Sirna Cintaku...

Sabtu, 7 April 2012

Lelaki handsome VS Lelaki tak handsome


Kalau lelaki handsome pendiam...
Perempuan akan cakap : woow, cool giler...
Kalau lelaki tak handsome pendiam…
Perempuan akan cakap : eh…perasan bagus...

Kalau lelaki handsome berbuat jahat…
Perempuan akan kata : nobody's perfect…
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat…
Perempuan akan cakap : memang…muka pun macam penyamun…

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu…
Perempuan akan cakap : wah…machonya, macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu…
Perempuan akan kata : entah2 konco dia, eksen dia nak tolong sebab dia nak pikat aku… 

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik…
Perempuan akan kata : sepadan sesangat...
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik…
Perempuan akan kata : mesti kena bomoh perempuan tu!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih…
Perempuan akan kata : janganlah sedih, kan saya ada…
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih…
Perempuan akan kata : memang patut pun…

Kalau lelaki handsome penyayang binatang…
Perempuan akan cakap : perasaannya halus, penuh kasih sayang…
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang…
Perempuan akan cakap : rupa dia juga tidak jauh seperti tu…

Kalau lelaki handsome bawa BMW…
Perempuan akan cakap : hebat sekali luar dalam…
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW…
Perempuan akan cakap : bang, bos awak mana...?

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar…
Perempuan akan cakap : pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar…
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar…
Perempuan akan kata : nak simpan gambar dia…? mengotorkan memori kad aku jer…

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan…
Perempuan akan cakap : ini barulah gentlemen…
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan…
Perempuan akan cakap : layak jadi waiter, patut begitu....

Kalau lelaki handsome bersedih hati…
Perempuan akan cakap: jangan bersedih, aku sedia menjadi pendengar setiamu…
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati…
Perempuan akan kata : kuat menangis! lelaki ke pondan dia ni?


Sirna Cintaku : Tetapi, tak semua lelaki handsome tu baik dan tak semua lelaki tak handsome itu jahat. Pesanan untuk semua wanita seluruh dunia, kalau hendak memilih pasangan, janganlah hanya memandang paras rupa sahaja….


Tiada ulasan:

Catat Ulasan