Sirna Cintaku...

Khamis, 5 Januari 2012

Regatta Sibuti 2011


























Reggata Sibuti kembali lagi pada tahun ini setelah menyepi selama 10 tahun. Kali terakhir sukan rakyat itu dianjurkan ialah pada tahun 2001 . Sungai Sibuti, Bekenu kembali meriah dengan penganjuran perlumbaan perahu Regata Sibuti yang dilancarkan semula tahun 2011. Bagi penduduk luar Miri, pekan Bekenu terletak 45 minit - 1 jam perjalanan dari pusat bandar raya Miri. 

Lihatlah kemeriahkan sambutan Regatta Sibuti 2011 pada 17 – 20 November 2011 di Waterfront Esplanade Bekenu.


Taman Tumbina Bintulu, Sarawak



















Taman Tumbina amat terkenal di Bintulu. Taman Tumbina menjadi tumpuan pelancong serta penduduk tempatan pada hujung minggu dan ia juga mempunyai keunikannya tersendiri. Taman Tumbina juga pernah dikenali sebagai :


· Mini Zoo ( Tahun 1990 – 1991 )

· Taman Burung ( Pertengahan Tahun 1991 )

· Taman Hidupan Liar ( Hujung Tahun 1991 – 1993 )

· Taman Tumbina Bintulu ( Sejak 1993 )


Waktu Operasi :

Jam 9.00 pagi - 4.30 petang 


Bayaran Masuk :

RM2.00 / Dewasa
RM0.50 / Kanak-kanak dan Budak Sekolah


Taman Buaya Miri, Sarawak

Selamat Datang Ke Taman Buaya Miri



























Taman Buaya Miri terletak kira-kira 20 minit dari bandar raya Miri sememangnya menjadi tumpuan pelancong pada hujung minggu dan ia juga mempunyai keunikannya tersendiri. Selain menjadi taman buaya pertama dan terbesar di wilayah utara Sarawak, ia juga menempatkan pelbagai spesies hidupan lain seperti ular sawa, spesies burung, kuda dan pelbagai lagi. 

Bagi sesiapa yang mahu mencuba kelazatan daging buaya juga, pihak taman buaya turut menjualnya pada harga antara RM35 hingga RM95 sekilogram. 

Bahagian ekor buaya - RM60kg 

Badan - RM50kg 

Tulang - RM20kg 

Kaki depan - RM35kg 

Kaki belakang - RM95kg 

Telur - RM12 sebiji 

Mereka yang berminat untuk mengunjungi Taman Buaya Miri boleh menghubungi talian 085-406179 (Ladang) atau 085-650558 (Pejabat) atau melayari laman web : www.crocodile.net.my



Selasa, 3 Januari 2012

Ombak Rindu - Hafiz feat Adira


Adira :

Tuhan tolong lembutkan hati dia…
Untuk terima ku seadanya…
Kerna ku tak sanggup…
Kerna ku tak mampu…
Hidup tanpa dia di sisi ku…

Hafiz :

Tuhan aku tahu banyak dosa ku…
Hanya ingat Kamu kala duka ku…
Namun hanya Kamu yang mampu membuka…
Pintu hatinya untuk cintaku…

Adira :

Malam kau bawalah rinduku…
Untuk dirinya yang jauh dari ku…
Agar dia tidak kesepian...
Selalu rasa ada cinta agung…

Hafiz :

Hujan bawa air mata ku…
Yang mengalir membasuh luka ku…
Agar dia tahu ku terseksa…
Tanpa cinta dia di hatiku…

Hafiz & Adira :

Hanya mampu terserah…
Moga cahaya tiba nanti…

Hafiz :

Tuhan tolong lembutkan hati dia…
Untuk terima ku seadanya…

Adira :

Kerna ku tak sanggup…
Kerna ku tak mampu…
Hidup tanpa dia di sisi ku…


Isnin, 2 Januari 2012

Kisah aku dan DIA


Bila mendengar lagu “Ombak Rindu” nyayian dari Hafiz feat Adira, aku terasa sebak dan teringgat lagi pada DIA. Kerinduan semakin menusuk2 dalam hati. Huhhh!!…apa gunanya rindu seandainya DIA tak pernah lagi merindu? Andai saja aku dapat melupakan DIA dengan sekelip mata, alangkah bahagianya. Tapi…tidak mudah untuk aku melupakan seseorang yang pernah aku sayang dengan begitu mudah. Harap satu saat nanti aku dapat juga melupakan DIA.

Kata orang cinta itu buta. Tapi bukan cinta yang buta, hati kita yang tidak dapat menilai baik dan buruknya sebuah percintaan. Masa masih sayang semuanya indah. Kata2 dan janji2 semanis madu. Tetapi setelah perasaan sayang itu hilang, barulah kita sedar kekecewaan itu sepahit hempedu. Kadang2 kita menyesali sebuah pertemuan, tapi tiada gunanya kerana pertemuan itu adalah takdir-Nya. Tanpa pertemuan kita tak kenal erti cinta, tanpa cinta kita tak tahu erti kecewa dan tanpa kecewa kita tak kan tahu menghargai seseorang. Hargailah seseorang yang menyayangi kita dari mengejar seseorang yang kita sayang kerana orang yang kita sayang belum tentu menyayangi kita seperti kita menyayangi dirinya. 



Ahad, 1 Januari 2012

Selamat Tahun Baru 2012


Selamat tahun baru 2012 kepada semua. Harap azam 2011 semuanya telah kesampaian. Bagi yang belum kesampaian, berusaha lagi. Apa pula azam tahun 2012 pula? Tentu bermacam2 yang kita inginkan dalam kehidupan kita yang mendatang. Harap tahun 2012 membawa sinar baru dalam hidup kita semua. Amin...