Sirna Cintaku...

Selasa, 17 Julai 2012

Hati Terluka, Jiwa Merana...


Andai kata cinta itu nafas, pasti anda ingin hidup selama-lamanya. Andai kata cinta itu indah pasti anda selalu ingin memandangnya. Namun bila cinta itu luka, anda pasti merasakan kelukaan yang amat pedih. Namun terluka kerana cinta itu bukanlah halangan untuk meniti sebuah kebahagiaan. Tetapi apabila sering di lukai, tentu anda merasakan cinta itu seolah tiada maknanya. 

Arghh! Sakit hati dengan si dia. Pelbagai persoalan pasti bermain di fikiran anda. 

“Aku juga yang dipersalahkan, semuanya tidak kena” 

“Apa salah aku?” 

Kadangkala anda sendiri bingung dan keliru. Setiap hari anda dihadiahkan dengan tangisan dan kelukaan. Kata-kata yang keluar dari bibirnya betul-betul menghiris perasaan anda. Sebagai seorang kekasih sudah tentu anda inginkan perhubungan tersebut berada dalam keadaan baik bukan? Jadi cuba kita selongkar apa yang perlu anda lakukan. 

Selami Hati Dan Perasaan

“Huh! Sikit-sikit nak merajuk, menyampah!” 

Haa, kebiasaannya kenyataan ini pasti akan terungkap bila mana si dia mulai bosan dengan cara anda. Sebenarnya si dia tidak tahu dan tidak mahu menyelami hati dan perasaan anda. Sekiranya si dia individu yang teliti sudah tentu anda akan dipujuknya.Sebagai pasangan kekasih, anda dan si dia perlu belajar untuk memahami di antara satu sama lain. Jangan anda ingat, si dia sahaja yang perlu memahami anda bahkan anda sendiri juga perlu memahami dirinya. Apabila anda dan si dia saling memahami, permasalahan seperti ini akan berkurangan. 

Belajar Jujur Pada Pasangan

Adakah selama ini anda bersikap jujur dengan si dia? Cuba anda fikirkan sejenak.Selama anda berhubungan ada atau tidak anda merahsiakan sesuatu daripada pengetahuan dirinya. Sekiranya ada, anda orang pertama yang perlu belajar menjadi jujur kepada pasangan. Jika anda mahukan si dia berlaku jujur dengan anda, anda yang perlu mulakan langkah itu. Apabila terpalit sedikit penipuan di dalam perhubungan tersebut ini bermakna anda dan si dia belum mampu untuk mengendalikan perhubungan tersebut. Persengketaan sering kali berlaku bila mana anda dan si dia tidak berlaku jujur.Cuba anda renungkan dan muhasabahkan diri sendiri. 

Tidak Terlalu Hipokrit 

“Em, tak mengapalah. Saya faham Sayang sibuk...

Sayang jangan bimbang saya boleh makan sendiri...” 

Kata-kata ini yang selalu hadir dan bermain di bibirnya. Kadangkala anda terfikir sama ada si dia benar-benar memahami kerja anda atau sebaliknya.Tatkala persengketaan berlaku mulalah si dia menyalahkan anda dan anda juga seperti itu. Akhirnya ketidakpuasan hati di antara anda terbongkar jua. Rupa-rupanya selama ini anda mahupun si dia hanya berpura-pura memahami antara satu sama lain. Waktu inilah masing-masing mahu menarik diri lalu memutuskan perhubungan tersebut. Belajarlah untuk tidak terlalu hipokrit! 

Hargai Setiap Pengorbanannya

Tolong hargai setiap pengorbanan yang telah si dia lakukannya.Mungkin jarang sekali anda bertemu dengan lelaki sepertinya yang sanggup lakukan apa sahaja demi anda? Susah bukan ingin mencari kekasih seperti ini? Si dia sanggup berpanas dan berhujan demi anda, baginya anda sangat berharga seperti emas.Hilangnya anda meranalah si dia dan berkelanalah sidia tanpa ada pendayung yang menjadi kekuatannya.Lihatlah betapa pentingnya anda dalam hidupnya. Maka untuk apa anda mencetuskan perbalahan sehingga menimbulkan kesengsaraan? Fikir-fikirkanlah, jangan sampai keputusan itu menjerat diri anda sendiri, takut nanti anda juga yang merana. 

Jangan Memperbesarkan Masalah

Aduh! Hal remeh pun anda ingin perbesarkan? Susah betul nak berkompromi, anda semahu-mahunya ingin mempertahankannya juga. Anda perlu ingat, hal yang kecil seboleh-bolehnya diselesaikan dengan cara yang paling berhemah.Sekiranya anda terlalu beremosi, inilah padahnya!Anda akan mencari kesalahannya, kemudian bergaduh sampai anda sendiri yang tertekan dan akhirnya menangis teresak-esak. Padahal anda boleh mencari jalan bagaimana untuk mengatasi masalah ini dengan cara yang baik. Anda perlu profesional, jangan sampai si dia mengangkat kaki dan melangkah pergi daripada hidup anda. Saat itu siapa yang akan merana? Anda jawablah sendiri. 

Menuding Jari Tanpa Sebab

Inilah masalah orang bercinta. Anda sendiri mengakuinya bukan?Cuba anda fikir ada atau tidak selama ini anda dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain? Mestilah ada, kalau tidak anda dan si dia tidak akan bercakaran sampai membawa kepada kata putus.Waktu itu anda sendiri boleh mengagak apa yang akan berlaku. Mulalah menangis tidak tentu arah, pandang kanan salah malah pandang kiri pun serba tak kena. Aduh! Jiwa kacau macam ini.Jadi untuk mengatasi masalah ini, anda jangan terlalu menuding jari tanpa sebab, selidiki terlebih dahulu. Jangan anda hentam kromo sahaja! Padah yang menanti anda nanti. 


Jika kita tidak mahu di lukai dan kecewa, pastikan kita menjaga cinta itu sebaiknya. Barulah boleh dikatakan CINTA itu indah...


2 ulasan:

  1. Cinta itu fatamorgana.
    Tidak ada uang tidak ada cinta.
    Harus ada kecocokan antar keduanya kalau tidak hidup mereka pasti bERANTAKAN.
    Hati tidak pernah terluka hanya terlalu peka saja.
    Salam
    [http://lasealwin.info/]
    [http://lasealwin.blogspot.co.id/]

    BalasPadam
  2. Cinta itu fatamorgana.
    Tidak ada uang tidak ada cinta.
    Harus ada kecocokan antar keduanya kalau tidak hidup mereka pasti bERANTAKAN.
    Hati tidak pernah terluka hanya terlalu peka saja.
    Salam
    menang BERSAMA
    hidup adalah PERJUANGAN

    BalasPadam