Sirna Cintaku...

Selasa, 17 April 2012

Sakit Bang...

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?”

Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin. 

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.” 

Sejak dari tadi bapa mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya. “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”.



Kenali jenis2 sihir


1. Tafriq 

Sihir yang digunakan untuk memisahkan suami isteri. Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.

2. Al-Mahabbah 

Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.

3. Takhayyul 

Sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal. Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.

4. Al-Junun 

Apabila orang yang terkena sihir ini, apabila bercakap matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong. Mereka seperti tiada arah tujuan hidup.

5. Al-Khumul

Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada keramaian, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.

6. Al-Hawatif

Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi.

7. Al-Marad 

Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.

8. Nazif

Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah ( darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid ). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan sehingga berbulan-bulan.

9. Ta’til tawaj

Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat.


Tanda2 terkena sihir

  • Sakit kepala yang luar biasa dan berterusan tanpa sebab klinikal. 
  • Sakit di bahagian perut tanpa sebab. 
  • Terasa ada sesuatu yang mengekori anda. 
  • Terasa ada sesuatu yang melintas di belakang anda. 
  • Sering sesak nafas terutama menjelang waktu maghrib dan tengah malam. 
  • Sering kali mimpi binatang seperti ular, kala jengking dan lain-lain.
  • Dihimpit sesuatu ketika tidur. 
  • Mimpi bayi @ kanak-kanak. 
  • Mimpi ke tempat kotor,sunyi dan menakutkan. 
  • Terasa ada sesuatu yang menyentap kaki ketika tidur. 

Driver Teksi



Kejadian ini terjadi pada malam Jumaat yang lalu kepada Lisa. Kerana terlalu sibuk dan banyak kerja, Lisa tidak sedar hari sudah larut malam. Jam di tangannya menunjukkan pukul 11.00 malam. Ketika ingin pulang Lisa menahan teksi untuk mengantarnya pulang. 

Lisa : Kampung Tanjung Aru, Pak cik…

Pak Cik : Ok, nak…

Sepanjang perjalanan ke Kampung Tanjung Aru mereka hanya diam membisu. Tiada sedikitpun percakapan antara Lisa dan Pak cik teksi, mungkin Lisa merasa kepenatan kerana bekerja sampai larut malam. Setelah 20 minit perjalanan, tiba-tiba Lisa teringat bahawa duit yang dibawanya tidak cukup untuk membayar tambang teksi. Lisa menepuk bahu belakang Pak cik teksi dengan maksud untuk memberitahu supaya berhenti di kedai minyak didepan untuk mengambil duit di ATM. 

Tapi tiba-tiba setelah bahu belakangnya ditepuk oleh Lisa, Pak cik teksi itu secara membabi buta memusing stering teksinya ke kanan kemudian ke kiri sambil berteriak bagai kan orang kena histeria, sampai akhirnya teksi itu merempuh tembok penghadang jalan. Nasib baik Lisa dan Pak cik teksi itu tidak mengalami luka parah.

Pak cik teksi itu kemudian meminta maaf kepada Lisa.

Pak Cik : Maaf ya cik, cik tak apa-apa ya? Kenapa di tepuk bahu saya cik, terkejut setengah mati saya, cik!! 

Lisa : Laaaa, takkan ditepuk bahunya saja terkejut setengah mati..?

Pak Cik : Sebab hari ini hari pertama saya jadi drebar teksi, cik… 

Lisa : Habis tu, sebelum ni apa pekerjaan pakcik? 

Pak Cik : Selama 20 tahun saya jadi Drebar Kereta Jenazah...

Lisa : Patutlah terkejut... [ Ketawa dalam hati ]


Masih adakah cinta sejati?


Lazimnya, setiap wanita ingin mendampingi lelaki yang mencintainya. Kebanyakannya wanita tidak mementingkan pada paras rupa sesorang lelaki tapi lebih kepada keikhlasan cintanya. Cinta suci dari seorang lelaki adalah haruman bagi si wanita untuk terus merasa bahagia disampingnya. Memang agak sukar untuk mencari dan mendapatkan lelaki seperti itu namun ianya pasti ada. Namun sebelum itu, anda perlu pastikan adakah anda layak untuk mendapatkan cinta sejati seperti itu? 


Tip Memperolehi Cinta Suci

Berhenti jual mahal

Untuk membuatkan lelaki yang anda sayang terpikat dengan anda, anda perlu berhenti jual mahal dan bagi si dia ruang untuk hampiri anda. Lelaki selalunya akan mula jauhi wanita yang telalu jual mahal. Ada juga yang tidak pernah putus asa tetapi dia akan mula jauhi anda apabila dia terjumpa wanita yang boleh menerima dia. Berikan dia peluang untuk buktikan cinta dia terhadap anda. Untuk penampilan pertama, jual mahal adalah suatu perbuatan lumrah, tetapi janganlah keterlaluan, anda juga yang rugi dan dijauhi.

Jangan terlalu berharap memiliki lelaki yang sempurna

Lelaki yang sempurna tidak wujud tetapi anda boleh wujudkan lelaki sempurna untuk diri anda. Anda boleh bantu lelaki yang anda suka untuk jadi lelaki sempurna buat diri anda. Dari sini, anda akan dapat cinta yang sejatii dari pasangan anda. Cinta yang sejati juga lahir apabila anda berusaha untuk mencintai si dia dan bukan mengharapkan kesempurnaan dari si dia yang memang wujud secara azali. Kesempurnaan boleh diusahakan dan dikecapi melalui hati dan cinta yang suci.

Sentiasa menjaga penampilan diri

Apabila anda jaga penampilan diri dari segi pakaian dan tutur kata, lelaki akan hormat pada diri anda. Seterusnya lelaki akan mula berminat untuk hampiri anda dan berikan anda cinta yang ikhlas. Jika anda bersihkan diri dan hati anda, anda pasti akan terima cinta yang suci dari seorang lelaki. Tahukah anda, penampilan diri merupakan anjakan awal untuk lelaki berminat dan cuba mendekati anda? Oleh itu, sentiasalah jaga penampilan tapi bukan berlebihan cukup sekadar manis dipandang dan yang paling penting adalah kebersihan. Kebersihan diri dan hati anda akan melahirkan cinta suci yang menjadi tarikan si lelaki.

Berikan peluang pada setiap lelaki yang ingin hampiri anda

Apabila ada lelaki yang ingin menghampiri diri anda, berikan dia peluang untuk mengenali diri anda. Dengan ini, akhirnya anda akan dapat menemui cinta sejati dari lelaki yang benar – benar ikhlas ingin menjaga dan mencintai diri anda. Memang agak sukar untuk menentukan samada si dia mencintai anda dengan hati yang suci atau sebaliknya. Sekira anda mendapat tahu si dia hanya sekadar ingin mempermainkan perasaan anda, tidak salah juga untuk anda meninggalkannya kerana mungkin si dia bukan cinta sejati anda. Memberi peluang adalah lebih baik daripada mengharapkan sesuatu kesempurnaan atau pekara yang tidak pasti. Oleh itu, memberi diri anda dan si dia peluang untuk bersama adalah jalan yang harus anda lalui untuk menemui cinta sejati anda.



Sirna Cintaku : Tentu bahagia kalau saya juga mendapat cinta sejati...hehehe...bila agaknya ekk?




The Potter’s - Arti Cinta Sejati

Aku rasa tlah ku temukan cinta sejati…
Saat aku hilang arah dan tak terkendali…
Di saatku coba bertanya di suatu sisi…
Ku yakin kau cinta mati…

Aku diam bukan berarti aku membisu…
Percayalah ku tercipta hanya untuk kamu…
Di jantungku hanya ada selembar namamu…
Ku yakin kau pun begitu…

Dapatkah kau mengartikan sayapku…
Dapatkah kau mengartikan cintaku…
Peluk dan cium untukmu…
Kau selalu di hatiku…

Dapatkah kau menjadi letak surgaku…
Dapatkah kau menjadi permaisuriku…
Rebahkan sayap-sayap cintamu…
Dan bawalah ku ke damaimu…

Aku rasa tlah ku temukan cinta sejati…
Saat aku hilang arah dan tak terkendali…
Di saatku coba bertanya di suatu sisi…
Ku yakin kau cinta mati…


Bercumbu


Esah yang telah lama tinggal di bandar pulang ke kampung dan bertemu pujaan hatinya, Mamat yang bekerja sebagai petani.

Suatu senja, ketika sedang berjalan-jalan dan menikmati pemandangan kampung, mereka melihat 2 ekor lembu saling menggesek-gesekkan hidung dan.....

Kerana lama memendam rindu, Mamat berkata dengan nada memancing, " Rasanya saya juga teringin melakukannya," sambil memandang Esah dengan manja. Esah tersenyum.

"Silakan," balas Esah " kan lembu-lembu tu milik awak." 


Tsunami


Apakah tsunami?

Tsunami adalah satu siri ombak laut yang merentasi laut dengan jarak gelombang yang sangat panjang dan terhasil apabila berlaku gempa bumi di bawah atau berhampiran dasar laut. Tsunami juga boleh terhasil apabila berlakunya letusan gunung berapi dan tanah runtuh di bawah laut. Di laut dalam, ombak tsunami bergerak dengan kelajuan melebihi 800 km/jam, dan mempunyai ketinggian sebanyak beberapa sentimeter sahaja. Apabila tsunami menghampiri kawasan pantai yang lebih cetek, kelajuan ombak mula berkurangan dan ketinggiannya bertambah sehingga membentuk dinding air dengan ketinggian mencapai puluhan meter.


Di manakah tsunami berlaku?

Setiap wilayah berhampiran laut boleh mengalami tsunami. Walaupun begitu, tsunami yang berskala besar dan sangat berbahaya didapati lebih banyak berlaku di sekeliling Lautan Pasifik dan lautan berhampirannya disebabkan banyak gempa bumi kuat yang berlaku di kawasan itu.

Apakah punca tsunami?

Tidak semua gempa bumi boleh menghasilkan tsunami. Gempa bumi yang berpusat pada kedalaman kurang daripada 70 km di sepanjang zon subduksi boleh menghasilkan tsunami yang sangat berbahaya. Bagi menghasilkan tsunami, pusat gempa haruslah berada di bawah atau berhampiran laut dan menyebabkan pergerakan dasar laut secara menegak dan mendatar (sehingga beberapa meter jaraknya) dalam kawasan yang keluasan sesaran mencapai seratus ribu kilometer persegi. Perubahan dasar laut secara menegak menyebabkan air laut di atasnya berubah dari keadaan keseimbangannya dan seterusnya menghasilkan ombak tsunami. Mekanisma penghasilan tsunami melibatkan jumlah pergerakan dasar laut secara menegak dan mendatar, kawasan di mana gempa terjadi, runtuhan mendapan bawah laut yang berlaku akibat gegaran gempa bumi dan kecekapan pemindahan tenaga gempa dari kerak bumi ke dalam laut.


Apakah perbezaan antara ombak tsunami dan ombak laut?

Ombak tsunami mempunyai jarak gelombang dari puncak ke puncak yang sangat panjang (selalunya melebihi 100 km) di laut dalam. Perbezaan masa di antara setiap puncak gelombang adalah dalam lingkungan kira-kira 10 minit sehingga 1 jam. Tenaga di dalam ombak tsunami tersimpan dari permukaan air laut sehingga ke bahagian dasar laut. Apabila menghampiri pantai, kelajuan tsunami semakin berkurangan. Lantaran itu, tenaga di dalamnya akan menumpu secara menegak (ketinggian ombak bertambah) dan mendatar (jarak gelombang berkurangan).


Apakah “tsunami earthquake”?

Tsunami juga boleh dihasilkan oleh “tsunami earthquake”. “Tsunami earthquake” adalah gempa bumi yang berlaku diikuti dengan tsunami berskala besar walaupun magnitud gempa bumi tersebut adalah lebih rendah secara relatifnya. Ciri-ciri “tsunami earthquake” adalah ia berlaku pada kedalaman yang sangat cetek, sesaran berlaku melebihi beberapa meter jaraknya dan keluasan sesaran yang lebih kecil daripada gempa bumi biasa.Gempa bumi ini juga berlaku secara perlahan, di mana pergerakan di sepanjang sesaran di bawah dasar laut berlaku lebih perlahan jika dibandingkan dengan gempa.


Fakta-fakta Tsunami

  • Ombak tsunami boleh bergerak merentasi Lautan Pasifik dalam masa yang kurang dari sehari.Oleh itu, sangat penting bagi kita mengetahui kewujudan tsunami sebaik sahaja ia terjadi. 
  • Keadaan muka bumi di kawasan perairan dan pantai dapat memberi kesan ke atas saiz dan impak tsunami. Terumbu karang, teluk, kuala sungai, keadaan muka bumi bawah laut dan cerun pantai dapat mengubah bentuk gelombang dan kelajuan tsunami ketika ia menyerang kawasan pantai. 
  • Ombak pertama yang melanda tidak semestinya ombak yang tertinggi dalam siri ombak tsunami. 
  • Tsunami dapat bergerak dari lautan sehingga memasuki sungai. 
  • Ombak tsunami juga dapat bergerak mengelilingi sesebuah pulau. Justeru, ia turut membahayakan kawasan pantai yang terlindung daripada arah punca tsunami. 
  • Dalam keadaan tertentu, paras air laut surut dengan tiba-tiba sehingga mendedahkan dasar laut berhampiran pantai sejurus sebelum kedatangan tsunami.
  • Apabila tsunami melanda, ia dapat membanjiri kawasan daratan sehingga 1 km atau lebih dari pantai. Bahaya tsunami dapat berterusan sehinggabeberapa jam selepas kedatangan ombak yang pertama. 
  • Bahaya dan kebinasaan tsunami adalah kesan langsung daripada tiga faktor iaitu kebanjiran, kesan ombak terhadap struktur binaan dan hakisan. 
  • Puing yang dibawa oleh arus tsunami yang kuat juga menjadi punca bahaya kerana ia boleh menghentam bangunan, jeti dan kenderaan. 
  • Kebakaran yang disebabkan oleh tumpahan minyak atau letupan kapal di pelabuhan atau tangki penyimpanan minyak yang bocor boleh menyebabkan berlakunya kerosakan yang lebih hebat daripada kerosakan yang disebabkan oleh ombak tsunami secara langsung.




Isnin, 16 April 2012

Ayam Yang Macho

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul. Disana ada 25 Ayam betina dan seekor ayam jantan (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah usia. Karena merasa ayam jantan yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jantan lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu dengannya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jantan tua menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah dia mengatur srategi. 


Si ayam jantan tua : Eh, kamu jangan serakah sangat kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku. 

Si ayam jantan muda : Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri. Ko tu dah tua, dah tak larat dah…so semua untuk aku sahaja. 

Si ayam jantan tua : Eh...berlagak betul mamat seekor ni ( ayam jantan tua bercakap dalam hatinya ). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jangan pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku malas nak gaduh2 dengan budak hingusan cam ko ni ( ayam jantan tua menunjukkan eksennya ) so…apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita dengan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini. Yang kalah kirim salam jer la… 

Si ayam jantan muda : Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni…? (ayam jantan muda ketawa sekuat hatinya) 

Si ayam jalak tua : Senang jer pertandingan lumba lari. ( sambil tersenyum kambing )

Si ayam jantan muda : Ok…

Si ayam jantan tua : Lumbanya 400M. Tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter. 

Si ayam jantan muda : Boleh ( dengan penuh keyakinan ) 

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jantan tua lari dulu 50 meter baru ayam jantan muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra yang mengagumkan. Baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jantan muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan. 

Kenapa????? 

Whyyy????? 



[jawapan ada di bawah] 

Kata Pemilik : Kurang ajar. Ini ayam jantan homoseks ni. Asal aku beli ayam jantan selalu dapat yang macam ni. Habis ayam jantan tua aku mau di kerjanya…


NILAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua ( depa banyak trick ye ) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...