Sirna Cintaku...

Jumaat, 6 Januari 2012

Shukie Café














Tadi aku makan kat Shukie Café. Makan nasi ayam dan sayur tauge saja. Kalau kat Shukie Café, aku suka minum Ais Milo Dinasaur. Tiap2 kali aku ke Shukie Café memang itulah minuman kegemaran aku. Emmmm….enaknya. Kalau makan, aku memang tak banyak pilihan. Aku cuma suka makan nasi ayam saja. Sup tulang di Shukie Café pun enak dan lazat. Banyak juga menu lain seperti mee goreng, mee jawa, mee sup tulang dan banyak lagi. Mee kolo ayam juga ada di Shukie Café dengan harga serendah Rm2.90 sahaja. Suasana dalam restoran juga cukup menyenangkan. Wifi pun ada, so dapatlah lepak sambil makan2.


Nak try, datanglah ke Shukie Café. 


Alamat :- 

Shukie Café 
Lot 2369 Ground Floor, 
Piasau Business Park, 
Jalan Bulatan Park, 
98000 Miri, Sarawak. 


Waktu Buka :-

Isnin – Ahad 
9 pagi – 9 malam


Khamis, 5 Januari 2012

Regatta Sibuti 2011


























Reggata Sibuti kembali lagi pada tahun ini setelah menyepi selama 10 tahun. Kali terakhir sukan rakyat itu dianjurkan ialah pada tahun 2001 . Sungai Sibuti, Bekenu kembali meriah dengan penganjuran perlumbaan perahu Regata Sibuti yang dilancarkan semula tahun 2011. Bagi penduduk luar Miri, pekan Bekenu terletak 45 minit - 1 jam perjalanan dari pusat bandar raya Miri. 

Lihatlah kemeriahkan sambutan Regatta Sibuti 2011 pada 17 – 20 November 2011 di Waterfront Esplanade Bekenu.


Taman Tumbina Bintulu, Sarawak



















Taman Tumbina amat terkenal di Bintulu. Taman Tumbina menjadi tumpuan pelancong serta penduduk tempatan pada hujung minggu dan ia juga mempunyai keunikannya tersendiri. Taman Tumbina juga pernah dikenali sebagai :


· Mini Zoo ( Tahun 1990 – 1991 )

· Taman Burung ( Pertengahan Tahun 1991 )

· Taman Hidupan Liar ( Hujung Tahun 1991 – 1993 )

· Taman Tumbina Bintulu ( Sejak 1993 )


Waktu Operasi :

Jam 9.00 pagi - 4.30 petang 


Bayaran Masuk :

RM2.00 / Dewasa
RM0.50 / Kanak-kanak dan Budak Sekolah