Sirna Cintaku...

Khamis, 22 Mac 2012

Perkara Yang Membuatkan Wanita Membenci Lelaki


Manusia memang tidak ada yang benar-benar sempuna. Tidak kira lah lelaki ataupun wanita. Kepada lelaki-lelaki kat luar sana, ketahuilah sifat-sifat lelaki yang dibenci oleh wanita. Sekiranya anda mempunyai sifat-sifat begitu, berubahlah agar wanita akan jatuh cinta kepada anda. 

Cerewet

Lelaki selalunya jarang cerewet. Tetapi kalau yang cerewet tu, susah lah. Ini salah, itu salah semuanya jadi serba salah. Cerewet sikit-sikit boleh lah tapi jangan cerewet banyak. Nanti si dia lari, susah juga nak cari penganti.

Meninggikan Suara

Tahulah mereka dikurniakan suara yang macho tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

Main Kayu Tiga

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya. 

Suka “Cuci Mata”

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata ( mata keranjang ). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang oiii!


Mengongkong

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya kekasih mereka bertanya hal yang sama. Macammana tu? Tidak adil kan?

Ego

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya. Jangan kerana sikap ego anda hingga membuatkan kekasih anda pergi meninggalkan anda.


Menipu

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan menunaikan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku belum berpunya. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama-kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

Perasan

Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh pula mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Walaupun sebenarnya pada pandangan seorang wanita, mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, apa yang wanita mahukan hanya sebuah kejujuran dan kesetiaan dalam setiap perhubungan. Tak perlulah sampai kata “ Biasalah, aku ni kan handsome ”

Mementingkan Diri Sendiri

Susah juga kalau dapat kekasih yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki seperti ini selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan perasaan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih. Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai. Kadang-kala harus juga menerima pendapat orang lain. Jangan hanya mementingkan diri-sendiri saja.

Kurang Memberikan Perhatian

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan kekasih, mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

Cemburu Buta

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Tak kan lah kawan-kawan lelaki tegur, mulalah nak marah-marah tak tentu pasal. Cemburu pun, agak-agaklah. Mungkin lelaki yang kuat cemburu ini takut kekasihnya terlepas ke tangan orang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila kekasih cemburu kerana seolah-olah kekasihnya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, merimaskan.

Mata Duitan

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan. Mereka akan mengikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan. Apa kes pulak ni?? Tak malu ker nak kikis duit perempuan?

Komited Terhadap Kerjaya

Susah kalau dapat kekasih yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. 


Panas Baran

Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap dengan sepak terajang? Siapa yang nak lelaki macam itu? 

Kaki Rokok

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sampai dua tiga kotak rokok. Kalau habiskan duit dengan membeli benda berfaedah tak apa juga, janganlah jadi perokok sepenuh masa. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kekasihnya juga dan tak mahu kekasihnya jatuh sakit. Lagipun teman wanita ini juga tak nak kekasih mereka membazirkan duit dengan merokok. 

Pengotor

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama dalam dalam bab ludah meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Tak macho langsung!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

Gelojoh

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa tergesa-gesa?

Pentingkan Kawan - Kawan

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak berkumpul dengan kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah. Jangan selalu memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula. 

Tidak tahu menghargai

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun segala perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

Putar Belit

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

Suka Kontrol Macho

Nak dikatakan macho, tak juga. Sedang-sedang je! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga.


Sekarang, sudah tahu sifat-sifat lelaki yang di benci oleh wanita? Berubahlah sekiranya anda tidak mahu ditinggal oleh wanita kesayangan anda. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan