Sirna Cintaku...

Sabtu, 23 Jun 2012

Lelaki Menjadi Buruan Wanita


Jika ingin memikat wanita, lelaki akan memandang pada kecantikan, pribadi serta status sosialnya. Bagi wanita pula, mereka mempunyai beberapa kriteria tersendiri dalam memilih seseorang lelaki untuk dijadikan sebagai pasangan. Wahai lelaki, adakah anda memiliki beberapa kriteria ini untuk meraih perhatian wanita? Adakah anda tersenaraikan dalam ciri-ciri lelaki yang menjadi dambaan wanita.

Percaya diri

Keyakinan diri adalah kualiti penting sering yang dicari oleh wanita. Lakukan sesuatu perkara itu dengan terbaik. Paling penting, jangan memperkecilkan kelemahan diri sendiri. Ada yang menyerah kalah sebelum berbuat apa-apa. Ini bukan sifat lelaki yang sejati. Sebaliknya anda harus berikan alasan kukuh, kenapa anda tidak boleh lakukan. Penting untuk berlatih bersungguh tanpa mengenal erti putus asa dan sentiasa berfikiran positif. 

Kelakar 

Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat buat. Sifat semula jadi kaum wanita adalah mereka sering berada dalam situasi emosi yang tidak stabil, jadi di sini peranan lelaki dalam menceriakan kembali diri mereka. Ingat untuk menjadi seorang yang kelakar tidak semestinya anda membuat lawak bodoh.


Romantik 

Wanita sebenarnya menginginkan seorang yang romantik. Tapi romantik bukannya gatal atau miang. Lelaki yang romantik adalah pandai mengambil hati dan bijak menggunakan kata-kata, suka mengambil berat dan penyayang. Ia menjadi salah satu aspek yang menarik perhatian wanita. Biar pun mereka kelihatan agresif namun dalam hal teman lelaki kebanyakannya memilih yang romantik. 

Wang 

Tidak disangkal lagi bahawa wanita adalah materialistik atau mata duitan. Mereka mahukan lelaki yang berjaya dan mempunyai wang yang banyak. Selain bekerja, anda juga boleh bergaul dengan orang kaya atau ternama yang mungkin boleh membantu anda menjadi kaya suatu hari nanti. 

Bijak 

Wanita sering mengimpikan seorang lelaki yang berpendidikan dan bijak. Jika anda berasakan anda kurang bijak, mungkin anda boleh melanjutkan pelajaran. Luangkan masa anda mendengar berita dan rajin mengisi teka silang kata supaya tampak berilmu. Wanita suka lelaki yang bijak dan suka membaca.


Sensitif 

Setiap kali pasangan anda bercakap, berilah perhatian sambil memandang bola mata hitamnya. Malah mungkin anda boleh berkata “ saya memahami perasaan awak”. Namun anda jangan pula terlalu sensitif kerana sebagai tempat berlindung tentulah mereka memerlukan pohon yang kukuh. 

Suka kanak-kanak 

Wanita menganggap seorang lelaki yang bijak adalah berpengetahuan luas dalam semua bidang termasuk menjaga kanak-kanak. Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Apabila si dia membelai kanak-kanak yang ditemuinya, anda memberikan perhatian kepadanya. Setelah itu, anda pula mendukung sambil kanak-kanak itu menunjukkan bahawa anda seorang yang sukakan kanak-kanak. Ini membuktikan anda layak menjadi bapa yang penyayang.


Menjaga penampilan diri 

Lelaki juga perlu mengambil tahu dalam merawat atau memanjakan tubuh. Bagi yang mempunyai berkulit berminyak, lakukan perawatan bagi mengelakkan jerawat atau penyakit kulit yang lain. Selain berpakaian kemas dan sesuai, kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan. Kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih. Pendek kata, kebersihan tubuh mesti dijaga kerana ia memberikan kesan kepada hubungan anda.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan