My Music...

Sirna Cintaku...

Rabu, 29 Februari 2012

Belajar Melupakan Dia


Bila hati sering dilukai dan disakiti, sampai bila harus bertahan lagi. Belum kahwin lagi si dia sudah menyakiti hati anda dan tidak mustahil selepas kahwin pun dia tetap akan menyakiti hati anda malah mungkin lebih teruk dari ini. Walau besar mana cinta anda kepadanya tetapi anda juga harus memikirkan kehidupan anda yang akan mendatang. Apakah anda sanggup bertahan walaupun sering disakiti? Apakah anda sanggup mengorbankan kebahagiaan seumur hidup anda hanya kerana CINTA dia yang tidak seberapa itu? Masih belum terlambat untuk anda mengambil keputusan untuk melupakan dia. Walaupun sulit untuk anda melupakan dia tetapi anggaplah itu sebagai cabaran demi kebahagiaan anda kamudian hari. 

Untuk dapat melupakan si dia dan memula hidup anda yang baru, anda harus mulai berpikir dengan sungguh-sungguh.

Tanyakan hati

Apakah yang anda harapkan dalam hubungan anda bersamanya? Ambil waktu untuk merenung sendiri, apa yang anda inginkan dalam dirinya? Apakah hanya dia seorang yang mampu membuat anda bahagia? Adakah dia dapat menghargai anda? Adakah dia dapat mencintai anda seperti mana anda mencintainya? Sekiranya masa bercinta saja dia tergamak menyakiti hati anda, tidak mustahil selepas berkahwin dia akan melakukan yang lebih teruk lagi.

Apakah si dia mampu memenuhi impian anda?

Setiap pasangan mahukan kebahagiaan yang berpanjangan. Begitu juga dengan anda. Tentu anda impikan sebuah keluarga yang bahagia. Sebuah keluarga yang harmoni. Mampukah dia memenuhi impian anda tersebut? Apakah dia seorang egois, yang tak pernah peduli apa impian dan keinginan anda dalam perhubungan?

Lihat sifat baik dan buruknya

Anda boleh menilai segala kebaikan atau keburukannya. Yang mana lebih banyak? Buatlah daftar mengenai sifat-sifat baik dan sifat-sifat buruknya. Mana yang lebih banyak?

Apakah Si Dia memang mencintai Anda?

Jujurlah pada diri anda, apakah anda merasa si dia mencintai anda dengan sepenuh hatinya? Bagaimana ia menunjukkan cintanya pada Anda? Dengan kata-katakah atau dengan perbuatankah? Adakah dia berusaha demi mempertahankan kebahagiaan anda dengannya?

Bersikaplah terbuka, untuk apa anda sedaya-upaya mempertahankan hubungan dengan orang yang tidak mencintai atau menginginkan anda?


Berikan waktu bagi anda untuk mulai belajar melupakannya 

Buatlah sesuatu yang membolehkan anda melupakannya sedikit demi sedikit.Hindari dari menerima pangilan telefon darinya. Kalau boleh, tukar nombor telefon sekali. Padam semua gambar-gambar yang boleh menginggatkan anda kepadanya. Ikutlah aktiviti apa-apa saja asalkan dari pagi sampai malam anda diisi. Jika anda sibuk, tentu anda tidak sempat memikirkan tentang dia. Sedikit sebanyak anda dapat berfikir bahawa tanpa dia juga anda boleh teruskan hidup

Luahkan perasaan anda

Luahkan perasaan pada seseorang yang anda boleh percayai. Dengan meluahkan apa yang terpendam di hati anda, sedikit demi sedikit hati dan perasaan anda akan lega. 

Buang segala hadiah daripada si dia 

Untuk apa dikenang lagi pada orang yang tak sayang. Buang sajalah apa-apa yang menginggatkan anda kepada si dia. Buang sajalah apa-apa saja pemberian daripadanya sepanjang tempoh percintaan.


Terima hakikat

Belajar untuk terima hakikat dan redha pada ketentuan Ilahi. Anggap saja dia bukan jodoh yang ditakdirkan untuk anda. Mungkin selepas ini akan hadir insan lain yang lebih baik dari si dia. 

Pergi tenangkan fikiran 

Pergilah bercuti untuk menenangkan fikiran. Pilih lokasi yang tidak pernah anda dan dia lawati untuk mengelakan anda terus ingat padanya. 

Berdoa dan bertawakal 

Ingatlah kita dilahirkan hidup secara berpasangan dan sudah pasti ada jodoh untuk kita. Jika bukan hari ini, mungkin esok lusa kita akan berjumpa juga dengan seseorang yang sememangnya ditakdir untuk kita.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan