Sirna Cintaku...

Isnin, 2 April 2012

Jam Dinding

Suatu hari, ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya. Semua orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Satu hari, anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.
Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk pandai lah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya. 

Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahukepada anak-anak buahnya.

"OOOO...patutlah tak jalan. Drebarnya mati tershepittttt....!!"




Kejadian Seram di Wad ICU


Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka. Perkara ini sangat membingungkan doktor-doktor yang bertugas di situ. Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut. 

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya, beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut. Seorang pesakit lelaki sedang tidur di katil misteri itu. Masa berputar, pukul 08:00am, 08:30am sehingga jam 9.00 am. 

Tiba-tiba, pintu bilik ICU itu terbuka. Kemudian masuklah Makcik Bedah, seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat. Masuk dan mendekati katil misteri tersebut kamudian terus mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan plug vacum cleanernya.



Jangan Menyampuk Orang Bercakap


Satu hari ketika dalam perjalanan balik ke rumah, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi, aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pergi yang disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara.

"Hei, kau ok ker?" Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga.

"Ok gak ler". Kemudian suara tu bertanya lagi.

"Kau nak gi mana lepas ni??" Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas. 

"Aku nak balik rumah terus nanti" 

Lepas suara tu bertanya lagi, "Bila kau nak gerak ni??"

Aku selamba jer kata, "Lepas ni, aku chow la". 

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata.


"Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodoh sebelah aku ni asyik jawap jer!!! 


Sirna Cintaku : jangan menyampuk time orang bercakap.


Mamak Happy dapat baby


Suatu hari, Salim minum teh tarik di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.

Salim : Apa yang suka sangat ni, Mamak?

Mamak : Saya punya bini call dari India mari…

Salim : Dia cakap apa? Tentu berita baik punya… 

Mamak : Dia cakap sudah beranak. New baby! Ayoyo.... saya banyak happy la…

Salim : Tahniah, Mamak! Ini kena balik India cepat ni…

Mamak : Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.

Salim : Haaaa?????????????


Apa sebenarnya Easter Day?


Apa sebenarnya Easter Day?

Hari Easter merupakan hari di mana penganut agama Kristian mempercayai bahawa pada hari itu Jesus Christ telah dihidupkan kembali (dibangkitkan). Hari Easter atau dengan nama lain sham al-nasim dll turut dikongsi sama perayaannya oleh bangsa Firaun kuno, Yunani kuno, Yahudi dll yang berlaku perkembangan dan perubahan. 

Aktiviti mewarnakan telur dengan warna merah (walaupun kini telah diwarna warnikan) itu melambangkan darah Jesus Christ. Justeru, merayakan Hari Easter dan menjayakannya adalah bertentangan dengan akidah Islam. Adapun hukum memakan telur itu tidak dibolehkan dan seboleh mungkin jangan diterima langsung pemberian telur ataupun barang-barang lain yang berkaitan dengan perayaan Hari Easter ini kerana:

  • Barang-barang tersebut adalah syiar perayaan Hari Easter. 
  • Mereka (penganut agama tersebut) memakannya sebagai ibadat. 
  • Perbuatan menerima, memakan akan menyebabkan kita tasyabuh. (Bersikap menyamai mereka) dan seolah-olah membenarkan agama mereka. 

Firman Allah SWT di dalam surah al-Kafirun yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku." Wallahualam. 


Ahad, 1 April 2012

Pameran Sempena Happy Easter Day di Boulevard Miri




















Tengok Wayang Kat Merdeka Mall

Tengok cerita " John Carter "



Permandangan dari atas bangunan Merdeka Mall











Kesiannyer tengok kucing terbiar. Ada staff di Food Stop Merdeka Mall yang meninggalkan makanan untuk kucing. Semoga murah rezeki orang itu ekkk...