata menjadi peneman setia anda setiap hari.

Mengongkong

Aduhai, susahnya hidup, kalau tak ada kekasih anda mencarinya namun bila anda dah dapat lain pula yang jadi. bayangkanlah kehidupan anda saat ini telah berubah secara keseluruhannya. Dahulunya anda bebas ke sana ke mari dengan sesiapa sahaja yang anda suka tapi sekarang tidak lagi. Semua perkara yang anda lakukan perlulah mendapat kebenarannya terlebih dahulu. Anda tidak boleh melakukan sesuatu perkara itu tanpa pengetahuan sidia. Seolah-olah kehidupan anda berada di tangannya. Anda pula harus akur dengan peraturan yang diciptanya. Nak tak nak anda terpaksa ikut. Jadi fikir-fikirkanlah.

Mengambil Kesempatan

Ini memberi maksud si dia mengambil kesempatan di atas kelemahan anda. Memandangkan anda tidak pernah melawan, setiap daripada kata-katanya anda ikuti tanpa ada bantahan menyebabkan si dia menggunakan kesempatan itu. Setiap kali keluar, pasti si dia akan mengambil telefon bimbit anda dengan tujuan untuk melihat mesej-mesej yang boleh mengundang kemarahannya. Malah si dia akan mengambil tahu banyak perkara tentang anda. Si dia bijak bila mana kehormatan anda diragutnya dengan harapan anda tidak boleh lari dan terlepas daripadanya. 


Berwaspadalah jika mempunyai kekasih yang terlalu kuat cemburu. Masa bercinta pun pandai nak marah-marah, lepas kahwin apa pula nanti. Fikir-fikirkan lah... 


Selasa, 17 Julai 2012

Sahabat Oh Sahabat


Kata orang 'mencari seorang sahabat yang baik lebih sukar daripada mencari 1000 orang musuh'. Sememangnya kenyataan ini benar kerana seorang sahabat yang baik akan sentiasa melindungi dan menjaga keharmonian sahabatnya dalam apa jua perkara, malah ada yang sanggup bergadai nyawa untuk sahabat. 

Bagaimanakah anda ingin memilih sahabat baik daripada kesemua sahabat yang anda ada? Ayuh ketahui ciri-ciri memilih dan membina jalinan persahabatan yang murni! 

KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah persahabatan. Ikatan persahabatan akan mudah rapuh sekiranya tidak wujud kecintaan di antara dua orang insan.

KASIH SAYANG lebih kurang sama maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat, kita perlulah mencurahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Ada ketikanya kasih sayang anda itu tidak perlu dipamerkan secara terang-terangan. Cukup sekiranya anda menunjukkan kasih sayang itu dengan mendoakan perkara-perkara yang baik untuk sahabat anda. 

KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan itu mendapat keberkatan dan rahmat daripada Ilahi. Sekiranya anda tidak ikhlas ketika bersahabat, ia boleh mengundang permusuhan di antara sahabat. Sebaiknya anda memilih sahabat berdasarkan budi pekertinya, rasa tanggungjawab, keprihatinan dan bukannya semata-mata kerana paras rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya. 

KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan lagi ikatan persahabatan walaupun anda jarang bertemu. Apabila anda setia terhadap sahabat, kesannya sahabat anda juga akan sentiasa mengingati apa jua pengorbanan yang telah anda curahkan kepadanya. Ini kerana anda sentiasa berada di sisinya tidak kira susah mahupun senang. 

KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam sesebuah persahabatan, anda hendaklah berani mengatakan sesuatu perkara kepada sahabat anda itu, apatah lagi tentang perkara-perkara yang boleh menyakiti hatinya. Anda hendaklah berani mengaku dan berterus-terang kepadanya atas kesilapan yang telah anda lakukan. Anda juga haruslah berani menasihati dan saling menegur sahabat anda itu. 

KEJUJURAN perlu dalam sesebuah persahabatan. Anda jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat anda itu. Dengan berkata benar dan jujur, ini akan mengukuhkan lagi tali persahabatan antara anda berdua. Anda hanya boleh berahsia pada perkara-perkara yang anda rasa perlu dirahsiakan daripadanya sahaja. 

KEMAAFAN merupakan perkara yang perlu ada dalam etika bersahabat. Sekiranya sahabat anda melakukan kesilapan, anda hendaklah bersedia untuk memaafkannya, tidak kiralah sama ada kesalahannya itu besar ataupun kecil terhadap anda. Sahabat yang baik ialah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya, begitulah sebaliknya. 

KESEDIHAN yang dihadapi oleh sahabat anda haruslah dikongsi bersama. Apabila anda mengetahui sahabat anda itu berada dalam keadaan yang berdukacita, anda sebagai sahabat hendaklah sentiasa berada di sisinya. Kehadiran anda itu sekurang-kurangnya dapat meringankan kesedihan yang ditanggungnya dan dalam masa yang sama ia boleh meringankan bebanan yang dipikulnya itu. 

KEGEMBIRAAN yang hadir dalam diri sahabat anda itu, memberi makna yang anda juga rasa gembira. Pasti anda rasa senang apabila melihat sahabat anda bergelak ketawa dan sentiasa mengukir senyuman yang indah pada raut wajah mereka. 

KESERASIAN merujuk pada kesamaan mahupun ‘sekepala’ dalam apa jua yang anda dan sahabat lakukan bersama. Dengan wujudnya keserasian ini, aktiviti yang anda lakukan bersama akan menjadi lebih mudah dan lancar. Malah keserasian ini akan mewujudkan persefahaman antara anda dan sahabat.

Dalam persahabatan, jangan pernah ada pengkhianatan...


Hati Terluka, Jiwa Merana...


Andai kata cinta itu nafas, pasti anda ingin hidup selama-lamanya. Andai kata cinta itu indah pasti anda selalu ingin memandangnya. Namun bila cinta itu luka, anda pasti merasakan kelukaan yang amat pedih. Namun terluka kerana cinta itu bukanlah halangan untuk meniti sebuah kebahagiaan. Tetapi apabila sering di lukai, tentu anda merasakan cinta itu seolah tiada maknanya. 

Arghh! Sakit hati dengan si dia. Pelbagai persoalan pasti bermain di fikiran anda. 

“Aku juga yang dipersalahkan, semuanya tidak kena” 

“Apa salah aku?” 

Kadangkala anda sendiri bingung dan keliru. Setiap hari anda dihadiahkan dengan tangisan dan kelukaan. Kata-kata yang keluar dari bibirnya betul-betul menghiris perasaan anda. Sebagai seorang kekasih sudah tentu anda inginkan perhubungan tersebut berada dalam keadaan baik bukan? Jadi cuba kita selongkar apa yang perlu anda lakukan. 

Selami Hati Dan Perasaan

“Huh! Sikit-sikit nak merajuk, menyampah!” 

Haa, kebiasaannya kenyataan ini pasti akan terungkap bila mana si dia mulai bosan dengan cara anda. Sebenarnya si dia tidak tahu dan tidak mahu menyelami hati dan perasaan anda. Sekiranya si dia individu yang teliti sudah tentu anda akan dipujuknya.Sebagai pasangan kekasih, anda dan si dia perlu belajar untuk memahami di antara satu sama lain. Jangan anda ingat, si dia sahaja yang perlu memahami anda bahkan anda sendiri juga perlu memahami dirinya. Apabila anda dan si dia saling memahami, permasalahan seperti ini akan berkurangan. 

Belajar Jujur Pada Pasangan

Adakah selama ini anda bersikap jujur dengan si dia? Cuba anda fikirkan sejenak.Selama anda berhubungan ada atau tidak anda merahsiakan sesuatu daripada pengetahuan dirinya. Sekiranya ada, anda orang pertama yang perlu belajar menjadi jujur kepada pasangan. Jika anda mahukan si dia berlaku jujur dengan anda, anda yang perlu mulakan langkah itu. Apabila terpalit sedikit penipuan di dalam perhubungan tersebut ini bermakna anda dan si dia belum mampu untuk mengendalikan perhubungan tersebut. Persengketaan sering kali berlaku bila mana anda dan si dia tidak berlaku jujur.Cuba anda renungkan dan muhasabahkan diri sendiri. 

Tidak Terlalu Hipokrit 

“Em, tak mengapalah. Saya faham Sayang sibuk...”

“Sayang jangan bimbang saya boleh makan sendiri...” 

Kata-kata ini yang selalu hadir dan bermain di bibirnya. Kadangkala anda terfikir sama ada si dia benar-benar memahami kerja anda atau sebaliknya.Tatkala persengketaan berlaku mulalah si dia menyalahkan anda dan anda juga seperti itu. Akhirnya ketidakpuasan hati di antara anda terbongkar jua. Rupa-rupanya selama ini anda mahupun si dia hanya berpura-pura memahami antara satu sama lain. Waktu inilah masing-masing mahu menarik diri lalu memutuskan perhubungan tersebut. Belajarlah untuk tidak terlalu hipokrit! 

Hargai Setiap Pengorbanannya

Tolong hargai setiap pengorbanan yang telah si dia lakukannya.Mungkin jarang sekali anda bertemu dengan lelaki sepertinya yang sanggup lakukan apa sahaja demi anda? Susah bukan ingin mencari kekasih seperti ini? Si dia sanggup berpanas dan berhujan demi anda, baginya anda sangat berharga seperti emas.Hilangnya anda meranalah si dia dan berkelanalah sidia tanpa ada pendayung yang menjadi kekuatannya.Lihatlah betapa pentingnya anda dalam hidupnya. Maka untuk apa anda mencetuskan perbalahan sehingga menimbulkan kesengsaraan? Fikir-fikirkanlah, jangan sampai keputusan itu menjerat diri anda sendiri, takut nanti anda juga yang merana. 

Jangan Memperbesarkan Masalah

Aduh! Hal remeh pun anda ingin perbesarkan? Susah betul nak berkompromi, anda semahu-mahunya ingin mempertahankannya juga. Anda perlu ingat, hal yang kecil seboleh-bolehnya diselesaikan dengan cara yang paling berhemah.Sekiranya anda terlalu beremosi, inilah padahnya!Anda akan mencari kesalahannya, kemudian bergaduh sampai anda sendiri yang tertekan dan akhirnya menangis teresak-esak. Padahal anda boleh mencari jalan bagaimana untuk mengatasi masalah ini dengan cara yang baik. Anda perlu profesional, jangan sampai si dia mengangkat kaki dan melangkah pergi daripada hidup anda. Saat itu siapa yang akan merana? Anda jawablah sendiri. 

Menuding Jari Tanpa Sebab

Inilah masalah orang bercinta. Anda sendiri mengakuinya bukan?Cuba anda fikir ada atau tidak selama ini anda dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain? Mestilah ada, kalau tidak anda dan si dia tidak akan bercakaran sampai membawa kepada kata putus.Waktu itu anda sendiri boleh mengagak apa yang akan berlaku. Mulalah menangis tidak tentu arah, pandang kanan salah malah pandang kiri pun serba tak kena. Aduh! Jiwa kacau macam ini.Jadi untuk mengatasi masalah ini, anda jangan terlalu menuding jari tanpa sebab, selidiki terlebih dahulu. Jangan anda hentam kromo sahaja! Padah yang menanti anda nanti. 


Jika kita tidak mahu di lukai dan kecewa, pastikan kita menjaga cinta itu sebaiknya. Barulah boleh dikatakan CINTA itu indah...


Ahad, 24 Jun 2012

Indahnya Cinta...


Aku selalu berusaha tak menangis keranamu… 

Kerana setiap butir air mata yang jatuh… 

Hanya membuatkanku semakin mengingatkan… 

Betapa aku tak bisa melepaskanmu…


Sabtu, 23 Jun 2012

Indahnya Cinta...


Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal...

Jika kamu masih mahu mencuba...

Jangan sesekali menyerah...

Jika kamu masih merasa sanggup... 

Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi...

Jika kamu masih tidak dapat melupakannya...

Pertahankan hubungan cinta itu selagi kamu masih menyayanginya...



Indahnya Cinta...


Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan...

Mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? 

Andai kata derita itu harga sebuah cinta...

Mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? 

Adakah kerana cinta seumpama kota kristal...

Yang indah di penglihatan derita di perasaan...



Lelaki Menjadi Buruan Wanita


Jika ingin memikat wanita, lelaki akan memandang pada kecantikan, pribadi serta status sosialnya. Bagi wanita pula, mereka mempunyai beberapa kriteria tersendiri dalam memilih seseorang lelaki untuk dijadikan sebagai pasangan. Wahai lelaki, adakah anda memiliki beberapa kriteria ini untuk meraih perhatian wanita? Adakah anda tersenaraikan dalam ciri-ciri lelaki yang menjadi dambaan wanita.

Percaya diri

Keyakinan diri adalah kualiti penting sering yang dicari oleh wanita. Lakukan sesuatu perkara itu dengan terbaik. Paling penting, jangan memperkecilkan kelemahan diri sendiri. Ada yang menyerah kalah sebelum berbuat apa-apa. Ini bukan sifat lelaki yang sejati. Sebaliknya anda harus berikan alasan kukuh, kenapa anda tidak boleh lakukan. Penting untuk berlatih bersungguh tanpa mengenal erti putus asa dan sentiasa berfikiran positif. 

Kelakar 

Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat buat. Sifat semula jadi kaum wanita adalah mereka sering berada dalam situasi emosi yang tidak stabil, jadi di sini peranan lelaki dalam menceriakan kembali diri mereka. Ingat untuk menjadi seorang yang kelakar tidak semestinya anda membuat lawak bodoh.


Romantik 

Wanita sebenarnya menginginkan seorang yang romantik. Tapi romantik bukannya gatal atau miang. Lelaki yang romantik adalah pandai mengambil hati dan bijak menggunakan kata-kata, suka mengambil berat dan penyayang. Ia menjadi salah satu aspek yang menarik perhatian wanita. Biar pun mereka kelihatan agresif namun dalam hal teman lelaki kebanyakannya memilih yang romantik. 

Wang 

Tidak disangkal lagi bahawa wanita adalah materialistik atau mata duitan. Mereka mahukan lelaki yang berjaya dan mempunyai wang yang banyak. Selain bekerja, anda juga boleh bergaul dengan orang kaya atau ternama yang mungkin boleh membantu anda menjadi kaya suatu hari nanti. 

Bijak 

Wanita sering mengimpikan seorang lelaki yang berpendidikan dan bijak. Jika anda berasakan anda kurang bijak, mungkin anda boleh melanjutkan pelajaran. Luangkan masa anda mendengar berita dan rajin mengisi teka silang kata supaya tampak berilmu. Wanita suka lelaki yang bijak dan suka membaca.


Sensitif 

Setiap kali pasangan anda bercakap, berilah perhatian sambil memandang bola mata hitamnya. Malah mungkin anda boleh berkata “ saya memahami perasaan awak”. Namun anda jangan pula terlalu sensitif kerana sebagai tempat berlindung tentulah mereka memerlukan pohon yang kukuh. 

Suka kanak-kanak 

Wanita menganggap seorang lelaki yang bijak adalah berpengetahuan luas dalam semua bidang termasuk menjaga kanak-kanak. Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Apabila si dia membelai kanak-kanak yang ditemuinya, anda memberikan perhatian kepadanya. Setelah itu, anda pula mendukung sambil kanak-kanak itu menunjukkan bahawa anda seorang yang sukakan kanak-kanak. Ini membuktikan anda layak menjadi bapa yang penyayang.


Menjaga penampilan diri 

Lelaki juga perlu mengambil tahu dalam merawat atau memanjakan tubuh. Bagi yang mempunyai berkulit berminyak, lakukan perawatan bagi mengelakkan jerawat atau penyakit kulit yang lain. Selain berpakaian kemas dan sesuai, kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan. Kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih. Pendek kata, kebersihan tubuh mesti dijaga kerana ia memberikan kesan kepada hubungan anda.


Jumaat, 22 Jun 2012

Indahnya Cinta...


Kadang-kala...

Kita harus rela kehilangan seseorang yang kita cintai... 

Namun...

Dapatkah kita melupakan segala...

Kenangan-kenangan indah semasa bersamanya...



Indahnya Cinta...


Cinta bukanlah hanya ungkapan kata-kata indah... 

Yang lahir dari bibir semata-mata... 

Cinta harus lahir dari hati yang tulus dan ikhlas untuk mencintai…


Indahnya Cinta...


Cinta bukanlah hanya kata-kata indah yang begitu mudah di ungkapkan…

Cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci…

Jika manusia dapat menilai kesuciannya…


Indahnya Cinta...



Janganlah kau tangisi perpisahan dan kegagalan dalam percintaan...

Karena pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia...

Kita hanya merancang tetapi tuhan yang menentukan segala-galanya…


Apa Yang Lelaki Inginkan?


Bukan sukar untuk memahami si jejaka. Mereka hanya inginkan gadis yang benar-benar sesuai untuk dijadikan teman. Kenali si dia secara dekat dan ketahui apa yang mereka inginkan daripada anda.

Kejujuran

Seorang lelaki budiman ingin pasangannya seorang yang jujur dan bijak menambat hatinya. Kejujuran ialah perkara paling penting bagi lelaki kerana mereka inginkan gadis yang boleh berkata benar walaupun dirinya melakukan kesilapan. Jujurlah kepada lelaki kerana mereka akan menghargai kejujuran yang anda zahirkan. Secara taktikal, jujur tidak perlu ketika situasi kritikal sahaja sebaliknya ia melambangkan ketinggian maruah anda yang diangkat sang jejaka. Oleh itu sedikit tip untuk gadis ialah sentiasa membina hubungan berdasarkan kepercayaan dan berkata jujur sekiranya terdapat perkara yang kurang menyenangkan hati anda. Baik jujur daripada anda yang sakit hati.


Hubungan Bebas Manipulasi

Lelaki tidak mahu dimanipulasikan dalam apa jua keadaan. Mereka tidak mahu membaca fikiran pasangan mereka atau cuba mentafsirkan isyarat yang diberikan. Oleh itu, jangan sesekali memanipulasi sang jejaka kerana lelaki tidak suka dipermainkan dan paling pasti janganlah asyik mengkritik sebaliknya perbanyakan kata-kata pujian atas dasar pengiktirafan kasih sayang anda terhadapnya.

Berdikari

Lelaki inginkan seorang teman yang tahu berdikari serta bijak dalam menguruskan diri. Kekasih yang berdikari ini dilihat sangat sempurna di mata si dia. Si dia pasti senang apabila anda dapat menguruskan sesuatu hal tanpa bantuan dari dirinya mahupun dari orang lain. Hal ini dapat menunjukkan bertapa anda seorang yang berdikari. Walaupun sukar, anda tetap tidak perputus asa dan tidak mengharapkan bantuan orang lain. Inilah salah satu sikap yang boleh menyebabkan si dia tertawan dengan anda. 


Dinamik, Bertanggungjawab dan Matang

Lelaki inginkan teman untuk mereka bergelak ketawa serta seorang yang mempunyai keyakinan yang tinggi. Mereka juga mahukan seorang gadis yang boleh melihat sesuatu hubungan secara dinamik. Lelaki suka melihat gadis bijak membangunkan dirinya sendiri, bertanggungjawab dan tahu mengawal emosi. Kebanyakan gadis merasakan si lelaki akan mencari teman persis model dan bukannya mencari seseorang yang pintar. Oleh itu, kematangan sahaja yang boleh menentukan jangka hayat sesuatu perhubungan.

Komitmen dan Kesetiaan

Sudah pasti kesetiaan menjadi tunjang utama dalam sesebuah perhubungan. Lelaki juga inginkan teman mereka seorang yang memahami komitmen serta memahat kesetiaan di antara satu sama lain. Kesetiaan ialah sesuatu yang mutlak. Walaupun kebiasaannya lelaki kurang menitikberatkan nilai ini tetapi mereka juga tetap mempunyai keinginan untuk serius dalam sesebuah perhubungan.


Pandai Memujuk

Lelaki memang terkenal dengan sifatnya yang ego. Mereka merasakan apa yang dilakukannya sentiasa tepat walaupun hakikatnya memang kesalahan itu datang daripada mereka sendiri. Selain gemar dipuji, lelaki paling tidak suka mengaku kesilapan yang dilakukannya. Oleh itu, sekiranya berlaku perselisihan faham, anda perlu bijak memainkan peranan dengan bertindak untuk memujuk si dia. Lelaki sangat suka apabila dipujuk kerana ini membuktikan pujukan anda mampu mencairkan hatinya.



Sabtu, 16 Jun 2012

Anda jatuh cinta?



Jatuh cinta memang indah rasanya. Hidup terasa begitu indah dan sempurna. Setiap orang sememangnya pernah merasa perasaan mencintai seseorang tetapi ada segelintirnya sukar untuk mengungkapkan kata cinta itu. Wajarkah perasaan cinta hanya di pendam hanya kerana malu untuk meluahkan isi hati. Ataupun anda sendiri tidak tahu apa perasaan anda ketika itu? Jatuh cinta pada si dia atau sebaliknya.

Tanda2 seseorang jatuh cinta

  • Anda rasa anda seperti kenal dia sudah lama, sedangkan anda baru sahaja kenal dengan si dia.


  • Anda dapatkan rasa keserasian yang timbul antara anda dan dia.
  • Anda rasa begini kerana anda tertarik sepenuhnya pada dia.
  • Anda mula dahagakan senyuman dari si dia.
  • Jantung anda berdebar2 saat dia ada di sisi anda.
  • Anda  boleh bekerjasama dengan dia.
  • Anda juga rela bekorban untuk dia.
  • Anda berdua mempunyai rasa yang sama iaitu mempunyai minat yang sama dan secara perlahan – lahan, anda mula luahkan apa yang anda rasa kepada dia.


  • Anda sentiasa teringatkan dia. Bahkan segala perkara yang anda lakukan, anda kaitkan dengan dia.
  • Anda hanya nampak sifat baik dia sahaja. Walaupun anda tahu dia ada sikap jahat, anda menolak sikap jahat tersebut dan sedia menerima dia seadanya.
  • Anda rasa tenang dan rasa lebih yakin apabila bersama dengan dia.
  • Anda mula ketagih untuk luangkan masa bersama – sama dengan dia. Walaupun anda sibuk, anda tetap cuba mencari masa.
  • Tiba – tiba sahaja anda minat untuk dengar lagu cinta.
  • Anda mula membayangkan masa hadapan anda berdua sebagai pasangan hidup.
  • Anda juga mula merencana pelbagai aktiviti untuk di lakukan bersama – sama.
  • Anda mula rasa sayang teramat pada dia.


  • Mula timbul perasaan cemburu yang amat sangat apabila dia berbual2 dengan wanita lain.
  • Anda mula berkongsi perkara yang berlaku dalam hidup anda dengannya.


Seandainya anda merasa perasaan seperti di atas, itu tandanya anda telah jatuh cinta kepada si dia. Jangan buang masa lagi, ungkapkan perasaan itu pada si dia. Jangan sampai terlambat pula, nanti melepas...






Project Pop - Jatuh Cinta

Siapa jatuh cinta…
Pasti lagi in love…
Kata titik puspa…
Berjuta rasanya lho . . .
Biar siang biar malam…
Terbayang wajahnya…

Kalau jatuh cinta…
Bisa bikin gila…
Semua enak di makan…
Sambil la la la la…
Biar hitam biar putih…
Manislah tampaknya…

Dia jauh aku cemas tapi hati rindu…
Dia dekat aku senang tapi salah tingkah…
Dia aktif aku pura-pura jual mahal…
Dia diam aku cari perhatian…
Oh repotnya…

Jatuh cinta berjuta indahnya…
Di pandang di belai…
Amboi… rasanya…
Jatuh cinta berjuta nikmatnya…
Menangis tertawa…
Karena jatuh cinta…

Oh…asiknya…
Oh…indahnya…
Oh…senangnya… 



Jumaat, 15 Jun 2012

Rahsia Cinta Lelaki


Terdapat segelintir kaum wanita yang sudah serik untuk menjalinkan hubungan serius dengan kaum lelaki setelah beberapa kali dikecewakan. Memang kekecewaan itu adalah perkara yang amat menyakitkan tetapi sudah menjadi lumrah dalam percintaan bahawa setiap perhubungan tidak semestikan akan berakhir dengan perkahwinan. Percayalah, seandainya dia di takdir untuk anda, satu saat anda pasti akan memiliki dia juga akhirnya. Tetapi, ramai wanita yang kecewa takut untuk jatuh cinta dan memulakan hubungan cinta yang baru.



Adakah anda ingin memegang status ANDARTU? Dan apakah yang harus anda lakukan untuk membuat pilihan yang tepat dalam memilih teman hidup? Apabila seorang lelaki benar2 jatuh cinta dan setia akan pada kekasihnya, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, secara semulajadi akan menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban saja dan melakukan apa jua utk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki, ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk anda. 


Tanda2 lelaki yang jatuh cinta :- 

  • Si dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk anda dgn rela dan bukan kerana terpaksa. 
  • Si dia sentiasa ingin menghiburkan anda dan sanggup berubah demi menyenangi hati anda. 
  • Si dia akan sentiasa dan berulang2 kali memberitahu anda bahawa si dia amat menyayangi anda dengan sepenuh hati. 


  • Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila anda tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. 
  • Si dia berusaha mengongkong kebebasan anda kerana perasaan cemburunya yang meluap2. 
  • Si dia sentiasa takut kehilangan anda. 


  • Si dia sentiasa mengawasi pergerakan anda kerana si dia sentiasa berasa curiga dan takut jika anda dikacau lelaki lain. 
  • Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan anda.
  • Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu anda melayannya lebih dari orang lain. 
  • Si dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu anda melakukan apa saja. 
  • Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh anda. 
  • Si dia akan menggelabah apabila anda berjauhan daripadanya terlalu lama. 
  • Si dia sentiasa memastikan keselamatan anda dimana pun jua anda berada. 


  • Si dia mementingkan anda lebih daripada dirinya sendiri. 
  • Si dia kerap bertanya adakah anda mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih sayang antara anda dan dia pudar. 
  • Si dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya. 
  • Si dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan anda walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri. 
  • Si dia membangga2kan anda di depan kawan2nya. 
  • Si dia menganggap anda sebagai orang yang paling dipercayainya. 
  • Si dia tidak akan berlaku curang kepada anda. Tidak sama sekali!! 
  • Si dia sanggup menitiskn air mata demi anda. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. (Tidakkah anda terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi anda?)


Seandainya ada lelaki seperti ini, hargailah cinta si dia kerana cinta si dia begitu agung untuk anda. Berilah diri anda peluang untuk kembali mencintai seorang lelaki. Ketahuilah, bukan semua lelaki suka mempermainkan perasaan seorang wanita.


Isnin, 11 Jun 2012

Bila mencintai, rela untuk didustai...


Bila kita mencintai seseorang, kadang2 kita seakan lupa alam realiti. Apa yang ada dalam fikiran kita hanya dia dan tetap hanya dia. Kita akan sedaya upaya mempertahankan hubungan cinta agar tidak musnah. Tetapi sampai bila dapat bertahan jika hanya kita sahaja yang cuba untuk bertahan sedangkan dia buat tak endah saja tentang perasaan kita.


Ada sesetengah dari kita tahu si dia curang dengan perempuan lain, mengikut kawan2nya merempit, berjudi dan banyak lagi. Bila di tanya, macam2 alasan yang si dia berikan untuk menafikan perbuatannya. Hanya kerana takut kehilangan si dia, kita hanya membiarkan sahaja si dia melakukan sesuka hatinya. Sampai bila kita dapat menerima perlakuan si dia? Kalau masa bercinta si dia sudah berperangai begitu, apalagi apabila sudah berumahtangga nanti. Mungkin lebih teruk lagi perangainya.


Sebagai insan yang lemah, hati kita terlalu lembut apabila kita mencintai seseorang. Walaupun kita tahu si dia banyak keburukan tetapi sedaya upaya kita menutup segala keburukannya dengan hanya memandang kelebihan yang ada pada dia. Tetapi sampai bila kita mampu bertahan sekiranya si dia tetap tidak berubah? Dapatkah kita mengharungi hidup di masa akan datang dengan berpegang pada prinsip “ aku mencintai dia dan aku akan menerima dia seadanya ” ataupun “ cinta aku pada dia adalah segala2nya bagi aku ”.


Kita harus berfikir sebelum melakukan sesuatu. Jangan hanya kerana terlalu mencintai si dia, kita biarkan si dia berbuat apa saja terhadap kita. Jangan kerana terlalu sayangkan si dia, kita membutakan mata dan hati kita dan sanggup menghancurkan masa depan kita. Perjalanan hidup kita masih panjang dan janganlah kita persiakan hanya kerana CINTA si dia yang palsu itu. Yakinlah, kalau si dia mencintai kita, dia tidak mungkin akan melakukan sesuatu yang menyakiti hati kita dengan 1001 pembohongan dan 1001 alasan.

Kita selalunya akan mengalah apabila berdepan dengan masalah cinta. Kadang2 kita hanya membiarkan pasangan kita melakukan apa saja asalkan dia bahagia walaupun hati kita terluka. Oh, tidak! Bayangkan, ada sesetengah dari orang sangup membiarkan pasangannya berlaku curang daripada pasangannya itu meninggalkannya. Demi kerana sayang dan cinta, sangup butakan mata dan hati untuk dikhianati. Dimana nilainya cinta andai itu yang berlaku...?


Hayatilah lagu Kirey - Rindang Tak Berbuah yang begitu menyentuh hati...



Kirey - Rindang Tak Berbuah 

Seikat janji seikat dusta…
Bagimu sama rasanya…
Namun ku tak berpihak…
Karna cinta butalah mataku…

Diatas rindu rela kulakukan…
Mendaki mahligai dosa…
Sayang pengorbananku…
Kau jadikan permainaaan…

Cinta tulus mulus…
Kusembahkan padamu…
Kini tiada arti…
Bila semua kau ganti hinaaan…

Kekasih demi cinta kita…
Mata telinga mulut kututup semua…
Kekasih demi rindu kita…
Semua segala rintangan tlah kucoba…

Apalagi yang harus kulalui…
Bungaku layu dilembah madu…


Rabu, 18 April 2012

Tunjukkan Rasa Cinta Pada Si Dia


Cinta perlu sentiasa di pupuk kerana rasa cinta boleh hilang di telan masa. Jika anda tidak memupuk rasa cinta, hubungan anda dan pasangan anda akan mula kebosanan dan hilang arah. Akhirnya, anda berdua akan berpisah. Untuk memupuk rasa cinta, anda perlu tunjukkan rasa cinta pada pasangan anda.


Tips cinta 

  • Hantar bunga atau hadiah secara mengejut kepada pasangan anda sebagai tanda sayang. Anda juga boleh beri hadiah atas dasar perhargaan. 
  • Apabila anda jumpa dia, anda sentiasa hadiahkan senyuman. Senyum menandakan anda senang hati dan gembira apabila bersama dengan dia. Jadi, rasa cinta itu sentiasa akan ada dalam hati masing – masing. 


  • Selalulah menulis nota – nota cinta untuk di beri pada pasangan anda. Anda boleh beri ketika anda berjumpa atau anda curi – curi selitkan nota tersebut pada poket dia, di kereta dia atau di beg dia. Apabila dia terbaca, dia pasti akan terharu dan bertambah cinta. 
  • Sentiasa jaga penampilan untuk kekasih anda. Jadi, dia akan berbangga dengan penampilan baik yang anda ada. 
  • Sekali sekala anda berikan pasangan anda makanan yang anda masak sendiri. Dia pasti terharu dengan tindakan anda. 


  • Jangan lupa ungkapkan juga kata-kata cinta kepada dia. Tidak salah kalau sekali – sekala ucapkan “ I Love You ”. Tapi janganlah over sangat sampaikan si dia meluat pulak. 
  • Apabila pasangan anda ingin berbicara tentang sesuatu, anda jadilah pendengar setia dia. Berikan dia semangat untuk terus maju dan berjaya. 
  • Sentiasa cakap pada dia bahawa anda sangat sayangkan dia dan cintakan dia. 


  • Jika ada masa lapang, anda luangkan masa sehari suntuk bersama – sama. 


Pasangan anda tentu akan berasa anda adalah yang terbaik untuk dia sekiranya apa yang anda lakukan memikat hati dia dan dia tentu akan merasa bertuah memiliki anda.