Sirna Cintaku...

Isnin, 2 April 2012

Jangan Menyampuk Orang Bercakap


Satu hari ketika dalam perjalanan balik ke rumah, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi, aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pergi yang disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara.

"Hei, kau ok ker?" Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga.

"Ok gak ler". Kemudian suara tu bertanya lagi.

"Kau nak gi mana lepas ni??" Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas. 

"Aku nak balik rumah terus nanti" 

Lepas suara tu bertanya lagi, "Bila kau nak gerak ni??"

Aku selamba jer kata, "Lepas ni, aku chow la". 

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata.


"Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodoh sebelah aku ni asyik jawap jer!!! 


Sirna Cintaku : jangan menyampuk time orang bercakap.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan