Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9
No.1
Pasangan ideal anda adalah:-
Pasangan ideal anda adalah:-
No.4, 6, 8.
- Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, baik hati, peramah dan terus-terang.
- Cemburu yang sukar untuk di jangka.
- Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan.
- Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain.
- Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang.
- Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda.
- Anda juga jenis yang menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda.
- Anda seorang yang kuat belanja.
- Anda juga seorang yang professional dalam kerjaya yang anda ceburi.
- Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda.
- Anda akan mempunyai keluarga yang bahagia.
No.2
Pasangan ideal anda adalah:-
Pasangan ideal anda adalah:-
No.2, 5, 9.
- Anda akan disukai oleh semua orang.
- Anda suka bermimpi / berangan.
- Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri.
- Anda adalah seorang yang sukar diramal.
- Anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan.
- Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri.
- Anda mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan.
- Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga.
No.3
Pasangan ideal anda adalah:-
Pasangan ideal anda adalah:-
No.6, 9.
- Anda adalah seorang yang berhati keras.
- Terlalu mementingkan diri sendiri dan kuat agama.
- Anda juga suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri.
- Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran.
- Anda sangat pandai bercakap.
- Anda akan dapat apa yang anda inginkan.
- Anda perlu berkerja keras untuk berjaya.
- Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda.
- Jika anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan dalam percintaan.
- Anda suka akan kebebasan
No.4
Pasangan ideal anda adalah:-
Pasangan ideal anda adalah:-
No.1, 8.
- Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin.
- Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain.
- Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni.
- Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang.
- Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda.
- Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi.
- Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas.
No.5
Pasangan ideal anda adalah:-
Pasangan ideal anda adalah:-
No.1 , 2, 9.
- Anda sangat popular dalam komuniti.
- Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan.
- Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan.
- Anda juga terlalu terburu-buru.
- Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga.
- Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan.
- Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan.
- Anda suka perubahan dan kebebasan.
- Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata.
- Anda mempelajari hidup melalui pengalaman.
No.6
Pasangan ideal anda adalah:-
Pasangan ideal anda adalah:-
No.1, 3, 9.
- Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini.
- Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok.
- Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan.
- Anda seorang genius, baik hati.
- Anda juga mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak.
- Semua benda yang baik akan datang pada anda.
- Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda.
- Pada pandangan orang lain, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam.
No.7
Pasangan ideal anda adalah:-
Pasangan ideal anda adalah:-
No.2.
- Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja.
- Anda adalah seorang yang realistik, yakin dan sentiasa gembira.
- Anda merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian.
- Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga.
- Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri.
- Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira.
No.8
Pasangan ideal anda adalah:-
Pasangan ideal anda adalah:-
No.1, 4.
- Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda.
- Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda.
- Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup.
- Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah.
- Anda memperjuangkan keadilan.
- Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan.
- Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani.
- Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan.
- Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus.
No.9
Pasangan ideal anda adalah:-
Pasangan ideal anda adalah:-
No. 3, 5, 6.
- Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental.
- Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam.
- Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti.
- Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat.
- Anda selalu bertentangan pendapat dengan ibu bapa anda.
- Apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat.
- Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda.
- Anda merupakan model teladan kepada orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan