Sirna Cintaku...

Rabu, 18 April 2012

Tunjukkan Rasa Cinta Pada Si Dia


Cinta perlu sentiasa di pupuk kerana rasa cinta boleh hilang di telan masa. Jika anda tidak memupuk rasa cinta, hubungan anda dan pasangan anda akan mula kebosanan dan hilang arah. Akhirnya, anda berdua akan berpisah. Untuk memupuk rasa cinta, anda perlu tunjukkan rasa cinta pada pasangan anda.


Tips cinta 

  • Hantar bunga atau hadiah secara mengejut kepada pasangan anda sebagai tanda sayang. Anda juga boleh beri hadiah atas dasar perhargaan. 
  • Apabila anda jumpa dia, anda sentiasa hadiahkan senyuman. Senyum menandakan anda senang hati dan gembira apabila bersama dengan dia. Jadi, rasa cinta itu sentiasa akan ada dalam hati masing – masing. 


  • Selalulah menulis nota – nota cinta untuk di beri pada pasangan anda. Anda boleh beri ketika anda berjumpa atau anda curi – curi selitkan nota tersebut pada poket dia, di kereta dia atau di beg dia. Apabila dia terbaca, dia pasti akan terharu dan bertambah cinta. 
  • Sentiasa jaga penampilan untuk kekasih anda. Jadi, dia akan berbangga dengan penampilan baik yang anda ada. 
  • Sekali sekala anda berikan pasangan anda makanan yang anda masak sendiri. Dia pasti terharu dengan tindakan anda. 


  • Jangan lupa ungkapkan juga kata-kata cinta kepada dia. Tidak salah kalau sekali – sekala ucapkan “ I Love You ”. Tapi janganlah over sangat sampaikan si dia meluat pulak. 
  • Apabila pasangan anda ingin berbicara tentang sesuatu, anda jadilah pendengar setia dia. Berikan dia semangat untuk terus maju dan berjaya. 
  • Sentiasa cakap pada dia bahawa anda sangat sayangkan dia dan cintakan dia. 


  • Jika ada masa lapang, anda luangkan masa sehari suntuk bersama – sama. 


Pasangan anda tentu akan berasa anda adalah yang terbaik untuk dia sekiranya apa yang anda lakukan memikat hati dia dan dia tentu akan merasa bertuah memiliki anda. 




Posmen


Seorang posmen yang datang menghantar surat.

Posmen : Assalamualaikum

Pak Sameon : Walaikumsalam

Posmen : Ni rumah En. Sameon ye?

Pak Sameon : Ya saya…

Posmen : Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni…

Pak Sameon : Buat susah aje encik nie! Apasal tak pos aje…

Posmen itu terus pergi sambil mengaru2 kepalanya.



Perkara Yang Lelaki Suka Tentang Wanita


Bentuk tubuh yang menarik

Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan setiap lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka. 

Selain bentuk tubuh, aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang kemas. Jangan pelik jika ada lelaki yang jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari yang runcing dan kuku yang bersih. Ini kerana selera setiap individu itu berbeza di antara satu sama lain. 

Sentiasa tersenyum apabila berbicara

Wanita yang sentiasa senyum juga mampu melembutkan hati sang teruna untuk jatuh cinta. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda ‘tidak betul’ pula. 

Sentiasa merendah diri 

Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain. 

Lemah-lembut

Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Sememangnya sebagai seorang lelaki, mereka mengimpikan pendamping yang sentiasa bersifat lemah-lembut. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan. 

Jujur

Jujurlah anda dengan teman lelaki atau suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu. 

Penampilan yang sederhana 

Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu bukan segala-galanya bagi seorang lelaki. Lelaki tidak akan memilih wanita untuk di jadikan pasangan hidup hanya kerana kecantikkan luaran sahaja. Apa yang penting, luaran cantik dan dalaman haruslah cantik juga. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya. 

Jangan perasan 

Walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik, anda janganlah terlebih pulak. Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Jangan pula semakin meninggikan diri dan perasan lebih. Si dia pasti bangga dengan sikap itu.


Bermanjalah dengan si dia 

Selalunya apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah bermanja-manja dengan si dia. Manja harus kena dengan tempat juga. Tak kan masa si dia tengah marah nak bermanja-manja. Itu bala namanya. 

Bijak menyesuaikan diri 

Anda juga harus bijak menyesuaikan diri di dalam apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di majlis-majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personality anda.

Jangan bercakap hal yang remeh-temeh 

Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia. Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat. 

Matang 

Bersifat matanglah apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia. 

Jangan bandingkan si dia dengan lelaki lain

Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain ataupun dengan bekas kekasih anda. Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi.


Menjadi sahabat padanya

Jadilah sahabat kepada si dia sama ada di waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. 

Jadilah pendengar yang setia 

Jangan sekali-kali memotong percakapan apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak mahu mendengar apabila dia berbicara.


Pandai membelai 

Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat suka apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai. 

Jangan terlalu ingin menguasai 

Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak kepada lelaki. Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara. 

Tunjuk sikap prihatin 

Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda. 

Berdikari 

Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri. 

Tegas 

Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. Jangan sesekali lemah dan membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang tegas dan tidak mudah mengalah.

Terus-terang 

Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda. Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan. 

Bagi sedikit kebebasan 

Berikan sedikit kebebasan kepada si dia. Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka yang lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda.


Menjaga hati 

Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman-teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan sampai bila-bila. 

Jangan merasa diri sempurna 

Jangan tunjukkan dan merasa diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yang dilakukannya. 

Pandai memasak

Terasa pelik apabila seorang perempuan itu tidak tahu memasak. Si dia pasti akan semakin sayang apabila anda pandai memasak. Lebih-lebih lagi apabila teman-temannya memuji masakan yang andai masak sedap. 

Berpendidikan 

Bukan bererti perlu mempunyai segulung ijazah dari mana-mana universiti tetapi cukup menonjolkan sikap rasional dan berfikiran positif bersama pasangan anda. Tonjolkan sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. Paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah.




P lahhh…


Ada seorang pak cik tua yang baru saja lulus lesen kereta. Jadi, mengikut undang-undang, stiker berhuruf " P " hendaklah dilekat pada kereta sekiranya seseorang baru dapat lesen. Pada suatu hari, pak cik tua itu hendak ke Bandar dan dalam perjalanan ada polis roadblock.

Polis : "P" mana pakcik?

Pak Cik : P Aloq Staq ( loghat Kedah ).

Polis : Pak cik nak bergurau pulak. "P" mana pak cik?

Pak Cik : Aku nak p Aloq Staq. ( Dah mula naik angin ).

Polis : Amboi, main-main pulak pakcik ( tersengih ). Pak Cik, "P" mana?

Pak Cik : Aku habaq Aloq Staq hangpa tak percaya. Apa hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi aloq staq. Hangpa jadi polis pun hangpa jangan nak perleceh aku tau ( marah ).

Polis : Pi pi pi pi lah ... nyusah aje...

Pak Cik : kan mudah camtu...


Selasa, 17 April 2012

Batu Karang



Batu karang dalam ginjal?

Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia. 

Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu karang tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar. 

Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera. 

Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya. 

Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi. Dalam kebanyakkan kes batu karang dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita. 

Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor anda. 

Apakah tanda-tandanya?

Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar. 

Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera. 

Bagaimana batu dalam ginjal itu diubati?

Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan sesuatu kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian. Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit ini. 

Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu. 

Adalah penting diingatkan bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.

Tanda-Tanda Batu Karang Dalam Ginjal

1. Rasa pedih ketika kencing

2. Rasa loya ( mual ) & muntah tanpa sebab

3. Rasa seperti pasir berada dalam badan

4. Air kencing kotor & berbau busuk

5. Rasa sakit di kawasan pinggang

6. Rasa sakit pada alat sulit


Rawatan Batu Karang Dalam Ginjal

1. Peringkat Awal - Perubatan Biasa

2. Peringkat Kedua - Pembedahan / Lithotritpsy

3. Peringkat Serius - Dialisis / Pemindahan Buah Pinggang 


Kesan Pemecahan Batu Karang

Bidang perubatan boleh menghancurkan batu karang, tetepi serpihannya akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat ketika hendak keluar melalui saluran kencing. Jika batu itu tersekat, pembedahan terpaksa dilakukan. 


Kesan Pemindahan Buah Pinggang

Secara teori, pemindahan buah pinggang nampak mudah iaitu dengan manggantikan buah pinggang lama dengan yang baru. Namun masalah akan timbul jika tubuh pesakit tidak serasi dengan buah pinggang yang baru. 



Batu Karang Dalam Hempedu 

Cholelithiasis atau batu karang dalam pundi hempedu semakin menular dikalangan kita kerana pemakanan yang tidak seimbang. Faktor diabetes, masalah thyroid(hypothyroidism) dan jangkitan parasit juga menjadi penyebab penyakit ini.

Tanda-Tanda Batu Karang Dalam Hempedu

1. Sakit / kembung dibahagian kanan perut
2. Rasa sakit bila ditekan pada tepi ulu hati
3. Rasa sakit di hempedu ketika menarik nafas
4. Rasa loya & muntah tanpa sebab
5. Badan rasa tidak bermaya
6. Kurang selera makan
7. Demam 

* Tanda-tanda ini kerap berlaku selepas beberapa jam memakan makanan berminyak

Kesan-Kesan Batu Karang Dalam Hempedu

1. Kerosakan Hati & Pankreas
2. Hepatitis B (demam kuning)
3. Kematian

Rawatan Batu Karang Dalam Hempedu

Pembedahan membuang pundi 


Cara Mengatasi Penyakit Batu Karang 


1) Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing 


2) Elakkan minuman yang manis terutama minumam berkarbonat. 

3) kekurangan vitamin B6 dan potasium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, makanan berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang dapat membantu mengurangkan masalah ini.


4) Elakkan makanan yang kaya asid oksalk seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh. 

5) Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan makanan yang manis. 


6) Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan berserat. 

7) Kurangkan sumber protein haiwan, sebaiknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan. 


8) Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.



Cuti sekolah


Pada pagi yang ceria di dalam kelas darjah 3 Anggerik, Cikgu Roslina bertanya pada anak muridnya kemana mereka ingin pergi bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah yang akan datang.

Cikgu : Siti pada musim cuti sekolah nanti kamu nak pergi kemana ?

Siti : Saya nak balik kampung atuk saya di Pahang.

Cikgu : Kamu Ramli?

Ramli : Saya nak pergi Genting Highland.

Cikgu : Kamu Ahmad?

Ahmad : Saya teringin nak pergi bulan la cikgu.

Semua murid-murid ketawakan Ahmad.

Cikgu : Ahmad.. kalau nak pergi bulan kena jadi angkasawan dulu...ok. Kamu pula Adam?

Dengan semangat Adam menjawab.

Adam : Saya nak pergi Matahari...

Cikgu : Adam, matahari kan panas mana ada manusia pergi sana....

Adam : Pergi malam la cikgu...

Cikgu : ???!!!


Malas ke Sekolah


Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Karim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah. 

Ibu : Karim... Karim...bangun nak. Pergi sekolah, nanti terlambat lagi... 

Karim : Alahhhh mak… Karim tidak mahu pergi ke sekolah! 

Ibu : Apa? Tidak mahu pergi sekolah??? Baik… Karim berikan emak dua sebab mengapa Karim tidak mahu ke sekolah…

Karim : Semua murid-murid tidak sukakan Karim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Karim! 

Ibu : Itu bukan alasan bagi Karim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang! 

Karim : Baiklah, sekarang emak pula berikan Karim dua sebab mengapa Karim mesti pergi ke sekolah. 

Ibu : Eh...eh...bertuah punya anak! Karim dengar baik-baik, pertama Karim sudah berusia lima puluh tahun. Kedua Karim kan PENGETUA SEKOLAH!!!

Karim : ?!!! ( Lupa pulak )