Sahabat jadi Cinta?
Benarkah lelaki dan perempuan tidak boleh berkawan rapat, kerana lama- kelamaan nanti akan timbul perasaan cinta? Sebenarnya, ada benar dan ada tidaknya. Perasaan cinta boleh timbul dengan pelbagai cara dan tanpa alasan. Sekiranya kita jatuh cinta terhadap sahabat baik sendiri, kita pun tidak mampu untuk menolak perasaan itu. Betul tak?
Ianya bergantung kepada kedaaan juga. Ada lelaki dan perempuan yang bersahabat baik dari kecil sehingga besar tetapi tiada perasaan cinta. Jika ada, selalunya ia membabitkan cinta bertepuk sebelah tangan. Tetapi kebanyakkan yang kita lihat, pasti sesuatu pasangan itu akan berkawan baik dahulu sebelum bercinta dan berkahwin, kan? Itu biasalah, cuma dalam persoalanrasaan cinta.
Dalam persahabatan, kita dapat membuka pandangan mata kita mengenal erti hidup dan cinta. Apabila kita bersahabat dengan ramai orang, pastinya banyak pandangan mengenai cinta yang boleh kita dapat.
Bukan semua orang boleh menerima cinta daripada sahabat sendiri. Ada yang menganggap sahabat hanya sahabat sampai mati malah hubungan dengan sahabat itu dianggap seperti adik beradik, tidak akan timbul rasa cinta sampai bila-bila. Ini kerana mereka sukar untuk mengubah perasaan itu dari kawan kepada cinta.
Walaupun pun begitu, jika anda telah jatuh cinta dengan sahabat baik sendiri, anda perlu buat pilihan sama ada untuk pendamkan perasaan itu kalau si dia masih belum tahu ataupun luahkan saja.
Antara dua pilihan ini, pasti ada risikonya.
- Jika anda mahu pendamkan perasaan itu, anda akan berhadapan dengan risiko patah hati, sakit hati, kecewa dan memendam rasa apabila si dia sudah berpasangan nanti. Tentu sakit menahan perasaan cemburu anda melihat kemesraan si dia dan kekasihnya nanti.
- Jika anda luahkan, anda akan berdepan dengan risiko kehilangan sahabat baik anda. Jika si dia tidak dapat terima yang anda sudah jatuh cinta dengan dia, pasti dia akan berada dalam keadaan janggal dan tidak mustahil dia akan mula menjauhkan diri dari anda.
Sahabat yang sudah ada kekasih
Jika sahabat baik anda itu memang sudah ada kekasih, pasti hati anda akan di cengkam perasaan cemburu dan membayangkan kemesraan mereka. Memang rasa cinta itu hak anda, tapi anda sebagai sahabat baiknya tidak ada hak untuk mengganggu hubungan dia dan kekasihnya. Kesimpulannya di sini, jika korang jatuh cinta dengan sahabat baik korang yang sudah ada pasangan, pendamkan saja perasaan itu kerana ia lebih baik dari mengaku dan menjadi punca keruntuhan hubungan orang lain. Betul tak?
Sekiranya anda luahkan, bukan saja nanti anda akan kehilangan sahabat baik, malah mungkin dia membenci anda kerana menjadi punca hancurnya perhubungan si dia dengan kekasihnya.
Jika anda jatuh cinta pada sahabat baik dan dalam masa yang sama dia sudah ada kekasih, pasti akan timbul konflik antara anda dan kekasih sahabat anda itu. Kalau sudah namanya sahabat, mesti kerap berjumpa dan melakukan segala aktiviti bersama kan? Pasti dari situ juga akan timbul rasa cemburu dari pihak kekasih sahabat anda.
Ingat, memang anda dan si dia bersahabat baik, tetapi pandangan orang apabila seorang perempuan lelaki dan perempuan kerap keluar bersama sudah tentulah lain kan? Memang orang akan anggap anda berdua ada apa-apa walaupun kenyataannya tiada.
Sahabat yang masih single
Apa yang perlu anda buat apabila anda jatuh cinta pada sahabat baik anda dan dia juga sedang single ketika ini? Memendam perasaan memanglah bukan semudah kata-kata. Hati anda pastinya memberontak untuk memiliki si dia sebagai kekasih dan berhubungan lebih daripada seorang kawan.
Jika mahu luahkan, tidak berani pula. Jadi di sini, ada beberapa tips yang dikongsi untuk anda jika anda jatuh cinta kepada sahabat baik sendiri.
Menguji kehadiran rasa cinta
Sebelum anda ambil keputusan untuk luahkan perasaan cinta kepada sahabat baik korang, anda harus menguji dahulu adakah ada rasa cinta dia pada anda. Untuk itu, anda boleh mula bertanya hal tentang cinta kepadanya untuk permulaan. Contohnya, apa pandangannya terhadap cinta antara sahabat baik. Adakah dia boleh menerimanya atau tidak. Tanya soalan itu kepada nya dalam keadaan bergurau dan santai.
Untuk melihat reaksinya, anda boleh cuba berbual tentang persoalan bakal kekasih masing-masing. Jika dia ada rasa cemburu apabila anda mula bercakap tentang lelaki / perempuan idaman anda, maknanya dia sudah ada rasa sayang terhadap anda. Cuma dia sendiri yang belum perasan. Kadang-kadang rasa sayang itu sudah ada, dia jer yang belum perasan. Dia akan perasan bila dia mula berasa cemburu terhadap anda.
Selain itu, cuba guraukan kata kata seperti ini:-
“aku tahu la aku cun, entah-entah kau dah jatuh cinta dengan aku tak?”
“ala aku tahu la kau sayang kat aku!”
“aku tahu kau sayang kat aku tapi kau malu nak mengaku!”
Selitkan gurauan seperti itu dalam perbualan santai anda kemudian lihat bagaimana dia memberi reaksi daripada gurauan anda itu. Jika mahukan sesuatu yang lebih serius, cuba anda timbulkan rasa cemburunya. Contohnya dengan berkawan rapat pula dengan lelaki / perempuan lain. Tengok dia cemburu tak? Cemburu sebagai kawan dengan seseorang yang ada perasaan cinta lain, ada bezanya. Jadi jangan keliru. Tapi jika ada sedikit rasa cemburu dan dia merajuk kerana anda sudah rapat dengan lelaki / perempuan lain, maknanya itu ada sedikit harapan untuk anda.
Uji rasa cinta juga boleh dilakukan dengan pemergian anda dari sisinya. Seseorang itu tidak akan menghargai atau perasan kehadiran cinta sebelum kehilangannya. Jika dia merindukan anda apabila anda pergi dari dia, itu bermakna dia sayangkan korang.
Jika ada rasa cinta, dia akan cari anda dan cuba untuk bersama kembali. Biarlah sepanjang pemergian anda itu, dia berfikir tentang anda dan menyelami apa sebenarnya perasan antara anda dan dia. Ini juga satu risiko yang anda perlu ambil jika membuat keputusan mahu uji dia dengan cara sebegini. Bagi diri anda, sudah semestinya ini amat menyakitkan kerana anda mencintai dia. Uji perasaan seseorang itu terhadap anda dengan pemergian anda dari sisinya. Takkan anda mahu hidup dalam teka-teki selamanya kan? Jika dia berasa selesa dengan keadaan itu dan merelakan anda pergi sebagai seorang sahabat, maknanya cinta itu tiada dalam hatinya. Walaupun sakit kenyataan itu, anda harus menerimanya.
Ambil saja risiko
Satu lagi, anda luahkan perasaan anda dan anda akan menanggung risiko sama ada anda di terima ataupun anda akan kehilangan sahabat anda. Jika anda tidak mahu luahkan dan ambil keputusan untuk pendamkan, cuba tanya pada diri sendiri, adakah anda sanggup memendam rasa sampai bila-bila? Adakah anda sanggup berhubungan dengannya hanya sebagai seorang kawan tetapi dalam hati anda menginginkan sesuatu yang lebih? Adakah anda sanggup menahan apabila dia sudah ada kekasih nanti? Jika anda sanggup, maka anda boleh pendamkan. Sebagai seorang sahabat, anda harus relakan dia dan doakan saja kebahagian dia.
Kalau tidak sanggup, anda haruslah bertindak terlebih dahulu? Ambil saja risiko ini dengan meluahkan perasaan anda kepada dia. Ini lebih baik daripada memendam perasaan dan berada dalam keadaan tidak tenang. Sekurang-kurangnya bila anda sudah meluahkan, anda akan rasa puas hati. Semasa anda luahkan, jangan pula memaksanya membuat keputusan untuk menerima anda dalam masa yang singkat. Bagilah ruang untuk dia berfikir dengan tenang. Mencintai perlu dengan keikhlasan. Anda harus menerima apa saja jawapan dari dia.
Apa pun reaksi yang dia tunjukkan nanti, anda perlu menerimanya dengan hati terbuka. Luahkan lah kepada dia dalam keadaan tenang, yakin dan tidak terburu buru. Katakan yang anda menerima apa saja keputusan darinya. Satu lagi, anda juga harus menerima jika dia tiba-tiba menjauhkan diri daripada anda. Jangan memikirkan perkara yang negatif apabila dia menjauhkan diri nanti. Itu sebenarnya reaksi biasa kerana dia masih terkejut. Sekurang kurangnya dalam tempoh itu dia akan memikirkan tentang diri anda. Kalau boleh, selepas anda luahkan dan dia tiba tiba menjauhkan diri, anda janganlah menghubunginya dahulu seperti biasa. Jangan pula anda bersikap seperti tiada apa apa yang berlaku. Nanti dia akan fikir anda tak serius pula. Beri masa kepadanya untuk berfikir dan menerima apa yang berlaku. Ia sesuatu yang sangat mengejutkan kerana anda dan dia adalah sahabat baik. Jadi tentunya dia sukar untuk membuat keputusan dalam masa yang singkat. Dalam keadaan sekarang, pastinya anda akan merasa sedih. Sedih kemungkinan cinta tidak berbalas dan sedih kerana hilang sahabat yang amat anda sayangi.
Jika dia tidak menjauhkan diri tetapi menganggap seperti tiada apa apa yang berlaku, terpulang pada anda untuk terus menerima keadaan ini atau bertindak pergi dari dia. Ini bukan lagi tahap untuk menguji, tetapi anda perlu menenangkan diri. Ada sesetengah orang sanggup bersahabat baik asalkan tidak hilang orang yang dicintai tetapi ada sesetengah orang tidak sanggup. Jadi anda di dalam kategori yang mana satu? Bagi saya, yang terbaik adalah pergi dari dia. Memang sakit tetapi jika anda masih ada bersamanya dan terpaksa berpura pura, lagi sakit rasanya.
Jangan bersedih. Ingatlah yang Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan seseorang itu. Terapkan dalam diri, jika antara anda dan dia ada jodoh, walau bertahun-tahun berpisah pun tetap akan bersama juga. Mungkin buat masa sekarang anda perlu berpisah dahulu sementara tetapi siapa tahu apabila anda bertemu lagi dengan dia satu saat nanti, pintu hatinya akan terbuka untuk anda.
Zigaz – Sahabat Jadi Cinta
Ku hantarkan bak di pelataran…
Hati yang temaram…
Matamu juga mata mataku…
Ada hasrat yang mungkin terlarang…
Satu kata yang sulit terucap…
Hingga batinku tersiksa…
Tuhan tolong aku jelaskanlah…
Perasaanku berubah jadi cinta…
Tak bisa hatiku merapikan cinta…
Karena cinta tersirat bukan tersurat…
Meski bibirku terus berkata tidak…
Mataku terus pancarkan sinarnya…
Kudapati diri makin tersesat…
Saat kita bersama…
Desah nafas yang tak bisa teruskan…
Persahabatan berubahjadi cinta…
Apa yang kita kini tengah rasakan…
Mengapakah kita coba persatukan…
Mungkin cobaan untuk persahabatan…
Atau mungkin sebuah takdir Tuhan…
^_^
BalasPadamWAH!
BalasPadamactually, this thing happened to me. dia cintakan sy, tp sy tk bleh terima, sbb sekali kami kawan, dia tetap seorang kawan sampai mati. terima kasih atas nasihat dan tips
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamMemang skrg dah start jatuh hati kt member sendiri ��. n i feel so stupid ��������������
BalasPadamLuar biasa tuh cinyanya
BalasPadamSudah jadi sahabat pasti karena saling cocok satu sama lain
Kemudian di lanjutkan ke hubungan yang lebih mantap.
Cinta itu tidak bisa ditebak.
Salam....
menang BERSAMA
hidup adalah PERJUANGAN
Pernah lah saya tnya kat member a.k.a bff pompuan saya ni..kalau pakwe dia sruh pilih antara saya atau dia, dia pilih mana??n dia jwab dia akan pilih saya banding pakwe dia...apa maksudnya ek??ada kah dia dlm diam ada prasaan kat saya ataupun sbaliknya??
BalasPadamdah luah xpi mcm 50/50 ja.dia mcm main2 lak.. cmna tu
BalasPadamak ske mmbe ni dri form 1, then skrg ktorg dh 25 thn. msing2 d haluan sndri but hati ak still ad dia, still contact smpai skrg but x pnh confess ke ape la, gile ape nk confess malu la ak. but 25 bkn umo yg slmt nk rhsiakn lg, klau dia kwin dgn org lain nnti ak cmne. mstahil nk buang dia dr hati ni :(
BalasPadam